Anda di halaman 1dari 8

TOPIK 3 : PERAMALAN KEWANGAN DSM2163 JAN2021

LANGKAH –LANGKAH PENYEDIAAN KUNCI KIRA-KIRA/PENYATA KEDUDUKAN


KEWANGAN PRO FORMA

a. Tentukan kadar peningkatan dalam jualan


b. Tentukan samada syarikat beroperasi pada lebihan kapasiti (hanya aset semasa akan
meningkat untuk menampung peningkatan dalam jualan) atau telah mencapai kapasiti
maksimum /penuh (keseluruhan aset akan meningkat untuk menampung peningkatan
dalam jualan)
c. Tentukan nisbah margin untung bersih; MUB (Net Profit Margin)
d. Tentukan nisbah pembayaran dividen, NPD (Dividend Pay Out ratio)
e. Kategorikan item dalam Kunci Kira-Kira samada :
 Pembiayaan spontan (akan meningkat secara langsung dengan peningkatan dalam
jualan)
 Pembiayaan tidak spontan ( tidak akan meningkat secara langsung dengan
peningkatan dalam jualan)
 Aset semasa atau jumlah aset (yang akan bertambah apabila jualan meningkat)
f. Tentukan perolehan tertahan untuk tahun 1 menggunakan formula ;

PT1 = PT0 + (J1) (MUB) (1 - NPD)

Dimana; PT1 = perolehan tertahan tahun 1

PT0 = perolehan tertahan tahun 0

J1 = jualan pada tahun 1

MUB = margin untung bersih

NPD = Nisbah pembayaran dividen

g. Tentukan dana tambahan diperlukan untuk menampung peningkatan dalam jualan


menggunakan :
i) ramalan jumlah asset = ramalan jumlah ekuiti dan liabiliti
ii) peningkatan dalam asset = perubahan dalam pembiayaan + perubahan dalam
spontan perolehan tertahan
h. Andaian : nisbah aset dan liabiliti terhadap jualan adalah malar

1
TOPIK 3 : PERAMALAN KEWANGAN DSM2163 JAN2021

CONTOH 1

GEGAR ORPORATION
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2009

Bukan Aset Semasa RM RM


Premis 11,070,000

Aset Semasa
Tunai 1,980,000
Akaun Belumterima 5,400,000
Inventori 6,750,000 14,130,000

Jumlah Aset Semasa 25,200,000

Ekuiti dan Liabiliti


Saham Biasa 5,400,000
Perolehan Tertahan 2,700,000

Bon 4,950,000

Akaun Belumbayar 5,130,000


Belanja Terakru 3,240,000
Nota Belumbayar 3,780,000 12,150,000

Jumlah liabiliti semasa 25,200,000

Maklumat tambahan :

1. Jualan pada tahun 2009 adalah RM 100,000,000. Diramalkan bahawa jualan akan
meningkat kepada RM 150,000,000 pada tahun 2010.
2. Untung bersih syarikat adalah RM 5,000,000
3. Dividen yang dibayar pada tahun 2009 adalah sebanyak RM2,700,000
4. Syarikat beroperasi pada tahap kapasiti maksimum/penuh.

2
TOPIK 3 : PERAMALAN KEWANGAN DSM2163 JAN2021

Anda dikehendaki untuk : i) menyediakan Kunci Kira-Kira Pro Forma dan ii) mengira
dana tambahan yang diperlukan untuk menampung peningkatan dalam jualan syarikat.

CONTOH 2

GIGIH CORPORATION
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2004

Bukan Aset Semasa RM RM


Bangunan ( bersih) 184,500
Loji dan Peralatan (bersih) 306,000
490,500
Aset Semasa
Tunai 108,000
Belanja Terdahulu 9,000
Akaun Belumterima 103,500
Inventori 124,200 344,700
835,200
Ekuiti dan Liabiliti
Saham Keutamaan 40,500
Saham Biasa 218,700
Perolehan Tertahan 76,500

Bon 202,500
Hutang jangkapanjang 90,000

Akaun Belumbayar 178,200


Cukai Terakru 4,050
Bunga Terakru 3,420
Nota Belumbayar 21,330 207,000
835,200

3
TOPIK 3 : PERAMALAN KEWANGAN DSM2163 JAN2021

Maklumat tambahan :

1 Jualan pada tahun 2004 adalah RM 540,000. Diramalkan bahawa jualan akan
meningkat kepada RM 675,000 pada tahun 2005.
2. Margin untung bersih syarikat adalah 6%
3. Nisbah Pembayaran Dividen pada tahun 2004 adalah 32%
4. Syarikat belum mencapai kapasiti maksimum / penuh.

