Anda di halaman 1dari 4

Seloka dari segi peranan/fungsi

Seloka bertujuan untuk memberi panduan supaya berpada-pada dalam melakukan kebaikan,
seperti kata pepatah, Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.Berbuat baik kepada
seseorang harus dilakukan secara sederhana sahaja.
Fungsi seloka amat terbatas, secara umum, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang
melahirknnya iaitu masyarakatyang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusuilaan.
Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang
perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Puisi
Seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba. Fungsinya amat
bergantung kepada isinya iaitu:
a.
b.
c.
d.
e.
f.

Untuk menyindir seseorang


Untuk mengejek seseorang
Untuk menempelak seseorang
Untuk melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia
Untuk member pengajaran dan panduan kepada seseorang
Sebagai alat kawalan sosial / protes sosial.

Jelaskan unsur kritikan sosial dalam puisi


F1
:Menyindir/mengkritik/menempelak
individu
atau
masyarakat
yang
lebih mengutama/mementingkan orang luar/dagang yang baru dikenali berbanding dengan anak
atau keluarga sendiri.
H/C :Mereka lebih menutamakan orang lain/dagang dan sanggup menabur budi atau
berbuat baik kepada orang lain sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap orang
yang
berada di bawah tanggungannya, termasuk anak dan isterinya.
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
F2
:Menyindir /mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang mudah
terpedaya
dengan janji manis dagang yang baru dikenalinya.
H/C : Mereka sanggup menghabiskan harta yang mereka miliki, semata-mata
untuk
mengambil hati kerana terpedaya dengan gelagat dagang sehingga mereka
tidak
menyedari bahawa mereka telah diperbodohkan oleh dagang tersebut.
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagat dagang
Tak sedar bertelanjang

F3
: Menyindir/mengkritik/menempelak masyarakat yang terlalu mengharapkan
keuntungan yang belum pasti, sehingga sanggup menghabiskan harta yang sedia ada.
H/C : Oleh kerana terlalu mengimpikan keuntungan yang belum tentu akan tercapai,
mereka sanggup melakukan tindakan secara terburu-buru tanpa berfikir secara rasional,
iaitu
mereka sanggup membazir atau mensia-siakan rezeki atau harta yang sedia
mereka miliki.
Mendengar guruh di langit
Air di tempayan dicurahkan
F4
: Mengkritik/menyindir/menempelak individu atau masyarakat luar yang
sanggup memperdaya masyarakat tempatan untuk kepentingan diri sendiri.
H/C : Golongan ini sentiasa mencari peluang dan pandai mengambil kesempatan
dari kelemahan dan kebodohan masyarakat tempatan semata-mata untuk mengaut keuntungan
tanpa memikirkan nasib orang lain.
Mulut kena disuap pisang
Buntut kena cangkuk onak
F5
: Menyindir/mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang malas bekerja
dan
ingin bersenang-lenang
H/C : Akhirnya setelah dagang berlalu pergi, mereka menanggung kerugian dan
penyesalan yang tidak berkesudahan, kerana apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.

Drama
Galurkan empat peristiwa uang menyebabkan Asiah Samiah menjadi tidak siuman [ 8 ]
F1:
Hubungan Asiah Samiah dengan Anas Samanda mendapat tentangan daripada ibu bapa
Asiah Samiah kerana mereka berdua tidak setaraf.
F2:
Misa Sagaraga yang berkunjung ke rumah Asiah Samiah telah berkenan
melihat kecantikan Asiah Samiah.
F3:
Kedua-dua ibu bapa Asiah Samiah menerima lamaran Misa Sagaraga biarpun Asiah
Samiah sebenarnya tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut kerana kekayaan, pengaruh
dan kuasa yang ada pada Misa Sagaraga.
F4:
Asiah Samiah meminta bantuan Sari Saribiru untuk berbuat sesuatu bagi menyelesaikan
masalahnya tetapi ditolak kerana takut dengan tindakan yang akan diambil oleh Tuan Setiawan
Tanjung.
2

