Anda di halaman 1dari 3

CARA MEMBACA YASIN SECARA BERWASILAH (BERTAWASSUL)

Selalunya kita bacakan surah Yasin untuk mereka yang sedang diambang maut
ataupun kepada para arwah yang telah meninggalkan kita untuk selamanya.
Sebagimana yang banyak dinyatakan oleh banyak ulamak hendaklah
didahulukan dengan surah Yasin kerana terdapat hadis sahih yang bermaksud:
“Tidak ada seorang pun yang sakit (tenat) apabila dibacakan kepadanya surah
Yasin melainkan mati ia dalam keadaan puas dan tidak merasai dahaga dan
ketika dimasukkan ke dalam kubur juga ia akan merasai puas kerana tidak
berasa dahaga.”
Sunat dibaca surah Yasin hingga ke akhirnya dan diikuti dengan surah al-Ra’d
kerana terdapat hadis yang mengatakan jika dibacakan kedua-dua surah itu
hingga ke akhirnya (kepada orang yang hampir mati) nescaya akan
memudahkan rohnya keluar. Jika tidak dapat menghabiskan kedua-dua surah
itu maka memadailah sebahagiannya.
Dalam surah Yasin pula ia didahului dengan nama Rasulullah s.a.w iaitu
“Yasin”- pastinya ini bermaksud untuk menjadikan baginda sebagai wasilah
untuk meminta pertolongan dan kemudahan bagi roh ataupun orang yang
menghadapi sakratul maut atau pun jenazah yang hendak dikuburkan itu.
Secara logiknya adakah cukop sekali kita seru “Yasin” dalam surah ini
sedangkan niat kita adalah untuk bertawassul atau berwasilah ? Dalam surah
Yasin itu pun ada empat sebutan “Ar Rahman”, maka paling tidak kita mulai
bacaan surah Yasin itu dengan membaca “Yasin” 4x atau 5x atau 7x atau 9 x
sebab itu adalah “adab” berwasilah. Adakah caraini satu syariat baru? Tentu
tidak…..kita nyatakan tentang “adab” , tentang hakikat dan makrifat. Kalau nak
terus baca “Yasin” sekali pun OK ..itu cara syariat!
Tentunya bila kita menyatakan tentang “adab” kita teringat pula ayat “
salamun ala ilyasin” ( Salam sejahtera kepada ahli Yasin iaitu ahlil bayt
Rasulullah s.a.w)-ayat 130 surah 37. Dalam satu hadith sahih : Zaid bin Arqam
berkata,
‘Pada suatu hari Rasulullah saw berdiri di tengah-tengah kami
menyampaikan khutbah di telaga yang bernama “Khum”, yang terletak di
antara Mekkah dan Madinah. Setelah mengucapkan hamdalah dan puji-pujian
kepada-Nya serta memberi nasihat dan peringatan Rasulullah saw berkata,

‘Adapun selanjutnya, wahai manusia, sesungguhnya aku ini manusia yang


hampir didatangi oleh utusan Tuhanku, maka aku pun menghadap-Nya.
Sesungguhnya aku tinggalkan padamu dua perkara yang amat berharga, yang
pertama adalah Kitab Allah, yang merupakan tali Allah. Barangsiapa yang
mengikutinya maka dia berada di atas petunjuk, dan barangsiapa yang
meninggalkannya maka dia berada di atas kesesatan.’ Kemudian Rasulullah
saw melanjutkan sabdanya, ‘Adapun yang kedua adalah Ahlul Baitku. Demi
Allah, aku peringatkan kamu akan Ahlul Baitku, aku peringatkan kamu akan
Ahlul Baitku, aku peringatkan kamu akan Ahlul Baitku.’ Kemudian kami
bertanya kepadanya (Zaid bin Arqam), ‘Siapakah Ahlul Baitnya, apakah istri-
istrinya?’ Zaid bin Arqam menjawab, ‘Demi Allah, seorang wanita akan
bersama suaminya untuk suatu masa tertentu. Kemudian jika suaminya
menceraikannya maka dia akan kembali kepada ayah dan kaumnya. Adapun
Ahlul Bait Rasulullah adalah keturunan Rasulullah saw yang mereka
diharamkan menerima sedekah sepenggal beliau. ”

Kerana kedudukan “salamun ala il yasin” itu SETELAH surah Yasin , maka
seeloknya kita baca “Salamun ala ilyasin” ini SELEPAS habis baca surah Yasin
sebagai satu bentuk “adab” bahawa wasilah yang kita pohon dan gunakan itu
termasuk juga ahli Bayt Rasulullah s.a.w . Sekali lagi , ini bukan syariat baru , ini
adab ……bagi yang “berfikiran tajam” lah , insyaAllah !

Kenapa pula baca (kalua boleh) juga surah ArRad? Ada empat huruf muqotaat
di situ iaitu Alif Lam Mim Ra ( sama dengan bilangan sebutan “ArRahman”
dalam surah Yasin). Setiap huruf itu merupakan Nama-Nama Allah Yang Agong.
Tentunya kita juga berwasilah dengan menggunakan Nama-Nama itu. Itu
namanya Tauhid Asma’. Kita berdoa dan berusaha membaca ayat-ayat suci Al-
Quran – itu namanya Tauhid Af’al…..kita tidak minta pertolongan daripada
orang lain , kita baca sendiri …itulah namanya Tawakkal. InsyaAllah kita akan
kupas tentang Nama-nama Allah Yang Agong (asmaul azham) dilain kali. Yang
pasti , dari segi bilangan huruf dalam Al-Quran yang paling banyak ialah Alif,
diikuti bilangan Lam dan diikuti bilangan Mim……..

Wallahu a’lam bissawab.

Catatan pagi Jumaat , 12 Julai, 2019 oleh Shahidan Radiman , Bangi.

Anda mungkin juga menyukai