Anda dikehendaki untuk : i) menyediakan Kunci Kira-Kira Pro Forma dan ii) mengira dana
tambahan yang diperlukan untuk menampung peningkatan dalam jualan syarikat.

4
TOPIK 3 : PERAMALAN KEWANGAN DSM2163 JAN2021

SOALAN TUTORIAL – PERAMALAN KEWANGAN

1.

SYARIKAT TONGKAT ALI


Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2012

Bukan Aset Semasa RM RM


Loji dan Peralatan (bersih) 2,000,000

Aset Semasa
Tunai 4,000,000
Akaun Belumterima 2,400,000
Sekuriti Mudahpasar 1,800,000
Inventori 1,8000,00 10,000,000
12,000,000
Ekuiti dan Liabiliti
Saham Biasa 200,000
Perolehan Tertahan 2,800,000
Hutang jangkapanjang 4,000,000

Akaun Belumbayar 2,000,000


Belanja Terakru 2,000,000
Nota Belumbayar 1,000,000 5,000,000
12,000,000
Maklumat tambahan :

1. Jualan dijangka meningkat sebanyak 20% kepada 24,000,000 pada tahun 2013.
2. Margin untung bersih syarikat adalah 6.5% manakala nisbah pembayaran dividen
adalah 40%
3. Syarikat beroperasi pada kapasiti maksimum. Anda dikehendaki untuk : i)
menyediakan Kunci Kira-Kira Pro Forma dan ii) kirakan dana tambahan yang
diperlukan untuk menampung peningkatan dalam jualan syarikat.

5
TOPIK 3 : PERAMALAN KEWANGAN DSM2163 JAN2021

2.

MELATA CORPORATION
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2000

Bukan Aset Semasa RM RM


Bangunan ( bersih) 200,000
Loji dan Peralatan (bersih) 350,000
550,000
Aset Semasa
Tunai 110,000
Belanja Terdahulu 18,000
Akaun Belumterima 105,000
Inventori 130,000 363,000
913,000
Ekuiti dan Liabiliti
Saham Keutamaan 50,000
Saham Biasa 240,000
Perolehan Tertahan 73,000

Bon 220,000
Hutang jangkapanjang 110,000

Akaun Belumbayar 190,000


Cukai Terakru 5,000
Bunga Terakru 4,500
Nota Belumbayar 20,500 220,000
913,000

6
TOPIK 3 : PERAMALAN KEWANGAN DSM2163 JAN2021

Maklumat tambahan :

1. Jualan pada tahun 2000 adalah RM 750,000. Diramalkan bahawa jualan akan
meningkat kepada RM 900,000 pada tahun 2001.
2. Margin untung bersih syarikat adalah 7%
3. Nisbah Pembayaran Dividen pada tahun 2000 adalah 30%
4. Syarikat telah mencapai kapasiti maksimum. Anda dikehendaki untuk : i)
menyediakan Kunci Kira-Kira Pro Forma dan ii) mengira dana tambahan yang
diperlukan untuk menampung peningkatan dalam jualan syarikat

3. AMMAR CORPORATION

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2002

Bukan Aset Semasa RM RM


Premis (bersih) 850,000

Aset Semasa
Tunai 200,000
Akaun Belumterima 350,000
Inventori 300,000 850,000
1,700,000
Ekuiti dan Liabiliti
Saham Biasa 200,000
Perolehan Tertahan 400,000

Hutang jangkapanjang 200,000

Akaun Belumbayar 250,000


Belanja Terakru 250,000
Nota Belumbayar 400,000 220,000
1,700,000

7
TOPIK 3 : PERAMALAN KEWANGAN DSM2163 JAN2021

Maklumat tambahan :

1. Jualan semasa berjumlah RM 2,000,000 dan dijangka meningkat sebanyak 20%


pada tahun depan.
2. Margin untung bersih syarikat adalah 12%
3. Nisbah Pembayaran Dividen pada tahun 2002 adalah 50%
4. Syarikat telah mencapai kapasiti maksimum. Anda dikehendaki untuk : i)
menyediakan Kunci Kira-Kira Pro Forma dan ii) kirakan dana tambahan yang
diperlukan untuk menampung peningkatan dalam jualan syarikat. Syarikat
bercadang untuk memperoleh dana tambahan melalui pinjaman jangkapanjang

Anda mungkin juga menyukai