Anda di halaman 1dari 1

Pelepasan Misi Bantuan Keperluan Mangsa Banjir Pantai Timur Oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan

(NGO) Negeri Kedah ke Negeri Kelantan akan disempurnakan oleh Pengarah APM Negeri Kedah, Lt.
Kol. (PA) Ag Askandar Bin Ampuan Yaacub. Pelepasan ini akan dibuat pada 4 Januari 2023 di Pejabat
Yayasan Sultanah Bahiyah, Mergong pada pukul 2.30 petang.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah berperanan untuk menyelaras
pergerakan konvoi misi bantuan dan menyelaras NGO bagi memudahkan urusan penyerahan
bantuan di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Seterusnya APM Negeri Kedah juga akan menjaga
keselamatan dan kecemasan peserta sepanjang misi bantuan ini berlangsung selama 3 hari.

Lokasi misi bantuan ini akan lebih berfokuskan di Daerah Pasir Mas iaitu Kampung Bakong Luar,
Kampung Siram Kecik, Kampung Merbau Pohon Tanjung dan lain-lain kampung berdekatan.
Kekuatan peserta pada misi kali ini seramai 82 orang dan 26 buah kenderaan iaitu 25x kenderaan
4x4 dan 1x lori 3 tan.

Doakan perjalanan mereka hari ini selamat sampai dan pulang serta dipermudahkan
segala urusan disana.

Anda mungkin juga menyukai