Anda di halaman 1dari 3

Ketahuilah jika lahir dalam Islam , jangan dibiarkan kita tahu sekadar Rukun Islam sahaja.

Belajar faham tahu buat ikut taat mengikut dan menjejakinya jalan Para Rasul, Jalan para Nabi.

Al Quran dan Hadis bukan sekadar bahan sejarah, yang sebenarnya ungkapan yang perlu dikaji diteliti
dihayati. Ambilan secara terus tanpa rujukan dari para alim ulama dan fikiran secara logik, tanpa
bimbingan akan membuat kita terjerumus ke jalan yg salah lagi menyesatkan.

Cari lah para ilmuwan bukan hanya pada kata2 dan teori sahaja.

Ketahuilah Iman, Islam dan ehsan adalah penting dan tiada ambil sekerat2.

Ketahuilah pecahan yang dilakukan oleh yang terdahulu adalah untuk kebaikan kita jua.

Mengapa berSyariat?

Mengapa BerTarikat?

Mengapa berHakikat?

Mengapa berMakrifat?

Selamilah mengapa begitu

Ketahuilah tunjang agama kita adalah Iman kita. PercayaNya ada Tuhan dan tiada seumpama dengan
makhluk yang dijadikan.

Ketahuilah pengucapan *Asyadu* Anna La illaha illa Allah Wasyahdu AnNa Muhammad Darasullulah
adalah bukan sekadar ucapan tetapi pengakuan yang Hak, yang Haq, yang Hakiki, yang sebenarnya.

Ketahuilah *Allah* adalah nama bagi Zat, Asma, hanyaSa akan kebesaranNya dan keagunganNya.

Dia tetap tak berumpama seperti surah Al Ikhlas.

Dalam diri ada hati, dalam diri ada jantung. Selamilah akan diri kita. Perbaikilah akan adap, tingkahlaku
kita dengan dengan Tuhan, penunjuk jalan dan para manusia yang Saleh.

Sifat-sifat tercela perlu dikaji, dikawal dan dijauhi.

1. HASAD - IRI HATI


2. HAQAD - DENGKI ATAU BENCI
3. SUUZ-ZAN - SYAK WASANGKA
4. KIBIR - SOMBONG
5. UJUB - MERASA SEMPURNA DIRI DARIPADA ORANG LAIN.
6. RIYA' - MEMPAMERKAN KELEBIHAN.
7. SUMAAH - MENCARI NAMA ATAU KEMASHURAN.
8. BUKHUL - KIKIR, KEPITING ATAU KEDEKUT
9. KUBUL MAL - KEBENDAAN
10. TAFAHUR - SUKA MEMBANGGAKAN DIRI.
11. GHADAP - PEMARAH
12. GHIBAH - PENGUMPAT
13. NAMIMAH - BICARA BELAKANG ORANG
14. KIZIB - SUKA BERDUSTA ATAU BERBOHONG
15. KIANAT - SUKA EMBUAT FITNAH DARI SUATU TEMPAT KESUATU TEMPAT

Rawat lah dengan Penawar Bagi Hati. Baca fahami dan carilah Hakikat diriNya akan diri Kita untuk
mengenal dikenal dan mengetahui.

Petunjuk

Hal akan petunjuk, Hak akan belajar. Ingatlah, kesabaran MESTI ada dan bersangka baik Kerna untuk
menjadi orang Mukmin adalah tersangat susah. Kita akan sentiasa diuji.

Bagaimana Tuhan beri Ilham atau petunjuk dalam bab pelajari hal berugama cara orang terdahulu.

Bermula nya teringat kita akan sesuatu.


Bermula nya kita dahaga
Bermula nya kita letih
Bermula nya kita teringat nak solat
Bermula nya akan kehidupan kita seharian kita di ajar dan di beri petunjuk

Akan teringat kita untuk bersolat, kita diingatkan untuk mengerjakan.


Soal nya samada kita patut ikut perintah atau tidak.

Awal permulaan akan diajar di hantar akan peringatan perintah untuk melakukan solat. Jika diabaikan
maka tiadalah peringatan lagi dari maha kuasa.

Begitulah dalam bab pelajari ugama.

Akan dihantar peringatan atau perintah untuk melakukan Musyahadah dan lain-lain.

Akan dihantar peringatan atau perintah untuk melakukan zikir.

Jika kita ikut perintah maka *Perintah* yang seterusnya akan dihantar dengan lebih kerap.

Maka akan terjadi pada kita perintah dihantar bermula dari perintah mengerjakan solat lima waktu.

Dalam pada tu perintah bermusyahadah atau zikir akan datang antara solat.

Kekerapan bermula dari setiap jam akan peringatan untuk mengerjakan musyahadah, zikir dan lain-lain

Jika kita patuh, maka perintah dihantar setiap setengah jam dan berkurangan minit sehingga lah terjadi
setiap masa sàat dan ketika.

Carilah wahai umat Muhammad jalan yang sebenarnya dan mohonlah kepada Tuhan.

Masa semakin dekat, masa semakin suntuk . Bermula lah sekarang dan jangan menangguh nangguh
kelak kita yang rugi.
Semoga dipermudahkan. Aamiin Aamiin Aamiin ya Rabbal Alamin.

Anda mungkin juga menyukai