Anda di halaman 1dari 1

Bilakah Perlu Menggunakan Pendekatan Kualitatif? Justifikasikan.

Penyelidikan kualitatif adalah satu cara untuk memahami isu atau masalah sosial dengan
melihatnya dari perspektif yang berbeza (Stake, 1995). Maknanya,pendekatan kualitatif digunakan
sekiranya pengkaji ingin mengkaji sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat
secara terperinci serta mendalam. Pendekatan kualitatif digunakan untuk mendeskripsikan dan
menganalisis peristiwa, fenomena, aktiviti sosial, sikap, kepercayaan, persepsi, pemikiran, orang
secara individual dan kelompok yang berguna untuk menemukan prinsip-prinsip dan penjelasan
yang mengarah pada kesimpulan. Penggunaan kaedah kualitatif dalam penyelidikan dapat
menghasilkan kajian atas suatu fenomena yang lebih menyeluruh. Contohnya, pengkaji ingin
mengkaji isu ponteng sekolah dengan lebih mendalam. Maka, pendekatan kualitatif digunakan
untuk mengkaji beberapa orang murid atau guru dalam jumlah yang kecil secara mendalam dan
berfokus kepada masalah ponteng tersebut.

Seterusnya, Kajian kualitatif berfokuskan pada konteks di mana sesuatu itu berlaku dan sering kali
menggunakan pendekatan induktif. Ini penting apabila hendak meninjau sesuatu fenomena
ataupun membangunkan kefahaman dalam sesuatu teori. Bidang kajian yang sering
menggunakan penyelidikan kualitatif ialah antropologi, kajian keluarga, kerja sosial dan lain-lainIa
juga digunakan untuk mendalami isu yang diminati dan meneroka nuansa yang berkaitan dengan
masalah yang dihadapi.penyelidikan ini juga menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu
perkara berlaku. Sebagai contoh, penyelidik ingin mengkaji tentang budaya bangsa
Iban.Penyelidikan kualitatif digunakan kerana kajian tersebut adalah memfokuskan kepada situasi
dan sampel kajian yang berbangsa Iban sahaja secara mendalam. Hal ini selari dengan
pandangan penelitian kualitatif adalah penelitian deskriptif, dimana peneliti lebih tertarik
dengan proses, erti dan pemahaman tentang pengalaman serta penghayatan subjektif peserta
(Creswell, 1994; Patton, 1990).

Selain itu, pendekatan kualitatif juga boleh digunakan untuk mengkaji suasana atau proses yang
sukar diukur dengan nombor. Jadi fokusnya adalah lebih pada interpretasi daripada kuantifikasi
(Cassel & Symon, 1994; Patton, 1994).Pendekatan kualitatif merupakan penyelidikan yang
mempunyai hasil dapatan bukan melalui prosedur statistik atau sebarang bentuk pengiraan.
Pendekatan ini mengambil kira gambaran yang menyeluruh tentang sesuatu fenomena atau
masalah yang dikaji. Secara ringkasnya, pendekatan kualitatif adalah satu proses inkuiri untuk
memahami masalah sosial berdasarkan interpretasi manusia secara menyeluruh melalui
pandangan dan pengalaman mereka. Contohnya, kajian mengenai budaya Bangsa bidayuh, di
mana proses tersebut tidak dapat diukur dengan nombor melainkan melalui pengalaman bangsa
itu sendiri.

Pendekatan kualitatif ini juga dapat digunakan apabila data adalah melalui perbualan, temubual
dan tindak balas kepada soalan terbuka. Pendekatan kualitatif digunakan penyelidikan yang
bersifat deskriptif dan cenderung menggunakan analisis yang memfokuskan pada alasan,
motivasi, tingkah laku dan pendapat  yang terbaik untuk membantu kami memperoleh pandangan
dan menyelami masalah tertentu. Contohnya, isu ponteng sekolah dimana pengkaji menggunakan
kaedah temubual untuk mendapatkan data.

Anda mungkin juga menyukai