Anda di halaman 1dari 2

b) Jelaskan unsur kritikan sosial dalam puisi

F1 :Menyindir/mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang


lebihmengutama/mementingkan orang luar/dagang yang baru dikenali berbanding dengan
anakatau keluarga sendiri.H/C :Mereka lebih menutamakan orang lain/dagang dan sanggup
menabur budi atau berbuat baik kepada orang lain sehingga mengabaikan
tanggungjawabnya terhadap orang yang berada di bawah tanggungannya, termasuk anak
dan isterinya.

 Anak dipijak dagang dijinjing


 Kucing dibunuh tikus dibela
 
 
F2 :Menyindir /mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang mudah
terpedayadengan janji manis dagang yang baru dikenalinya.H/C : Mereka
sanggup menghabiskan harta yang mereka miliki, semata-mata untukmengambil hati
kerana terpedaya dengan gelagat dagang sehingga mereka tidak menyedari bahawa mereka
telah diperbodohkan oleh dagang tersebut.

 Harta habis badan tergadai 


 Mendengar gelagat dagang
 
Tak sedar bertelanjang
 F3 : Menyindir/mengkritik/menempelak masyarakat yang terlalu
mengharapkankeuntungan yang belum pasti, sehingga sanggup menghabiskan harta yang
sedia ada.H/C : Oleh kerana terlalu mengimpikan keuntungan yang belum tentu akan
tercapai,mereka sanggup melakukan tindakan secara terburu-buru tanpa berfikir secara
rasional,iaitu mereka sanggup membazir atau mensia-siakan rezeki atau harta yang sedia
merekamiliki.

 Mendengar guruh di langit 


 Air di tempayan dicurahkan
 
F4 : Mengkritik/menyindir/menempelak individu atau masyarakat luar yang
sanggupmemperdaya masyarakat tempatan untuk kepentingan diri sendiri.H/C :
Golongan ini sentiasa mencari peluang dan pandai mengambil kesempatan darikelemahan
dan kebodohan masyarakat tempatan semata-mata untuk mengaut keuntungantanpa
memikirkan nasib orang lain.
 
Mulut kena disuap pisang 
 Buntut kena cangkuk onak

 F5 : Menyindir/mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang malas bekerja


daningin bersenang-lenangH/C : Akhirnya setelah dagang berlalu pergi, mereka
menanggung kerugian dan penyesalan yang tidak berkesudahan, kerana apa yang
diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Kilat memancar hujan tak jadi, 


Awak juga berkecundangan.

Anak dipijak dagang dijinjing


Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis bawaan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh di langit 
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga yang menanggung 
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi 
Awak juga berkecundangan.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.),2012.Permata Sastera Melayu. Kuala


Lumpur : Dewan Bahasadan Pustaka, halaman 11)

Anda mungkin juga menyukai