Anda di halaman 1dari 4

SOALAN TOP 15 ( SOALAN UMUM/PENDAPAT )

NO SOALAN

1
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada pendapat

anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang

dalam pelajaran?

2
Pemilihan Unduk Ngadau adalah berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Pada pendapat anda,

apakah ciri-ciri yang sesuai untuk menjadi seorang Unduk Ngadau?

3
Dalam sesebuah keluarga, hubungan antara adik-beradik juga adalah penting. Pada pendapat

anda, apakah peranan setiap adik beradik dalam mewujudkan satu suasana keluarga yang lebih

harmoni dan ceria?

4 Tema kaamatan bagi tahun ini adalah ‘KAAMATAN MEMBUDAYAKAN PERPADUAN’.

Apakah pemahaman anda tentang tema tersebut.

5 Usaha untuk memupuk semangat perpaduan antara masyarakat bukanlah satu usaha yang mudah.

Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat perpaduan

masyarakat.

6 Perpaduan masyrakat dikatakan semakin merosot. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku

sekiranya semangat perpaduan antara masyarakat tidak disemarakkan?

7 Semangat kejiranan sangat signifikan dalam kalangan masyarakat setempat. Pada pendapat anda,

apakah kepentingan semangat kejiranan dalam komuniti setempat?

8 Makanan tradisional semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat. Pada pendapat anda, apakah

usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan tradisi makanan tradisional.

9 Setiap kaum di negeri sabah mempunyai tarian Tradisional unik masing-masing. Pada pendapat

anda, apakah langkah yang boleh dilakukan agar tarian tradisi ini tidak dilupakan oleh
masyarakat kini dan akan datang.

10 Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat rakyat semakin longgar. Pada pendapat anda,

apakah langkah yang boleh diambil agar semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat

ditingkatkan.

11 Setiap masyarakat masing-masing mempunyai pendapat yang berlainan sehingga menyebabkan

salah faham. Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah ini dapat dielakkan.

12 Pada pendapat anda, adakah perkahwinan campur dapat memupuk perpaduan dan keharmonian

dalam kalangan masyarakat.

13 Masyarakat zaman sekarang kurang mengambil berat tentang kebersihan alam sekitar. Pada

pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memberikan kesedaran tentang

kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar di kampung kita?

14 Zaman sekarang, kuasa viral hanya di hujung jari. Pada pendapat anda, patutkah kita melibatkan

diri sebagai ‘Keyboard Warrior’ untuk menyatakan pendapat kita di laman sosial?

15 Kanak-kanak merupakan masa depan negara. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara kita

menarik minat kanak-kanak untuk mendalami ilmu kebudayaan?


SOALAN TOP 7 UN KG NOLOTAN

NO SOALAN

1 Dunia semakin moden dan memperlihatkan bahawa bahasa melayu dan inggeris lebih banyak

diguna pakai dalam urusan seharian, sementara bahasa ibunda semakin dilupakan. Apakah yang

boleh dilakukan untuk memastikan bahasa ibunda tidak terus pupus ditelan zaman.

2 Padi merupakan tanaman utama yang sinonim dengan masyarakat KDMR. Pada masa kini,

banyak tanah sawah terbiar dan tidak diusahakan. Pada pendapat anda, apakah cara untuk

memastikan penanaman padi dapat diteruskan oleh golongan belia di masa hadapan.

3
Jika anda terpilih menjadi Unduk Ngadau Kg. Nolotan, apakah sumbangan utama anda kepada

komuniti dan bagaimana anda melaksanakannya. Terangkan.

4
Wanita juga merupakan pelapis pemimpin negara di masa hadapan. Pada pendapat anda,

bagaimanakah cara untuk membangkitkan semangat kepimpinan dalam kalangan wanita muda

dalam komuniti anda.

5
Pertandingan Unduk Ngadau sudah diadakan sejak lebih 60 tahun lalu. Pada pendapat anda,

Apakah makna pertandingan Unduk Ngadau ini setiap kali pesta kaamatan diadakan?

6 Setiap tahun pada bulan Mei, rakyat Sabah daripada pelbagai latar belakang berkumpul bagi

meraikan pesta kaamatan. Apakah pengertian anda mengenai Pesta Kaamatan ini?
7 Terdapat tanggapan bahawa pertandingan Unduk Ngadau adalah sama seperti ratu cantik

konvensional. Pada pendapat anda, apakah keistimewaan Unduk Ngadau yang menjadikannya

berbeza dengan pertandingan ratu cantik yang lain.

Anda mungkin juga menyukai