Anda di halaman 1dari 6

SJK (TAMIL) LADANG PRYE, PERAI

PULAU PINANG.

LAPORAN PERTANDINGAN KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI (KASTEK)

PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2017

Tarikh : 9 & 10 Ogos 2017 (Rabu & Khamis)

Tempat : Institut Pendidikan Guru – Kampus Tuanku Bainun

Objektif : Memberikan peluang kepada murid sekolah untuk memperolehi


pengalaman menyertai pertandingan peringkat negeri;

Mendedahkan murid kepada suasana pertandingan KASTEK; serta

Memberikan peluang kepada murid untuk menyelami dunia sains dengan


lebih mendalam

Nama Peserta: i) Mathumiita A/P Thirumoorti (Ketua Kumpulan)


ii) Padmalosani A/P Seekan
iii) Kaviarasan A/L Sukumaran

Anggaran perbelanjaan: RM100.00

Guru terlibat : Pn. Pugeneswari A/P Naraja


Pn. Katpagavalli A/P Kuttyservai

Kekuatan : Banyak perkara boleh dibincangkan sebagai kekuatan kumpulan kami.

Antaranya ialah:

i) Komitmen yang diberikan oleh para guru sekolah kami amat memberangsangkan.
Mereka tidak bermasam muka untuk menghulurkan segala bantuan. Tanpa komitmen
daripada guru-guru sekolah, sudah tentu kami tidak dapat menyiapkan projek ini dengan
begitu lancar.
ii) Pentadbiran sekolah juga tidak boleh dilupakan di sini. Sokongan padu daripada Guru
Besar dan kesemua guru penolong kanan menjadi inspirasi kami untuk menghasilkan
suatu projek yang membanggakan.
1
iii) Murid-murid yang terpilih untuk menyertai pertandingan ini menunjukkan kerjasama yang
amat tinggi. Mereka amat berdikari dan selalu mengajukan soalan-soalan yang mereka
tidak faham mengenai projek kepada para guru. Guru hanya memberikan segala tunjuk
ajar dan murid melaksanakan segala tugasan dengan sendiri.
iv) Pihak PIBG sekolah telah menghulurkan bantuan kewangan untuk projek ini.
v) Para ibu bapa memberikan kebenaran kepada anak mereka untuk berada di sekolah
sehingga waktu petang bagi menyiapkan projek ini. Ada juga ibu bapa yang memberikan
idea yang bernas untuk mempertingkatkan kualiti projek dan juga tidak bermasam muka
untuk memberikan barang yang diperlukan.
vi) Murid telah mempersembahkan eksperimen mereka dengan amat baik dan menyumbang
markah yang tinggi untuk kemenangan pingat perak dala kategori sekolah rendah.

Kekurangan: Ada beberapa perkara yang boleh dibincangklan sebagai kekurangan projek

ini. Antaranya ialah:

i) Persiapan projek tidak dapat dilakukan dengan terlalu awal kerana para guru dan juga
murid sibuk dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 60% daripada persiapan
telah dilakukan pada dua minggu yang terakhir.
ii) Pemilihan murid tahun 6 sebagai peserta pertandingan ini mengungkit beberapa
kontroversi kerana murid tersebut terpaksa menyumbang masa mereka dalam persiapan
projek ini sementara Peperiksaan UPSR menjelang tidak lama lagi.

Penilaian: * Mendapat anugerah Perak kategori sekolah rendah

Penghargaan: * Sijil penganugerahan kepada murid dan guru


* Sijil penyertaan kepada murid dan guru
* Pingat perak

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

__________________ ________________
(PUGENESWARI NEDUMARAN) (EN.T.RATANA VALLO)
Ketua Panitia Sains Guru Besar

2
GAMBAR PERTANDINGAN
KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2017

Gambar persiapan ‘Booth’ & Latihan Persembahan oleh Guru

3
Gambar Peserta bersama Guru Pengiring

Gambar semasa Penilaian oleh Hakim & Penerangan oleh murid


kepada Pengunjung

4
Gambar semasa Penilaian oleh Hakim & Penerangan oleh murid
kepada Pengunjung

5
Gambar Pengumuman Kemenangan

Anda mungkin juga menyukai