Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK FAKEH ABD SAMAD Kod Sekolah: CBA4013

1. Nama Guru CHEONG WEI VIAN

SINERGI DALAM PENGURUSAN


2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN
SEKOLAH

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi panduan praktis dalam mewujudkan pasukan pengurus sekolahcemerlang.
Buku ini juga menceritakan tentang peranan sekolah sebagai institusi sosial yang penting kepada
negara. Ia menyediakan modal insan dari segi tenaga kerja berkemahiran, separa mahir dan staf
biasa. Bukan itu sahaja, kandungan buku ini juga banyak membincangkan peranan pengetua,
pentadbiran, guru-guru, pelajar, kakitangan sokongan, dan ibu bapa sebagai satu pasukan dalam
mewujudkan sekolah cemerlang. Buku ini juga menyentuh dengan lebih mendalam mengenai
tajuk-tajuk utama seperti pengetua meneraju kecemerlangan, pelajar sebagai penunjuk aras
kecemerlangan, dan ibu bapa sebagai rakan kongsi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai pengetahuan yang saya perolehi mengenai buku ini ialah mengenai peranan seorang guru
dalam mewujudkan sekolah yang cemerlang. Namun nilai yang saya paling sukai dalam buku
iniialah nilai kerja sebagai berpasukan dalam sekolah bagi membentuk satu pasukan yang efisien
dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing. Selain itu, buku ini juga banyak
memberikan pengetahuan baharu dalam pengurusan sekolah sama ada sebagai pengetua,
pentadbiran, pelajar, guru-guru, kakitangan sokongan, dan ibu bapa.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dapat menambahkan pengetahuan sedia ada tentang skop peranan guru yang sangat penting
dalam organisasi sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( CHEONG WEI VIAN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai