Anda di halaman 1dari 1

BUDAYA MEMBACA MEMBUKA MINDA

Sekalung apresiasi buat saudari/saudara pengerusi;


Kombinasi intelektual kehakiman berintergriti yang sedang menjunjung mahkota
keadilannya;
Penjaga masa yang sentiasa peka dengan detik jamnya;
Rakan-rakan sepejuangan yang berkredibiliti;
Seterusnya warga dewan yang dekat di hati.

“BUDAYA MEMBACA MEMBUKA MINDA” merupakan Tajuk Pidato Spontan yang saya terima.

Membaca merupakan suatu amalan yang mulia. Banyak kebaikan yang dapat diperoleh
dengan membaca. Kerajaan menerusi pelbagai kempennya sentiasa menggalakkan masyarakat
mengamalkan tabiat suka membaca.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

                 Pragmatik pertama, membaca dapat meluaskan pengetahuan kita. Hal ini demikian
kerana membaca merupakan jambatan ilmu. Banyak ilmu yang dapat kita peroleh dengan
membaca buku, surat khabar, atau novel. Kita juga dapat mengetahui perkara-perkara baru dalam
pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan sastera. Kita dapat mengetahui
tentang isu semasa yang berlaku di seluruh dunia. Misalnya masalah kegawatan ekonomi, Covid-
19, pencemaran alam sekitar,  pergolakan politik,  serangan pengganas, sukan, dan sebagainya.
Dengan demikian, kita tidak lagi menjadi seperti “katak di bawah tempurung”.

Sidang penonton penuh santun,

                Pragmatik kedua, satu lagi kebaikan membaca ialah kita dapat mengisi masa lapang
dengan aktiviti yang berfaedah.  Masa tidak  lagi terbuang begitu sahaja. Menyedari hakikat
bahawa masa itu emas, maka amalan membaca memang  wajar dilakukan setiap kali ada masa
terluang.

Tuntasnya, sikap suka membaca wajar  diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk 
mencapai  taraf negara maju.  Jika tidak,  kita akan jauh  ketinggalan di  belakang dan tidak mampu
bersaing  dengan negara-negara lain.

Anda mungkin juga menyukai