Anda di halaman 1dari 1

Nota 6 : Jenis-jenis logo

Setiap logo yang direka perlu diketahui fungsinya (sebagai logo produk @ logo korporat @ logo
peristiwa / event). Setelah itu, jenis logo yang ingin direka perlu ditentukan. Sebagaimana yang
diketahui ramai, logo boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu logo kombinasi, logo huruf dan logo
simbol.

Logo Huruf / Logotype

Logo kategori ini diterjemah hanya menggunakan tulisan atau huruf sesuatu jenama / nama syarikat /
nama peristiwa. Ia nampak mudah namun ciri penting logo ini adalah kaedah pengayaan tulisan yang
unik. Ia perlu tampak perbezaan dari segi bentuk, saiz, gaya dan yang paling penting sesuai untuk
golongan sasaran.

Penggayaan yang sesuai akan menampakkan mesej yang ingin disampaikan seperti tulisan yang
tebal (bold) memebri maksud kekuatan, kekuasaan serta penegasan manakala tulisan yang direka
secara ‘italic’ menggambarkan kelajuan serta pergerakan.

Logo jenis ini mudah diingati dan menarik perhatian jika direka dengan kombinasi yang tepat (warna,
jenis tulisan, saiz dan rekaletak yang bersesuaian).

Anda mungkin juga menyukai