Anda di halaman 1dari 3

Isu Mengintegrasikan KBAT dalam PdPc Matematik

Huraikan kepentingan mengintegrasikan KBAT dalam PdPc Matematik dan


cabaran yang dihadapi oleh para guru.

 Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ditakrifkan sebagai penggunaan potensi


minda untuk menangani cabaran baru (Onosko & Newmann, 1994). KBAT
dimaksudkan adalah di mana seorang individu itu perlu untuk memahami,
menterjemah, menganalisis, dan memanipulasikan maklumat. KBAT juga merupakan
salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT atau HOTs) ialah kemahiran berfikir yang tidak
menggunakan algoritma dan boleh mempunyai banyak penyelesaian. Ini juga
membawa maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
menyenaraikan enam ciri utama yang perlu ada bagi setiap murid untuk bersaing
pada peringkat global dan kemahiran berfikir merupakan salah satu daripada enam
ciri tersebut.

Pentingnya mengintegrasikan KBAT dalam PdPc Matematik kerana KBAT


merupakan satu aspek yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia
menjadi satu elemen penting di mana KBAT membantu mewujudkan kecekapan dan
keupayaan menggunakan minda, menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu
idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah, membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Kemahiran ini juga penting  untuk memperbaiki idea yang sudah sedia ada dan
menilai idea-idea baru itu dalam konteks paradigma lama. Ringkasnya, kemahiran
berfikir secara kritis berguna untuk membantu mengelak kesilapan. Jikalau
seseorang individu sering memikir dan menghasilkan idea baru dan munasabah,
barulah kemahiran berfikir secara kritis dapat digunakan untuk mencari kelemahan –
kelemahan dan kesilapan – kesilapan yang ada pada idea supaya dapat diperbaiki.

KBAT amat penting dalam Matematik kerana dapat menghasilkan modal insan yang
cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu
bersaing di persada dunia. Soalan KBAT memerlukan pelajar untuk mengaplikasi,
menganalisis, mensintesis dan menilai sesuatu maklumat daripada menyatakan
semula fakta. Semasa proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung pelajar
akan berfikir secara aktif, kreatif dan kritis dan ini menyebabkan pelajar kita cerdas
berfikir.

Selain itu, KBAT turut memberi kepentingan dalam menghasilkan pelajar yang
berfikir secara kreatif dan kritis. KBAT memerlukan pemikiran yang meluasdan
mendalam dalam menyelesaikan masalah. Jadi, KBAT penting dalam membentuk
pelajar yang sentiasa berfikir, bukan sahaja menyelesaikan masalah seperti masalah
rutin yang hanya menyelesaikan langkah demi langkah mengikut hafalan teori.
Kemahiran berfikir secara kritis berguna untuk membantu mengelak kesilapan.

Tambahan lagi, dalam pembelajaran Matematik, penerapan KBAT dapat mendidik


murid membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti
yang munasabah merupakan kepentingan KBAT yang lain. Kemahiran berfikir aras
tinggi dapat menghasilkan idea baru dan munasabah. Konsep matematik dapat
dipelajari dengan lebih berkesan menggunakan KBAT. Pelajar yang mengaplikasikan
konsep KBAT dapat membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan
masalah dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Soalan “aras tinggi” menggalakkan pembelajaran sebab jenis soalan ini memerlukan
pelajar mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat, bukan
semata-mata mengingat fakta. Tidak semua tugasan sama, tugasan yang berbeza
menggalakkan tahap dan jenis pemikiran yang berbeza. Tahap pemikiran di mana
murid melibatkan diriakan menentukan tahap pembelajaran mereka. Soalan Bukan
Rutin yang memerlukan tahap kognitif yang lebih tinggi dapat membentuk KBAT
dalam kalangan murid.

Cabaran Yang Dihadapi Oleh Para Guru

Dalam proses penerapan KBAT untuk murid, guru-guru terpaksa berhadapan


dengan beberapa cabaran. Antaranya adalah guru-guru perlu menggunakan
teknologi yang canggih untuk mendapat banyak maklumat. Selain itu, guru perlu
lebih bersedia sebelum memulakan sesuatu kelas. Melalui ini juga, guru dapat
meningkatkan tahap pembacaan mereka. Mereka akan merujuk beberapa bahan
rujukan untuk menghasilkan soalan yang berunsur bukan rutin. Justeru ini, guru-guru
dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka. Guru-guru akan meluangkan lebih
masa untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan soalan KBAT.

Selain itu, pengintegrasian KBAT dalam pengajaran subjek Matematik iaitu


kurangnya respon daripada pelajar. Pelajar lebih menyukai aktiviti dan tugasan
dengan soalan dan jawapan yang mudah. Soalan KBAT ini akan menyebabkan
murid tidak berani untuk menjawab kerana mereka risau jawapan yang diberikan
adalah salah. Hal takut melakukan kesilapan kerana kurangnya pengetahuan asas
yang diperlukan untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Kenyataan ini
disokong oleh Coffman (2013) yang menyatakan kesukaran guru dalam
menggunakan KBAT adalah dipengaruhi oleh faktor keengganan pelajar.

Penekanan dari pihak pentadbiran untuk menghabiskan silibus tepat pada waktu
juga merupakan cabaran untuk guru mengintegrasikan KBAT dalam subjek
Matematik. Kekangan masa ini menyebabkan guru perlu mengejar prestasi pelajar
dan kurang memberi tumpuan dalam pelaksanaan KBAT secara menyeluruh.

Akhir sekali, antara cabaran yang dihadapi oleh guru dalam proses pengintegrasian
KBAT kepada murid adalah kurangnya kemahiran KBAT yang mantap guru itu
sendiri. Akibatnya, guru akan fokus kepada penyampaian fakta atau konsep
Matematik sahaja tetapi mengabaikan kaedah pembelajaran kendiri iaitu untuk
mengetahui “bagaimana”. Pelajar tidak diberi peluang berfikir tentang isi yang
dipelajari dan tidak mampu menghasilkan idea baru dalam pembelajaran mereka.
Oleh itu, penerapan KBAT dalam subjek Matematik haruslah diterapkan dalam setiap
sesi pengajaran dan pemudahcaraan.
2. Pilih satu tajuk dalam Bidang Ukuran dan Sukatan berdasarkan DSKP
Matematik Sekolah Rendah dan bina DUA soalan bagi SETIAP aras Taksonomi
Anderson (Taksonomi Bloom semakan) yang berikut:

BIDANG: SUKATAN DAN GEOMETRI


TAJUK: 6.0 UKURAN DAN SUKATAN
UNIT: PANJANG, JISIM DAN ISI PADU
TOPIK: TUKAR UNIT PANJANG
KELAS : TAHUN 3

Aras Taksonomi Dua Contoh Soalan


Bloom
i) Aplikasi Tukarkan 5 km 800 m kepada meter
Tambahkan 236 m dengan 389 m. Kemudian, tukarkan
jawapan kepada unit m dan cm.

ii) Analisis Berdasarkan gambar yang diberi, lengkapkan dan bina ayat
matematik yang sesuai dengan gambar rajah tersebut.

iii) Menilai Berdasarkan gambar berikut, kirakan panjang pensil


sekiranya panjang satu klip kertas adalah 2.7 cm.

Jarak dari sekolah ke bank ialah 15.358km. Jarak bank ke


hospital adalah 5.406km kurang daripada jarak sekolah ke
bank. Hitung jumlah jarak dari sekolah ke hospital.

iv) Mencipta

Anda mungkin juga menyukai