Anda di halaman 1dari 1

Forum 3

Bincangkan halangan-halangan yang dihadapi oleh guru matematik dalam


melaksanakan pengintergrasian ICT dalam pengajaran pembelajaran
matematik

1. Penglibatan murid secara menyeluruh


Jumlah murid yang terlalu ramai di dalam satu kelas menjadi halangan kepada guru
matematik untuk melaksanakan pengintegrasian ICT dalam PdPc. Contohnya, kelas
yang mempunyai 35 orang pelajar untuk subjek matematik. Penglibatan murid di
dalam kelas untuk aktiviti individu terutamanya yang menggunakan ICT adalah
terhad dan tidak menyeluruh. Hal ini kerana kekangan masa mengajar di dalam
kelas. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah untuk menilai hasil
pembelajaran setiap murid.

2. Tahap Penguasaan Murid yang berbeza


Setiap murid mempunyai tahap penguasaan dan tahap pengetahuan yang berbeza.
Tahap penguasaan tersebut adalah murid pada tahap penguasaan rendah,
sederhana dan tinggi, Guru perlu mengambilkira tahap penguasaan murid dalam
mengintegrasikan ICT dalam pengajaran matematik. Ini menjadi halangan kepada
guru untuk menghasilkan ICT kerana guru perlu menjadi seorang yang sangat kreatif
dalam menghasilkan ICT untuk mengajar matematik, dan dalam masa yang sama
perlu menyiapkan tugasan sampingan di sekolah. Oleh itu, guru perlu kreatif dan
menggunakan semula bahan-bahan ICT yang pernah dihasilkan untuk subjek yang
sama.

3. Kemahiran guru menggunakan ICT secara menyeluruh


Masih terdapat guru yang menggunakan ICT di dalam kelas hanya sebagai
pengganti kepada buku teks. Guru menaip semula ayat dan perkataan di dalam buku
teks dan menerangkannya di dalam kelas. Kemahiran guru menggunakan ICT untuk
mengajar matematik perlu ditingkatkan. Hal ini kerana murid-murid perlu berhadapan
dengan dunia sebenar yang membangun dengan pesat dalam teknologi. Oleh itu,
guru perlu meningkatkan kemahiran menggunakan ICT untuk menarik minat murid
belajar di dalam kelas. PdPc yang seronok berbantukan ICT yang kreatif dapat
meningkatkan hasil pembelajaran murid serta memudahkan guru mengawal kelas
dengan baik.

4. Penerapan KBAT dalam ICT


Penerapan KBAT juga merupakan antara halangan yang dihadapi oleh guru
matematik dalam melaksanakan pengintegrasian ICT. Hal ini kerana, teknik
penyoalan secara verbal semata-mata adalah tidak mencukupi untuk menilai
pemahaman murid di dalam kelas. Oleh itu, teknologi iaitu ICT perlu dihasilkan
dengan menekankan kemahiran berfikir aras tinggi setiap murid. Maka, guru perlu
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai KBAT dan ICT melalui kursus
dan program yang diadakan di pelbagai peringkat.

Anda mungkin juga menyukai