Anda di halaman 1dari 5

SJK(T) LADANG WELLESLEY

PDPR
BAHASA MELAYU TAHUN 6
(10.11.2021 – RABU)

BUKU TEKS BM (ms99)


TEMA 7:
INDAHNYA WARISAN KITA

UNIT 19:
MERDUNYA ALUNAN

TAJUK:
KISAH PENGGESEK ERH-HU
(pemahaman)
Baca teks yang terdapat pada buku teks muka surat 99.
Kemudian, tuliskan jawapan pemahaman berdasarkan teks
tersebut.
TUGASAN 1:
Tuliskan maksud kosa kata berikut:

1. tersohor = terkenal, termasyhur, popular

2. diundang = dijemput

3. terpandang = terlihat

4. menerjah = datang dengan tiba-tiba

5. bergurau = berbual secara bermain-main, bersenda,

berjenaka

6. terbahak – bahak = ketawa dengan kuat dan tidak

tertahan-tahan

7. tersipu – sipu = malu sekali

8. berputik = menampakkan tanda-tanda akan berjaya


TUGASAN 2:
Tuliskan jawapan pemahaman.

1. Siapakah Encik Gan?

Encik Gan……..

2. Siapakah Cikgu Ming?

Cikgu Ming ialah bekas guru muzik Encik Gan.

3. Apakah yang dilakukan oleh rakan-rakan Gan?

Rakan-rakan Gan………..

4. Wajarkah tindakan mereka? Jelaskan.

Tindakan mereka tidak wajar kerana ini boleh

menyakitkan hati Gan dan Gan berasa kecil hati.

5. Mengapakah Gan tidak menyimpan perasaan marah

terhadap gurunya?
Gan tidak menyimpan perasaan marah terhadap gurunya

kerana dia tahu itu hanya gurauan sahaja dan dia juga

seorang murid yang menghormati gurunya.

6. Bagaimanakah alat muzik tradisional seperti erh-hu dapat

dipopularkan di negara kita?

Alat muzik tradisional seperti erh-hu dapat dipopularkan

di negara kita dengan dimainkan di majlis-majlis

perkahwinan, sambutan hari lahir dan boleh mengadakan

pertandingan.

Anda mungkin juga menyukai