Anda di halaman 1dari 9

SULIT 2

021
2018

031
Soalan 1 – 16
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawaban yang paling sesuai.
1 Puan Khadijah telah menyiapkan ____________________ songket yang halus
untuk dijadikan baju pengantin anaknya.
A tenunan
B menenun
C penenun
D ditenun
BAHAGIAN A

2 Program yang sedang berlangsung itu hanya melibatkan _________________


orang ibu bapa murid.
A para
B seluruh
C beberapa
D sebahagian

3 “Silakan duduk puan. ___________ akan panggil Datuk Raju sebentar lagi,” kata
pelayan itu kepada Puan Siti.

A Kami
B Saya
C Kamu
D Awak

4 Ibu sentiasa berasa __________ tentang keadaan abang yang tinggal jauh di
perantauan.
A bimbang

[Lihat halaman sebelah]


021/031

SULIT
SULIT 3

021
2018

031
B kecewa
C sedih
D seronok

5 Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

Mak Cik Melah duduk di atas bangku sambil _______________ beberapa biji buah
kelapa untuk dibuat kuih.
A memarut
B mengukur
C mengeruk
D mengikis

6 Encik Tan nyaris _____________ ular tedung selar ketika sedang membersihkan
kebun di belakang rumah.
A disambar
B dilibas
C digigit
D dipatuk

[Lihat halaman sebelah]


021/031

SULIT
SULIT 4

021
2018

031
7
Sultan Ali Shah sedang ____________ di singgahsana.
A bersiram
B beradu
C berangkat
D bersemayam

8 Kita tidak seharusnya bersikap _____________ terhadap rakan lain yang memiliki
keistimewaan tertentu.

A putih tulang
B putih mata
C patah hati
D iri hati

9 Ramli dan Jarjit ____________ untuk mempertahankan hujah masing-masing.


A lidah biawak
B lidah bercabang
C bertikam lidah
D lembut lidah
Pilih peribahasa yang betul berdasarkan ayat di bawah.

10 “ Kita mestilah berfikir dahulu sebelum membuat keputusan supaya tidak menyesal
pada kemudian hari,” nasihat ibu kepada kami
A rambut sama hitam hati lain-lain
B hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih
C sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

[Lihat halaman sebelah]


021/031

SULIT
SULIT 5

021
2018

031
D sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.


Samy, cepat. Sepak bola ke arah saya!

Pilih perkataan sinonim bagi perkataan bergaris dalam dialog di atas.


A kuis
B kelecek
C libas
D tendang

[Lihat halaman sebelah]


021/031

SULIT
SULIT 6

021
2018

031
12 Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Mangsa banjir itu telah dipindahkan ke Dewan Aman oleh para sukarelawan.
A Siapakah yang memindahkan mangsa banjir ke Dewan Aman?
B Siapakah yang dipindahkan oleh mangsa banjir ke Dewan Aman?
C Siapakah yang memindahkan para sukarelawan ke Dewan Aman?
DSiapakah yang dipindahkan oleh mangsa banjir dan para sukarelawan ke
Dewan ?
13 Laila menjadi murung selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia dalam
kemalangan jalan raya setahun yang lalu.
Pilih perkataan antonim bagi murung.
A bahagia
B periang
C seronok
D suka

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


14 I Pegawai polis itu mengambil terang daripada saksi.
II Puan Lim memilih warna kain yang terang untuk dibuat ceongsam.
III Ben Li dapat menjawab soalan dengan pantas selepas terang oleh abang.
IV Bilik tidur Alia menjadi terang setelah lampu bilik dihidupkan oleh ibunya.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


15 “Jangan bermain hujan di halaman rumah. Kamu akan demam nanti,” kata ibu

[Lihat halaman sebelah]


021/031

SULIT
SULIT 7

021
2018

031
kepada adik.
A Adik menjelaskan sebab dia melarang ibu bermain hujan di halaman rumah.
B Ibu menjelaskan sebab dia melarang adik bermain hujan di halaman rumah.
C Ibu dilarang oleh adik bermain hujan di halaman rumah kerana dikhuatiri akan
demam.
D Adik dilarang oleh ibu bermain hujan di halaman rumah kerana dikhuatiri akan
demam.

Pilih ayat yang betul.


16 A Kakak ingin belajar di universiti.
B Ayah memberikan hadiah untuk ibu.
C Nenek membubuh baja kepada tanam-tanamannya.
D Anita mencuci longkang supaya menjaga kebersihan.

Soalan 17 hingga 20.

Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Haris : Kamu sedang buat apa, Farid? Puas saya mencari kamu. Rupa-rupanya

kamu di belakang rumah.

[Lihat halaman sebelah]


021/031

SULIT
SULIT 8

021
2018

031
Farid : Eh, Haris! Maafkan saya kerana tidak sedar kamu sampai. Saya hendak

menampal tiub basikal saya ni.

Haris : Kamu tahukah caranya?

Farid : Mestilah. Lagipun abang saya pernah mengajar saya.

Haris : Boleh kamu tunjukkan cara untuk menampal tiub basikal kepada saya?

Farid : Boleh, tiada masalah! Mula-mula, buka tayar kemudian keluarkan tiub.

Lepas itu…

Haris : Saya sudah tahu. Kita pam tiub dan rendam dalam besen berisi air untuk

mengesan kebocoran. Saya pernah lihat ketika mekanik di bengkel

Ah Boon menampal tiub motosikal ayah saya.

Farid : Tahu pun. Tandakan tempat yang bocor dan gunakan kertas las untuk

mengesat permukaan tiub yang bocor. Kemudian sapu gam getah. Biarkan

selama lima minit. Sementara itu, gunting tiub lama untuk dijadikan getah

penampal dan lekapkan getah penampal pada tempat yang bocor.

Haris : Oh, begitu rupanya! Sebelum kita pasang semula tiub dan tayar, kita perlu

lakukan ujian mengesan kebocoran sekali lagi.

Farid : Ya, betul. Marilah tolong pasang tayar basikal saya ini. Habis kerja ini boleh

kita ke dapur untuk minum petang bersama-sama.

17 Mengapakah Farid terkejut dengan kehadiran Haris?

[Lihat halaman sebelah]


021/031

SULIT
SULIT 9

021
2018

031
A Dia sibuk mengepam tayar.
B Dia asyik membaiki tayar basikalnya.
C Dia sedang mengisi air dalam besen.
D Dia leka minum di dapur.

18 Kertas las digunakan untuk


A menggosok tayar.
B menampal tayar.
C mengesat tiub.
D mengelap tiub.

19 Sebelum dipasang, tiub yang ditampal perlu


A diuji semula.
B dibaiki lagi.
C disapukan gam.
D dibiarkan kering.

20 Apakah maksud rangkai kata mengesan kebocoran?


A Mengenal pasti tempat yang pecah pada tayar.
B Mengenal pasti tempat yang meletup pada tiub.
C Mencari tempat yang berlubang pada tiub.
D Mencari tempat yang rosak pada tayar.

[Lihat halaman sebelah]


021/031

SULIT
SULIT 10

021
2018

031
- KERTAS SOALAN TAMAT -

[Lihat halaman sebelah]


021/031

SULIT

Anda mungkin juga menyukai