Anda di halaman 1dari 2

Bahan Bacaan Penilaian PBD 2022

Tahun 2 Stephen Kalong

Huruf besar dan huruf kecil.

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUV
WXYZ

abcdefghijklmnopqrstuvwxy
z
Kuda Hadi.
Hadi ada kuda.
Kuda Hadi tiba tadi.
Kuda ada kaki.
Kaki kuda ada daki.
Hadi cuci kaki kuda.

Ibu beli sekilo duku.


Ibu bawa Suzana sama.
Suzana suka duku.
Suzana menari suka hati.
Mereka ketawa suka hati.

Adik bela anak itik.


Anak itik adik lima ekor.
Anak itik itu makan ubi.
Tahap Penguasaan
1 2 3

Taman Bunga

Ini taman bunga. Taman bunga ini cantik dan bersih. Di sini terdapat pelbagai jenis bunga.
Ada bunga raya, bunga kertas, bunga tasbih, dan lain-lain. Udara di sini juga segar dan
nyaman.
Di taman bunga juga disediakan tempat duduk untuk kita berehat. Kita tidak boleh
membuang sampah di merata-rata tempat. Pada hari minggu dan cuti am, ramai orang ke
taman bunga.

Agihan Tugas Kami

Hana dan adik-beradiknya membantu ibu bapa mereka. Mereka melakukan kerja rumah pada
hujung minggu.

Sementara ibu dan ayah ke pasar, mereka menetapkan jadual tugas masing-masing.
Hana ditugaskan untuk menyidai pakaian. Hana akan menyapu lantai di dapur dan ruang
tamu rumah. Amin mengelap semua tingkap rumah. Amar pula menyusun kasut di rak.

Mereka gembira kerana dapat meringankan tugas ibu dan ayah.

Tahap Penguasaan
1 2 3

Anda mungkin juga menyukai