Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN

NAMA PROGRAM / AKTIVITI: KARNIVAL PENDIDIKAN SEMENTA 2022

Pengetua,
SMK. Tambunan

KERTAS KERJA KARNIVAL PENDIDIKAN SEMENTA 2022


2.0 PENGENALAN PROGRAM

Karnival Pendidikan SEMENTA merupakan program yang dilaksanakan melibatkan semua


warga sekolah dan beberapa agensi luar. Justeru itu, Bidang Kemanusiaan, MATSA, VOTEK,
Unit Koperasi serta Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil inisiatif untuk mengadakan
karnival pendidikan yang julung kali diadakan.

Bersempena dengan perayaan bulan kemerdekaan ke-65 tahun, Bidang


Kemanusiaan akan mengadakan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah.
Tujuannya adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan cintakan tanah air, membina jati
diri serta menanam rasa bangga terhadap kemajuan dan kejayaan yang telah dikecapi oleh
negara. Ini adalah sebagai satu usaha mendidik generasi muda masa kini menghargai sejarah
kemerdekaan dan keringat para pejuang terdahulu.

Selain daripada itu, Karnival Pendidikan SEMENTA ini juga menggabungkan STEM
dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pendekatan pendidikan
baharu melalui pelbagai aktiviti berbentuk pertandingan, bengkel dan pameran bagi
membangunkan para murid untuk mempersiapkan diri dalam Revolusi Industri 4.0 selaras
dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membudayakan pendidikan
STEM.

Unit Koperasi Sekolah (HKS) akan mengadakan pelbagai aktiviti berdasarkan garis
panduan yang disediakan. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu warga
sekolah dan komuniti setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranannya untuk
mendidik para pelajar selaras dengan prinsip amalan koperasi.

Pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan bidang yang dipelajari semasa di
peringkat pengajian menengah dan pengajian tinggi menjadi keutamaan kepada semua
pelajar. Namun begitu, keadaan semasa dan ekonomi dunia turut memerlukan bakal pekerja
yang kompetetif dalam bekerja dan mempunyai pelbagai kemahiran yang diperoleh secara
formal dan tidak formal. Oleh itu, Unit Bimbingan Kaunseling mensasarkan agar pameran
kerjaya dapat memenuhi kehendak pelajar dan agensi kerajaan.

Adalah diharap agar setiap aktiviti yang diadakan mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan
manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat
patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid, guru-guru
SMK Tambunan, agensi luar serta komuniti setempat.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Satu pendekatan dalam membentuk kemenjadian murid.
3.2 Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria sempena sambutan
bulan kebangsaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran
dan pembelajaran.
3.3 Menyediakan satu platform bagi peserta untuk berbincang dan berkongsi
maklumat, pengalaman serta hasil penyelidikan tentang isu berkaitan STEM di
kalangan murid.
3.4 Melahirkan nilai keusahawanan dalam diri murid untuk bersaing di dalam
lapangan masyarakat melalui aktiviti jualan
3.5 Memberi pendedahan kepada murid tentang peluang melanjutkan pelajaran
dalam bidang yang diingini.
3.6 Mendidik warga sekolah berkenaan isu penyalahgunaan dadah serta
kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.

4.0 KRITERIA KEJAYAAN


4.1 Semua murid melibatkan diri secara optimum dalam Karnival Pendidikan sama
ada sebagai peserta pertandingan, pembentang pameran hasil kerja murid,
pengurus pameran dan jawatankuasa pelaksana.
4.2 Semua kelas menghias dan menceriakan kelas mengikut Tema Hari
Kebangsaan 2022.
4.3 Setiap kelas sekurang-kurangnya menyertai 1 pertandingan sempena Bulan
Bidang Kemanusiaan.
4.4 Semua murid dapat melihat dengan lebih dekat hasil kerja murid dalam
menyelesaikan isu berkaitan STEM melalui pameran.
4.5 Semua murid dapat melihat dan melibatkan diri dalam semua aktviti pameran.
4.6 Semua murid khususnya murid tingkatan 4 dan 5 diberikan pendedahan
tentang peluang melanjutkan pelajaran mengikut perkembangan ekonomi
yang sesuai dengan tahap akademik dan kemampuan pelajar.
4.7 Sekurang-kurangnya 3 kumpulan murid berpeluang untuk melakukan aktiviti
keusahawanan melalui aktiviti menjual.
4.8 Semua warga sekolah tahu dan jelas akan impak negatif penyalahgunaan
dadah dan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjauhi
dadah.

5.0 KUMPULAN SASAR


5.1 Semua murid dan guru SMK Tambunan.
6.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh : 29 September 2022 (Khamis)

Tempat : Dataran Kepayan, SMK Tambunan.

Aktiviti : Pameran dari agensi-agensi luar

Pakaian : Guru ( Batik SEMENTA )

Murid (Baju Perayaan atau baju Tradisi / Baju PJPK)

7.0 TENTATIF KARNIVAL PENDIDIKAN SEMENTA

Masa Aturcara Majlis Catatan


0700 ❖ Murid berkumpul di Dataran Kepayan, SMK - Persediaan
Tambunan pameran
- Kehadiran diambil oleh guru kelas (AJK Pameran
❖ Perarakan kereta berhias guru-guru dan tidak perlu
pelajar menuju ke Bangunan Mat Sator. menyertai
- Mendengar penerangan mengenai fungsi perarakan)
Bangunan Mat Sator daripada wakil
penduduk yang berkaitan

