Anda di halaman 1dari 2

'Pacak bendera membazir, kos boleh

bantu orang miskin'


Oleh Irwan Shafrizan Ismail - November 13, 2022 @ 6:19pm
bhnews@bh.com.my

Calon Bebas Parlimen Putrajaya, Samsudin Mohamad Fauzi. - Foto MOHD FADLI
HAMZAH
PUTRAJAYA: Calon Bebas Parlimen Putrajaya hari ini menempelak penggunaan
bahan kempen pilihan raya oleh parti politik seperti bendera dan kain rentang yang
disifatkannya sebagai pembaziran.

Calon kali pertama bertanding, Samsudin Mohamad Fauzi mendakwa penggunaan


wang atau dana yang banyak digunakan bagi menggerak jentera parti semata-mata
untuk meraih undi, sedangkan masih ramai rakyat yang berhadapan dengan
kesempitan hidup.

DISYORKAN UNTUK ANDA


 Kos tinggi ternak anak ayam, telur rosak punca bekalan telur kurang - FLFAM
 Pengeluar dikesan kurangkan telur harga kawalan
 Pihak mana bakal tanggung kos penyediaan VAR?
 Penutupan ladang kecil punca kekurangan bekalan telur

"Kalau satu bendera kos RM3 hingga RM6 ditambah kos batang pemacak sama ada
kayu atau buluh sekitar RM2 hingga RM4, bayangkan berapa banyak yang dipacak di
sepanjang jalan, laluan strategik, persimpangan lampu isyarat,

"Ambil contoh kos untuk sebatang bendera dipacak RM10, kira kosnya sekiranya
dipacak satu kawasan atau satu kampung, berapa sudah kosnya, bayangkan seluruh
negara pula, rasanya lebih puluhan dan ratusan ribu ringgit.

"Sekarang bayangkan kalau duit yang dibazirkan itu disalurkan kepada golongan
memerlukan, B40 yang berhadapan masalah kos sara hidup yang masih tidak
selesai, ada yang hendak beli telur ayam pun susah," katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata, zaman berubah searas kemajuan teknologi, justeru cara berkempen
seperti zaman dahulu tidak wajar lagi untuk dipraktikkan.
"Sekarang ini boleh sahaja berkempen secara digital yang dilihat lebih relevan serta
tidak membazirkan wang dan tenaga malah boleh sahaja mencapai pengundi
sasaran," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai tawarannya di Putrajaya, Samsudin berkata,


berikannya satu penggal sebagai Ahli Parlimen, segala isu pengguna yang dibebani
rakyat sejak sekian lama akan diatasi sebaik mungkin.

"Saya hanya mahu menjadi satu suara di Parlimen dan ia mencukupi bagi merungkai
segala isu kepenggunaan di negara ini. Saya dapati tiada satu manifesto atau
tawaran dikemukakanmana-mana gabungan politik yang ingin memperjuangkan isu
pengguna," katanya.

Tambah beliau sehingga kini juga, tiada satu pun isu pengguna diatasi malah, rakyat
masih berdepan isu bekalan telur, minyak masak dan kenaikan harga barangan
keperluan di pasaran.

"Saya macam orang lain juga, kalau nak beli telur kena cari banyak tempat takkan
mahu tunggu depan reban ayam tunggu ayam bertelur. Isu ini timbul disebabkan
negara masih lagi bergantung kepada 60 peratus bekalan import. Justeru, kerajaan
harus wujudkan lebih ramai pengusaha tempatan dan perkasakan produk lokal,"
katanya.

Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur
berkata, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dianggap bersejarah kerana tiga wakil
badan bukan kerajaan (NGO) pengguna tampil bertanding.

"Selain saya, wakil lain adalah dari Persatuan Pengguna Kedah Negeri Kedah (CAKE),
Mohamad Yusrizal Yusoff yang mewakili PEJUANG dan Ravinder Singh dari
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili Parti Rakyat Malaysia
(PRM).

"Kami adalah tiga NGO pengguna di negara ini yang paling dekat dengan rakyat
khususnya dalam menyelesaikan isu pengguna.

"Sudah tiba masanya, rakyat beri mandat kepada kami. Jangan pula bila nak sokong
cari ahli politik, bila susah cari kami," katanya.

Anda mungkin juga menyukai