F5:
Anas Samanda pula telah meninggalkan Asiah Samiah sewaktu dia memerlukannya
kerana menyertai gerakan perjuangan mempertahan hak.
F6:
Asiah Samiah juga turut meminta bantuan Marga Muda bagi membantunya mencari jalan
penyelesaian tetapi Marga Muda tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut dengan pengaruh dan
kuasa yang dimiliki oleh Misa Sagaraga.
F7:
Asiah Samiah dan Misa Sagaraga telah berkahwin walaupun tanpa kerelaanya dan dia
telah diperlakukkan dengan ganas dan kejam pada malam pertama perkahwinannya.
F8:
Asiah Samiah berasa tertekan dengan apa yang terjadi, menyebabkan dia terlintas untuk
membunuh diri tetapi dia masih percayakan agama.
F10: Asiah Samiah juga mahu membunuh Misa Sagaraga tetapi hasratnya tidak
kerana bimbang keselamatan anggota keluarganya.

diteruskan

F11: Asiah Samiah akhirnya memberanikan diri dan bertindak lari dari rumah Misa Sagaraga
pada malam itu juga.
F12: Selepas 12 hari melahirkan Laila Anurisah yang tidak dapat diterimanya Asiah Samiah
seperti orang hilang ingatan, ketawa, berteriak dan menyanyi.
(b).

Jelaskan empat mesej yang terkandung dalam drama Asiah Samiah

[12]

F1:
Kekayaan , pengaruh dan kuasa tidak menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan
H/C: Perkahwinan
yang
hanya
berlandaskan
materialistik
tidak
menjanjikan
kebahagian,
Perkahwinan
Asiah
Samiah
yang
dipersetujui
oleh
Tuan
Setiawan
Tanjung dan Puan
Suari Alimin hanya kerana Misa Sagaraga memiliki segalagalanya tetapi ditolak oleh Asiah Samiah yang tidak menilai itu semua.
F2:
Ketidakadilan sosial terutama perbezaan darjat masih menjadi ukuran dalam memilih
pasangan hidup.
H/C: Kedua-dua ibu bapa Asiah Samiah tidak menerima Anas Samanda
kerana menganggap Anas Samanda tidak setaraf dengan mereka kerana Anas
Samanda hanyalah anak seorang petani yang miskin yang tidak akan membahagiakan Asiah
Samiah.

F3:

Perlu menghormati dan akur dengan kehendak orang tua


3

H/C: Anak-anak sewajarnya menghormati dan mengikut kata orang tua demi untuk
kebaikan mereka. Asiah Samiah biarpun tidak setuju dengan lamaran Misa Sagaraga tetapi
kerana menghormati dan menyayangi kedua-dua orang tuanya dia akhirnya akur
dengan kehendak mereka untuk berkahwin dengan Misa Sagaraga.
F4:
Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan terutamanya kepada
kanakkanak.
H/C: Simpati dengan nasib yang menimpa Laila Anurisah yang dibuang oleh Misa Sagaraga
kerana menganggapnya memalukan maruahnya, Marga Muda telah mengambil Laila Anurisah
dan menjaganya serta mencarikan Asiah Samiah untuknya.
F5:
Hendaklah amanah dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan
H/C: Marga Muda telah mengabadikan dirinya dalam pekerjaan selama 20 tahun
dan dia
tidak pernah merungut dan sentiasa patuh dan setia melaksanakan tugas yang
diberikan kepadanya malah dia juga sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh
majikannya.
F6:
Keprihatinan dan rasa tanggungjawab bersama perlu ada pada anggota masyarakat.
H/C: Anggota
masyarakat
perlu
ada rasa
tanggungjawab untuk mengambil
perhatian
terhadap apa yang berlaku, Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak prihatin dan
rasa bertanggungjawab terhadap apa yang menimpa Laila Anurisah, mereka berdua
telah menjaganya kerana Asiah Samiah tidak siuman.
F7:
Sikap terburu-buru dalam mengambil tindakan akan membawa padah
H/C: Terburu-buru membuat keputusan akhirnya akan memberi kesan yang negatif,
Asiah Samiah yang bertindak melarikan diri dari rumah Misa Sagaraga kerana tidak
dapat menerima apa yang berlaku ke atasnya akhirnya mengalami tekanan perasaan
dan menyebakan dia menjadi tidak siuman.

Anda mungkin juga menyukai