Anda di halaman 1dari 2

DOA PENYAMPAIAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ ِ ‫بِس ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ
‫السالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬ َّ ‫ َو‬ ‫ْمت َِّق ْي َن‬
َّ ‫الصالَة َُو‬ ِ ِ ‫و‬ , ‫ب العالَ ِمين‬
ُ ‫العاقبَة لل‬
ِ
َ َ َ ْ َ ِّ ‫ْح ْم ُد هلل َر‬
َ ‫اَل‬

‫َأج َم ِع ْي َن‬ ِ
ْ ‫َأص َحابِه‬
ْ ‫َو‬

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid

Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkatilah majlis pada petang ini bersempena
dengan “Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2020 dengan limpahan rahman dan
rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan
dan hidayah-Mu..

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam bidang
akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan
kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai
bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima keputusan SPM pada hari ini sebagai pelajar-
pelajar yang bersyukur dan sentiasa berlapang dada atas keputusan ini. Jadikanlah mereka
pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan
lagi potensi diri dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi
yang luhur pada masa yang akan datang. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah
lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini yang
sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan
demi mengharumkan nama sekolah ini.
Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri
kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini


akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati,
sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik
mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat .

َ‫ َوالَ تَ ْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوال‬، ‫ص ْو ًما‬ ِِ ِ


ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
ُ ‫ َوَت َف ُّرقَـَنَا م ْن َب ْعده َت َف ُّرقاً َم ْع‬، ‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
. ‫َم ْن َي ْتَبعُنَا َش ِقيًّا َوالَ َمط ُْر ْو ًدا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬

َ ‫اخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِنَا َخ َواتِ ُمهُ َو َخ ْي َر أيَّ ِامنَا َي ْو َم ألْ َق‬


‫اك فِ ْي ِه‬ ِ ‫اللَّه َّم اجعل َخير َأ ْعما ِرنَا ء‬
َ َ َْ ْ َْ ُ

‫ف‬ َ َّ‫ان َوالَ تَ ْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْ َن َء َامُن ْوا َر َّبنَاإن‬
ٌ ‫ك َرءُ ْو‬ ِ ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِفرلَنَا ذُ ُنوبنَا وِإل ْخوانِنَا الَّ ِذيْن سب ُقونَا بِاِإل يْم‬
َ ْ ََ َ َ َ َْ ْ
ِ
‫َرح ْي ٌم‬

ِ ‫اب النَّار‬ ِ ِ ِ ِ ُّ ‫َر َّبنَا َءاتِنَا فِي‬


َ ‫الد ْنيَا َح َسنَة ً َوفي األخ َرة َح َسنَة ًَوقنَا َع َذ‬

‫العال َِم ْي َن‬


َ ‫ب‬ ِّ ‫ْح ْم ُدلِلَّ ِه َر‬ ِ ‫وصلَّى اهلل َعلَى مح َّم ٍد و َعلَى ءالِ ِه و‬
َ ‫ َوال‬، ‫ص ْحبِه َو َسلَّ َم‬
َ َ َ َ َُ ُ َ َ

Anda mungkin juga menyukai