Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PERMOHONAN BAYARAN

KENAIKAN PEMBANTU AM & SAGUHATI JAWATANKUASA MASJID

1.0 TUJUAN

Kertas ini bertujuan memohon pertimbangan Pengerusi & Jawatankuasa


Lembaga Tadbir untuk meluluskan bayaran kenaikan Pembantu Am dan
Jawatankuasa bagi Masjid Daerah iaitu Masjid Jamek Sultan Hishamuddin
Sabak Bernam

2.0 LATAR BELAKANG

Jawatan Pembantu Am masjid diwujudkan melalui mesyuarat lembaga


tadbir sebelum ini untuk membantu kerja- kerja pejabat pentadbiran di
masjid.
Manakala Jawatankuasa masjid pula dilantik untuk 3 tahun berperanan
melalui lajnah / biro merancang dan menggerakkan anak kariah masjid
melalui Program – program secara berterusan

3.0 JUSTIFIKASI

Tugas Pembantu Am ini meliputi kerja-kerja pengkeranian pejabat adalah


setara seperti dengan pegawai – pegawai kerajaan lain tetapi di bayar
bulanan menggunakan kewangan masjid dan tidak setara dalam
menjalankan tugas-tugas hakiki.

Jawatankuasa Masjid Daerah pula dicadangkan untuk menerima saguhati


tahunan seperti masjid kariah melalui Lembaga Zakat Selangor sebagai
inisiatif melakukan kerja-kerja mengimarahkan masjid tetapi menggunakan
kewangan masjid dan berpeluang menerima kenaikan 20% dalam tempoh
3 tahun
Disebabkan tugas sebagai Pembantu Am dan Jawatankuasa masjid
sangat berperanan dan penting ,maka mereka adalah wajar diberikan
elaun tersebut.

4.0. CADANGAN

Jawatan bayaran catatan

Pembantu Am RM 1200 bulanan

Lajnah/ biro RM 200 tahunan

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN

a. Bayaran untuk Pembantu Am


RM 1 200 x 12 bulan x 1 orang = RM 14 ,400.00
b. Bayaran untuk Jawatankuasa / Biro /Lajnah
RM 200 x 17 orang x 1 tahun = RM 3 ,400.00
JUMLAH =RM 17 , 800.00

Senarai Tugas

Bidang Tugas Pembantu Am:

1. Melaksanakan

Bidang Tugas lajnah / biro:

1. Urusan

Anda mungkin juga menyukai