Anda di halaman 1dari 2

INFO

Surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana


ia mengandungi manafa’at kepada pembacanya dikehidupan dunia juga akhirat, seperti
menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan
akhirat.

Surah ini juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat


orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak
beriman).

Allah SWT membacakan Surah Yassin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya
langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,“Umat dimana Al-
Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, iaitu
yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga
dirahmati.”

KEBERKATAN SURAH YASSIN

Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi


keberkatan.“

Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:

• Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

• Jika orang tiada pakaianboleh mendapat pakaian.

• Jika orang belum berkahwinakan mendapat jodoh.

• Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

• Jika terpenjara akan dibebaskan.

• Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenanganapa yang dilihatnya.

• Jika tersesat boleh sampaike tempat yang ditujuinya.

• Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggaldunia, Allah meringankan


siksanya.

• Jika orang yang dahagamembacanya, hilang rasa hausnya.

• Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH YASIN

Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak


hadis. Antaranya ;

• “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari


itu akan dipenuhi“.
• “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah
Yassin.”

• “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala
membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”

• “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya


yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke
atas orang yang mati.”

• “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya


meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”

• “Sesiapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca


semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannyaitu, siapa membacanya dikala sesat
jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang
akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan
kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang
menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu
membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga
baginya.”

• Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang


takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkanakan ketakutan itu.” 

• “Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin danSurah as-Saffat pada


hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”

• “Sesiapa bersolat sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama
Surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya
dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan
kanan dan diberi kesempatan membela 70 orangdaripada ahli rumahnya tetapi sesiapa
yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.”

Anda mungkin juga menyukai