Anda di halaman 1dari 6

Bab 2: Zaman Air Batu

1. Apakah maksud geologi?


A. IIlmu mengkaji hidupan lampau
B. Ilmu mengkaji budaya silam
C. IImu mengkaji alam sekeliling
D. Ilmu mengkaji pembentukan bumi

2. Apakah yang mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi menjadi daratan dan lautan?
A. Iklim
B. Manusia
C. Haiwan
D. Bencana

3. Bilakah Zaman Miosen dipercayai telah berlaku?


A. 25 hingga 23 juta tahun dahulu
B. 23 hingga 25 juta tahun dahulu
C. 2.5 juta hingga 10,000 tahun dahulu
D. 10,000 tahun dahulu

4.Bilakah manusia mengetahui cara mendapatkan makanan melalui aktiviti pertanian?


A. Zaman Pleistosen
B. Zaman Pliosen
C. Zaman Holosen
D. Zaman Mieosen

5. Apakah maksud penglasieran?


A. Pembentukan air batu
B. Pemecahan air batu
C. Kecairan air batu
D. Perlusan litupan air batu

6. Bilakah berlaku kepupusan binatang seperti mamot dan harimau bertaring?


A. Zaman Miosen
B. Zaman Holosen
C. Zaman Pliosen
D. Zaman Pleistosen

7. Bilakah bumi mula mengalami cuaca panas?


A. 8,000 tahun dahulu
B. 8,500 tahun dahulu
C. 8,800 tahun dahulu
D. 8,900 tahun dahulu

8. Di manakah binatang seperti mamot berbulu dan kuda tinggal semasa zaman air batu berakhir?
A. Gua
B. Gunung
C. Tanam pamah yang sejuk
D. Kawasan litupan ais

9. Apakah yang menjadi tunjang kebenuaan di Asia Tenggara?


A. Laut China Selatan
B. Laut Pasifik
C. Selat Melaka
D. Pentas Sunda
10. Apakah kesan kecairan air batu yang berlaku pada peringkat akhir zaman Holosen terhadap Asia Tenggara?
A. Terjadi sungai dan tasik
B. Terbentuk tanah pamah yang luas
C. Terbentuk kawasan tanah tinggi
D. Terjadi teluk yang panjang

11. Apakah yang dimaksudkan dengan paleontologi?


A bidang ilmu yang mengkaji pembentukan bumi
B bidang ilmu yang mengkaji organisma seperti fosil dan hidupan purbakala
C bidang ilmu yang mengkaji perubahan iklim
D bidang ilmu yang mengkaji perubahan bentuk muka bumi

12. Bentuk daratan terdiri daripada....


A gunung, lembah dan sungai
B banjaran, selat dan teluk
C laut, tanah pamah,bukit
D teluk, lembah, gunung

13. Terdapat 5 lautan di dunia iaitu....


A Pasifik, Atlantik, Hindi, Antartika & Selatan
B Atlantik, Hindi, Artik, Asia & Selatan
C Pasifik, Atlantik, Hindi, Artik & Selatan
D Pasifik, Antartika,Asia, Selatan & Atlantik

14. Bagaimanakah benua dan lautan terbentuk?


A pembentukan ais
B penurunan suhu bumi
C pembentukan Pentas Sunda
D pergerakan glasier

15. Apakah ciri-ciri Zaman Air Batu ?


I cuaca sangat sejuk
II sungai dilitupi air batu
III sinaran matahari sangat terik
IV wujud kawasan laut yang luas
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

16. Tahap Zaman Air Batu mengikut kronologi....


A Pleistosen, Pliosen, Miosen, Holosen
B Holosen,Miosen, Pleistosen, Pliosen
C Pliosen, Holosen, Pleistosen, Miosen
D Miosen, Pliosen, Pleistosen, Holosen

17. Zaman Air Batu Pertama. Terbentuk Banjaran Andes dan Benua Amerika.
Apakah tahap tersebut ?
A Holosen
B Pliosen
C Miosen
D Pleistosen

18. Australia terletak di dalam benua....


A Asia
B Afrika
C Oceania
D Amerika Utara
19. Contoh bentuk muka bumi yang terbentuk Zaman Pliosen ialah..
A Grand Canyon, USA
B Great Lakes, Canada
C Tasik Dayang Bunting, Malaysia
D Tasik Kenyir, Malaysia

20. Ciri-ciri Zaman Pleistosen KECUALI


A manusia tahu cara membuat api
B manusia telah sampai ke Australia melalui jalan darat
C glasier utama berlaku sebanyak 11 kali
D terbentuknya gunung-ganang secara fizikal

21. Kawasan perairan sempit yang memisahkan dua kawasan daratan.


Apakah bentuk muka bumi tersebut ?
A Selat
B Teluk
C Benua
D Tanjung

22. Woolly Mammoth merupakan binatang yang hidup pada zaman.


A Pliosen
B Holosen
C Miosen
D Pleistosen

23. Bahagian perairan laut yang menghala ke daratan dan kawasannya dibatasi oleh daratan. Apakah bentuk muka bumi yang
dimaksudkan ?
A Benua
B Dataran
C Teluk
D Selat

24. Bidang manakah yg terlibat dlm kajian terhdp perubahan bumi?

i Geologi
ii Sosiologi
iii Matematik
iv Paleontologi

A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D iii dan iv

25. Keadaan bumi 94 juta tahun dahulu ialah_________


A Air laut masih tawar
B Paras air laut meningkat
C Wujud kehidupan seperti ikan
D Rupa bentuk benua mula kelihatan

