Anda di halaman 1dari 5

AGENDA DAILY

 POLITIK
 ISU SEMASA
 DUNIA
 RENCANA
 VIDEO
 FOTO

Jadi mangsa politik, bekas Naib Canselor


jadi calon PN sedia galas tanggungjawab
2 minit lalu · Politik

Profesor Dr Haim Hilman Abdullah.


Profesor Dr Haim Hilman Abdullah bersedia memberi khidmat terbaik kepada penduduk Jitra
sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah 12 Ogos
nanti.

Bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menjadi mangsa politik dan
ditamatkan khidmatnya selepas kerajaan campuran berkuasa berkata akan terus memberi
motivasi kepada anak anak muda ke arah mewujudkan kesedaran integriti di kalangan
kumpulan itu.

“Insya Allah, saya akan terus memberikan motivasi di Tik Tok dan media sosial yang lain
sebab saya yakin dan percaya mungkin itu adalah salah satu pendekatan kita untuk sama-
sama membawa anak bangsa kita ke arah satu nilai yang baik.

“Selain itu juga, saya mahu anak muda kita dapat menjadi berintegriti, bersih dan mampu
memimpin masa depan dan kita akan terus santuni anak muda kita,” katanya dipetik laporan
BH.

Haim sah menjadi calon Perikatan Nasional (PN) selepas menghantar borang penamaan calon
di Dewan Tunku Anum Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu hari ini.

Haim berkata, walaupun pertama kali menjadi calon, beliau yakin tiada masalah untuk
memastikan DUN Jitra dapat ditawan PN.

“Ini adalah manifestasi kepada kebangkitan dan kesungguhan rakyat untuk memastikan
Kedah terus kekal dengan kepimpinan ulama dan menjadi contoh kepada negeri lain.

“Selain itu juga, kita sedang bergerak dalam satu referendum kepada negara dengan
menunjukkan bahawa rakyat memerlukan perubahan sebenarnya di tampuk kepimpinan,”
katanya lagi.

Terdahulu, Haim mendakwa telah dipendekkan perkhidmatan tanpa sebab dan tidak diberi
peluang untuk membela diri.

Beliau berkata, dari segi saingan juga memperlihatkan bahawa usahanya bersama PN seiring
dengan harapan rakyat dalam mengekalkan momentum kerjanya untuk meraih kejayaan di
Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra.

Haim bakal menghadapi pertarungan satu lawan satu menentang Ketua Wanita Pakatan
Harapan (PH) Kedah, Sabrina Ahmad, 45.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, DUN Jitra dimenangi bekas Menteri Besar
Kedah yang juga Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir,
yang ketika itu bertanding atas tiket Bersatu.

Beliau bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan DUN berkenaan


pada PRN kali berikutan prestasi buruk Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)
tahun lalu

Terdahulu, Haim mendakwa beliau telah dipendekkan perkhidmatan tanpa sebab dan tidak
diberi peluang untuk membela diri.

Berita berkaitan

Tiada insiden tidak diingini di 173 pusat penamaan calon, berjalan lancar: Polis
7 jam lalu· Politik

570 calon bertanding PRN, 180 kerusi pertembungan satu lawan satu
7 jam lalu· Politik

Altimet tak cadang cipta lagu baharu selepas ‘Hoi Ya Hoi’ dinyanyikan PN
7 jam lalu· Politik

Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut dibaling batu, pecah cermin
7 jam lalu· Politik
Popular

Lagu ‘Hoi ya hoi’ sindir PMX dan Zahid dinyanyikan di banyak pusat penamaan calon
July 29, 2023

Calon PN bersama Muhyiddin paling awal tiba, PMX disambut laungan ‘hoi ya hoi’
July 29, 2023

Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut dibaling batu, pecah cermin
July 29, 2023

Altimet tak cadang cipta lagu baharu selepas ‘Hoi Ya Hoi’ dinyanyikan PN
July 29, 2023
Lagi Politik terkini

Bekas ADUN PKR tak tercalon bertanding Bebas bidas Rafizi dan Anwar
12 minit lalu · Politik

Manifesto PN fokus ke arah usaha tangani kos sara hidup rakyat, kata Muhyiddin
10 jam lalu · Politik
Lagu ‘Hoi ya hoi’ sindir PMX dan Zahid dinyanyikan di banyak pusat penamaan calon
10 jam lalu · Politik

Cuaca baik di kebanyakan pusat penamaan calon, hujan di Alor Setar


10 jam lalu · Politik

Calon PN bersama Muhyiddin paling awal tiba, PMX disambut laungan ‘hoi ya hoi’
10 jam lalu · Politik
Video / Foto

[VIDEO] Insya-Allah rakyat bersama, PN boleh menang


9 jam lalu

[VIDEO] Bela rakyat, pacu ekonomi manifesto Perikatan Nasional


10 jam lalu
Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum
Tentang kami
Hubungi kami
Penafian

Sosial media
Facebook
Twitter
Youtube
Instagram
TikTok
We'd like to show you notifications for the latest news and updates.
AllowCancel

Anda mungkin juga menyukai