Anda di halaman 1dari 4

AGENDA DAILY

 POLITIK
 ISU SEMASA
 DUNIA
 RENCANA
 VIDEO
 FOTO

Manifesto PN fokus ke arah usaha tangani


kos sara hidup rakyat, kata Muhyiddin
10 jam lalu · Politik

Muhyiddin bersama penyokong Perikatan Nasional di pusat penamaan calon bagi


Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Gombak, hari ini.

27Shares
Keutamaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya diberi peluang menjadi kerajaan di enam
negeri adalah mencari jalan denagn segera untuk menyelesaikan kos sara hidup, inflasi dan
kenaikan harga barang yang dihadapi rakyat ketika ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata masalah dihadapi rakyat ketika ini dengan
pelbagai isu kos sara hidup yang membebankan perlu dipandang serius dan menjadi
keutamaan gabungan itu selepas berakhir Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Selain itu, katanya, PN juga meneliti isu-isu lain yang dihadapi rakyat contohnya isu
berkaitan pekerjaan dan pendapatan serta masalah-masalah lain yang berbangkit sehingga
mengganggu urusan harian rakyat.

“Secara umumnya adalah soal pemulihan ekonomi dipercepatkan supaya peluang-peluang


kerja lebih banyak dan kediaman-kediaman dibina untuk orang yang tak ada rumah dan
sebagainya,” katanya kepada pemberita ketika hadir ke pusat penamaan calon bagi Dewan
Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Gombak, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin memaklumkan tawaran-tawaran yang disebut itu juga


terkandung di dalam manifesto PN bagi menghadapi PRN di enam negeri.

Katanya, pelancaran manifesto itu dijangka akan berlangsung pada masa terdekat.

Antara lain, katanya, terdapat juga beberapa isu utama yang lain akan difokuskan dalam
manifesto berkenaan.

Ini termasuklah soal kesihatan rakyat, pendidikan, iklim, alam sekitar dan lain-lain turut
ditekankan dalam kandungan manifesto itu.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, pihaknya yakin dan percaya dengan pengalaman mereka
pernah mentadbir negara dan negeri menjadikan PN ramai ahli-ahli korporat dan profesional
sebagai calon untuk memikul amanah sebagai wakil rakyat.

Berita berkaitan

Jadi mangsa politik, bekas Naib Canselor jadi calon PN sedia galas tanggungjawab
July 29, 2023· Politik

Bekas ADUN PKR tak tercalon bertanding Bebas bidas Rafizi dan Anwar
11 minit lalu· Politik

Tiada insiden tidak diingini di 173 pusat penamaan calon, berjalan lancar: Polis
7 jam lalu· Politik

570 calon bertanding PRN, 180 kerusi pertembungan satu lawan satu
7 jam lalu· Politik
Popular

Lagu ‘Hoi ya hoi’ sindir PMX dan Zahid dinyanyikan di banyak pusat penamaan calon
July 29, 2023

Calon PN bersama Muhyiddin paling awal tiba, PMX disambut laungan ‘hoi ya hoi’
July 29, 2023

Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut dibaling batu, pecah cermin
July 29, 2023

Altimet tak cadang cipta lagu baharu selepas ‘Hoi Ya Hoi’ dinyanyikan PN
July 29, 2023
Lagi Politik terkini

Altimet tak cadang cipta lagu baharu selepas ‘Hoi Ya Hoi’ dinyanyikan PN
7 jam lalu · Politik

Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut dibaling batu, pecah cermin
7 jam lalu · Politik

Lagu ‘Hoi ya hoi’ sindir PMX dan Zahid dinyanyikan di banyak pusat penamaan calon
10 jam lalu · Politik

Cuaca baik di kebanyakan pusat penamaan calon, hujan di Alor Setar


10 jam lalu · Politik

Calon PN bersama Muhyiddin paling awal tiba, PMX disambut laungan ‘hoi ya hoi’
10 jam lalu · Politik
Video / Foto

[VIDEO] Insya-Allah rakyat bersama, PN boleh menang


9 jam lalu

[VIDEO] Bela rakyat, pacu ekonomi manifesto Perikatan Nasional


10 jam lalu
Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum
Tentang kami
Hubungi kami
Penafian

Sosial media
Facebook
Twitter
Youtube
Instagram
TikTok

We'd like to show you notifications for the latest news and updates.
AllowCancel

Anda mungkin juga menyukai