26. Antara berikut yg manakh merupakan lautan utama dunia?


A. Lautan Hindi
B. Lautan Antartika
C. Laut Cina Selatan
D. Laut Mediterranean
27. Apakah maksud pengglasieran?
A Pembentukan air batu
B Pembekuan air batu
C Kepadatan air batu
D Kecairan air batu

28. Faktor utama berlakunya peningkatan suhu bumi pada Zaman Air Batu ialah____________
A Kegiatan radiasi bumi
B Pencemaran alam sekitar
C Kemerosotan ekosistem bumi
D Pengurangan gerakan glasier

29. Kesan perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara ialah___________.


A Iklim bertambah panas
B Pentas Sunda tenggelam
C Bencana alam berlaku
D Gunung berapi semakin aktif

30. Bagaimanakah keadaan bumi apabila paras air laut dunia meningkat?
A Perubahan aras daratan
B Pembentukan tasik & pulau
C Peningkatan suhu muka bumi
D Pergerakan arus lautan

31. Pelbagai perubahan telah dialami oleh bumi semenjak pembentukannya. Pembentukan tersebut bermula sejak
_________________.
A 2.3 bilion tahun lalu
B 3.5 bilion tahun lalu
C 4.2 bilion tahun lalu
D 4.6 bilion tahun lalu

32. Teori Milankovitch telah diperkenalkan oleh milutin Milankovitch (1897-1958).Kandungan teori tersebut adalah berkaitan
dengan ___________.
A Kesan pusingan bulan
B Kesan pusingan bumi
C Kesan pemanasan global
D Kesan pengeringan air laut

33. Bagaimanakah suhu dunia antara 23 juta hingga 5 juta tahun lalu?
A Penyejukan global
B Panas dan kering
C Sejuk dan panas
D Sejuk dan beku

34. Pernyataan berikut berkaitan dengan proses pengglasieran. Proses tersebut berlaku sebanyak ______________.
Berlaku antara 2.5 juta hingga 10,000 tahun lalu
A 8 kali
B 9 kali
C 10 kali
D 11 kali

35. Penghijrahan manusia ke Australia berlaku sekitar 50,000 tahun yang lalu. Bilakah penghijrahan tersebut berlaku?
A Zaman Miosen
B Zaman Pliosen
C Zaman Holosen
D Zaman Pliestosen

36. Ahli sains berpendapat bahawa peningkatan suhu bumi berlaku pada setiap 50 tahun. Berapakah jumlah peningkatan
tersebut?
A Enam darjah selsius
B Tujuh darjah selsius
C Lapan darjah selsius
D Sembilan darjah selsius

37. Pada zaman apakah manusia dipercayai sampai ke Australia melalui jalan darat dari Asia Tenggara?
A Pleistosen
B Pliosen
C Miosen
D Holosen

38. Bumi kita telah mengalami perubahan berjuta -juta tahun dahulu.Perubahan pada ketika itu memberi kesan
terhadap .............
A aktiviti manusia
B kedalaman lautan
C rupa bentuk fizikal bumi
D perkembangan teknologi

39. Trilobite, Eurypterids, Crinoid Stone - lily antara hidupan zaman Air Batu. Bilakah wujudnya hidupan tersebut?
A 2 juta tahun
B 5.2 juta tahun
C 12 000 tahun
D 500 juta tahun

40. Suhu dunia terlalu sejuk semasa Zaman Air Batu Akhir. Di benua manakah kejadian tersebut berlaku?
A Benua Oceania
B Benua Eropah
C Benua Afrika
D Benua Asia

41. Permukaan air laut yang membeku pada zaman air batu akhir menyebabkan sebahagian bumi diliputi...
A Salji
B Air masin
C Batu-batan
D Tanah pamah yang luas

42. Bilakah zaman air batu berlaku?


A 1.5 juta tahun - 5000 juta tahun
B 2.5 juta tahun - 10000 juta tahun
C 3.5 juta tahun - 5000 juta tahun
D 2.0 juta tahun - 10000 juta tahun

43. Apakah peristiwa yang berlaku di bumi pada 94 juta tahun lalu?
A Kepupusan dinasour
B Kewujudan kucing
C Kelahiran sloth
D Kemunculan amfibia

44. Apakah tulisan yang terawal sekali dihasilkan oleh manusia?


A Kuneiform
B Ideogram
C Hieroglif
D Piktograf
45. Pada Zaman Air Batu Akhir, bagaimanakah tumbuhan utama yang hidup pada ketika itu?
A Padi di tanah pamah
B Rumput dan tumbuhan renek yang menjalar
C Tumbuhan yang besar dan tinggi
D Tumbuhan yang kering

46. Zaman manakah yang wujud sekitar 10 000 tahun dahulu?


A Zaman Miosen
B Zaman Holosen
C Zaman Pleistosen
D Zaman Pliosen

47. Bagaimanakah manusia dapat mengetahui sejarah yang berlaku kepada bumi sejak jutaan tahun dahulu?
A Kemunculan ahli sejarah
B Kebijaksanaan pemerintah
C Perkembangan pendidikan
D Kemajuan ikmu sains dan teknologi

48. Senarai berikut merujuk kepada pembentukan fizikal bumi.


• Bumi 195 juta tahun dahulu
• Dikenali sebagai Zaman Jurasik
Apakah kehidupan utama pada zaman tersebut?
A Ikan
B Mamot
C Dinasour
D Badak sumbu

49. Apakah ciri istimewa manusia yang tinggal di rantau Asia Tenggara khususnya di Pentas Sunda?
A Berbeza budaya
B Berasal dari benua Eropah
C Berkongsi bahasa yang sama
D Berubah menjadi masyarakat baru

50. Zaman Air Batu terbahagi kepada _________ tahap zaman.


A satu
B dua
C tiga
D empat

Anda mungkin juga menyukai