0730 ❖ Perarakan kembali ke dataran Kepayan - Pameran


- Persembahan Senamrobik TVET berlangsung
- Nyanyian lagu-lagu Patriotik oleh guru- - Pertandingan
guru dan murid SMK Tambunan mewarna kanak-
kanak Tabika
❖ Ketibaan YDP &Timbalan YDP PIBG KEMAS
0930 ❖ Ketibaan PPD
❖ Ketibaan VIP (Perasmi)
❖ Tarian Sambut Tamu
❖ Bacaan doa
❖ Nyanyian
- Lagu Negaraku
- Lagu Negeri Sabah
❖ Ucapan
- Pengetua
- PPD
- Perasmi
❖ Gimik Perasmian
❖ Persembahan
- Orkestra + Koir Patriotik Guru-Guru SMK
Tambunan
- Coral Speaking
❖ Pertandingan Fesyen Show Merdeka
❖ Persembahan Pantomin STEM
❖ Penyampaian Cenderahati kepada perasmi
❖ Penyampaian Hadiah Fesyen Show
❖ Sesi bergambar
❖ Sesi lawatan tapak pameran
❖ Jamuan
8.0 JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA KARNIVAL PENDIDIKAN SEMENTA 2022


Penaung : Encik Joseph Rusak @ Yusuf Rosli (Pengetua)
Penasihat Utama : Puan Airin Suil (Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum)
: Puan Kitih Ombou (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
: Encik Yasimin Basir (Penolong Kanan Kokurikulum)

Penasihat Program : Puan Helen @ Lucia Joseph (Ketua Bidang Kemanusiaan)


Ketua Pengarah : Encik Oliver John Jukoris
Timb.Pengarah : 1. Puan Siti Nurliza Gontol (TVET)
2. Cik Vioni Adtak (STEM
3. Encik Thadeus Paulus (AADK)
4. Encik Fibery Parantis (Kerjaya)
5. Puan Delna Cleophas (Koperasi)
6. Puan Tracie Talis (RIMUP)
7. Encik Larry Charles
Setiausaha : Puan Airinni Jospuin
Tim Setiausaha : Ustazah Nor Azlina bt Abd Danan
Bendahari : Cik Veronica Pee

JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK PELAKSANA TUGAS

Protokol Pengerusi: Puan Helen Joseph (i) Pengurusan pengacaraan dan


(Bidang Ketua: En. Mohd Salehuddin Sulai persembahan pentas
Kemanusiaan) Pembantu: En Leo Galang Anak (ii) Menyediakan buku aturcara dan
Randi teks ucapan untuk perasmi
(iii) Jamuan untuk VVIP
(iv) Persembahan koir guru-guru
Perjalanan Pengerusi: Cik Veinah Simon (i) Menyusun pengisian program
Majlis Ketua: Cik Nor Azilah Patrik sepanjang karnival Pendidikan
(Bidang Pembantu: En Sergius Simon (ii) Protokol
Bahasa) (iii) Disiplin dan Keselamatan
- Parking
- Lalu lintas
- Keluar masuk orang luar
(iv) Persembahan Choral
Speaking
Persiapan Pengerusi: Pn. Helen Gurini (i) Membuat plan perjalanan karnival
Tempat Ketua: Cik Shinta Samto Kumbar (fliers)
(Bidang Pembantu: Pn Betty Bt Fredolin (ii) Menyusun atur booth, kerusi dan
meja pameran
Matsa)
(iii) Dekorasi pentas dan backdrop
(iv) Hamparan karpet merah
(v) Persembahan Pantomin +
Antidadah
Teknikal Pengerusi: En Jaidi Karim (i) Kebersihan sebelum dan selepas
(Bidang Ketua: Pn Azniezza Lamsin majlis
Votek) Pembantu: Pn Fattirisia Samin (ii) PA System
(iii) Dokumentasi
(iv) Cenderamata dan gadis dulang
(v) Persembahan Senamrobik TVET
dan Sambut Tamu

9.0 AKTIVITI SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN SEMENTA 2022

Bil Aktiviti Penyelaras Perincian


1. Fesyen Show Encik Hendry Getruda Menguruskan Fesyen Show
Merdeka
2. Pameran dari 1. Encik Fibery Parantis 1. Menjadi LO untuk agensi-agensi
agensi -agensi 2. Encik Oliver John Jukoris yang dijemput ke karnival.
luar 3. Encik Thadeus Paulus 2. KPI Jumlah Agensi Luar = 16
4. Puan Siti Nurliza Gontol Agensi
5. Cik Vioni Adtak 3. Cadangan agensi :
6. Puan Frenysia Frencis - AADK
7. Puan Siti Farhana - Jabatan Perhilitan
- Kementerian Pertanian dan
Perikanan Sabah
- Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi
- Kementerian Penerangan
Malaysia
- Jabatan Hidupan Liar Sabah
- Kolej Komuniti
- MARA
3. Gerai Jualan Pn Delna Cleophas 1. Pengurusan lot kedai
Pn Macrena S. Yubong 2. Mengira jumlah lot
3. KPI Lot Jualan =
4. Pertandingan Pn Wonie Samin 1. Jemputan untuk pertandingan
mewarna kanak- mewarna dan LO kepada Tabika
kanak Tabika 2. KPI Penyertaan Murid : 15
Kemas Orang murid
5. Pameran Hasil Semua Ketua Bidang 1. Mengenalpasti bentuk pameran.
Kerja Murid 2. Melantik dan membimbing guru
dan murid untuk mengurus
pameran.
3. Mengumpul feedback daripada
audiens pameran sebagai
penambahbaikan.
4. KPI Jumlah Pameran Murid = 4
Pameran
10.0 PELAN LANTAI KARNIVAL PENDIDIKAN SEMENTA

Anda mungkin juga menyukai