Anda di halaman 1dari 19

PROSIDING

Seminar
OLITIK MALAYSIA

Penyunting

Worran Hj. Kabul


Shireen Haron
Mat Zin Mat Kib
Abdul Kadir Rosline

Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)


Universiti Teknologi MARA • SHAH ALAM • 2008
MEDIA DAN PILIHAN RAYA:
KAJIAN KES Dl PILIHAN RAYA KECIL
PERMATANG PAUH, PULAU PINANG
Ismail Sualman
Has Md Salleh
Norsham Firdaus

ABSTRAK

Kajian kes di pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pulau Pinang bertujuan untuk
mengetahui sejauh mana media massa memainkan peranan dalam proses demokrasi
dan sebagai sumber maklumat kepada para penggundi dan mengkaji apakah faktor-
faktor yang menentukan pemilihan calon/parti dalam pilihan raya. Selain mengkaji isu-
isu yang sering ditimbulkan semasa pilihan raya dan melihat tahap sikap pengundi
dalam pilihan raya ini. Kajian yang menggunakan metod temu bual melibatkan 1228
responden terdiri daripada pengundi yang berdaftar dijalankan pada 16 Ogos, 2008
hingga 26 Ogos, 2008. Hasil kajian menunjukkan bahawa media komunikasi yang paling
dipercayai dapat mempengaruhi pengundi dalam memilih calon pilihan raya kecil adalah
sepanduk, pengumuman pembesar suara, sural layang, kempen berbentukpersemhahan
seperti nyanyian, billboard atau papan kenyataan, dan SMS/ MMS. Ternyata media
kecil ini lebih bekesan menyampaikan maklumat setempat berkaitan dengan kempen
pilihan raya berbanding dengan media massa utama terutama akhbar, televisyen dan
radio. Manakala media yang kurang dipercayai pula terdiri daripada ceramah, risalah
colon, majalah, poster calon, poster parti, risalah parti dan televisyen. Kajian juga
menunjukkan bahawa seseorang pengundi mempunyai sebab tersendiri untuk menghadiri
ceramah kempen yang dianjurkan oleh parti-parti yang bertanding. Mereka juga
dipengaruhi oleh parti yang dianggotai yang sentiasa memastikan ahli-ahlinya mengikuti
program kempen ceramah politik yang dijalankan dari masa ke semasa. Selain itu mereka
juga menghadiri ceramah untuk mengisi masa lapang selain memenuhi tanggungjawab
sebagai anggota parti dan memudahkan untuk membuat keputusan dalam mengundi
calon yang bertanding. Isu-isu yang sering dibincang dan disampaikan dalam ceramah
dan kempen pilihan raya kali ini adalah lebih berkaitan dengan soal kehakiman,
keagamaan, kelemahan Barisan Altematif, kekuatan Barisan Nasional, Suruhanjaya
Pilihan raya, jasa-jasa Kerajaan Persekutuan, Islam Hadhari, isu wanita, isu berkaitan
dengan komponen Barisan Nasional dan Barisan Altematif. Manakala isu-isu yang paling
sedikit dibincangkan adalah isu-isu lain, isu kes tuduhan liwat Dato Seri Anwar Ibrahim
dan laknat sumpah dan isu kenaikan harga petroleum.
SEMINAR POUTIK MALAYSIA

PENGENALAN DAN PERNYATAAN MASALAH


Kempen komunikasi merupakan satu usaha yang terancang, bersistematik, mempunyai jangka waktu
tertentu dan juga mengenalpasti segmentasi kumpulan sasarannya yang khusus yang sering digunakan
untuk mengubah pendapat, kepercayaan nilai, sikap, tingkah laku dan amalan seseorang (McGuire,
William, 1981, dan Roger, 1983). Walaupun media massa disebut sebagai media yang amat
berpengaruh dalam mempengaruhi pengundi menjelang pilihan ray a, namun pemilihan seseorang
calon bukan hanya bergantung kepada pengaruh media semata-mata. Ciri-ciri seperti ketokohan
atau personaliti calon, pemilihan berdasarkan parti politik dan isu yang dimainkan dalam pilihan
raya juga dilihat bersaing dalam menentukan kemenangan seseorang calon. Ini kerana faktor penentu
adalah individu iaitu pengundi dan bukan kekerapan kempen media yang berbaur politik.

Seperti juga dengan kehadiran media elektronik dan media cetak yang lain, internet merupakan
medium terkini yang juga telah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu terutama untuk
menyalurkan ideologi, pendirian, mesej serta maklumat tertentu agar rakyat dapat mengikutinya.
Sejauh manakah rakyat telah mengikuti mesej-mesej ini, dan apakah rakyat akan terpengaruh dengan
maklumat-maklumat tertentu yang terpapar menerusi laman web masing-masing, adakah semua
media dianggap berkesan dan dipecayai di kalangan pengundi, merupakan soalan-soalan pokok
kajian ini.

Walaupun berbagai-bagai laman web telah wujud yang menjadi premis untuk pihak pemerintah
dan pembangkang menyuarakan pendirian masing-masing, namun sejauh mana laman web dan
blog menjadi faktor kepada corak pemilihan pengundian semasa pilihan raya? Laman-laman web
ini juga telah memuatkan maklumat yang berbeza daripada apa yang lazimnya disiarkan oleh akhbar-
akhbar utama di Malaysia. Kandungan berita dan pendapat tentang isu-isu politik dan pilihan raya
semasa yang siarkan oleh media arus perdana di Malaysia dilihat bergantung kepada pola pemilikan
media tersebut. Di samping itu, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan atau NGOs juga telah mengambil
kesempatan untuk menghebahkan pendirian masing-masing menerusi laman-laman web yang telah
diwujudkan dengan kehadiran kemudahan komunikasi ala siber yang bergelar Internet dan world
wide web ini.

Persoalan pokok ialah: apakah media massa dan bahan-bahan yang disalurkan menerusi pelbagai
saluran telah mempengaruhi para penggundi untuk membuat keputusan parti mana dan calon mana
yang mereka akan pilih? Adakah media massa meransang pengundi untuk memilih calon dalam
pilihan raya atau calon mempunyai pendirian tersendiri dalam menentukan calon mereka tanpa
memerlukan "kuasa" media? Mampukah media baru menambat hati para pengundi dan bersaing
dengan media cetak dan elektronik terutama akhbar dan televisyen? Apakah isu-isu yang sering
dimainkian dalam kempen pilihan raya? Oleh itu kajian ini ingin melihat pemilihan media dan sikap
pengundi terhadap media dalam pilihan raya.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Rentetan pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pulau Pinang bermula apabila Presiden Parti Keadilan
Rakyat, Datuk Serf Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang
Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada
pilihan raya kecil berkenaan.

262
MEDIA DAN PILIHAN RAYA : KAJIAN KES DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, adalah
wakil rakyat Permatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi tersebut diwakili oleh Datuk Seri
Anwar Ibrahim. Selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958,
kerusi Parlimen itu perlu diisi dalam tempoh 60 hari mulai dari tarikh ia dikosongkan . Surahanjaya
Pilihan Raya (SPR) menetapkan 16 Ogos 2008 sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya
kecil Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang manakala hari pengundian pula pada 26 Ogos.
Sebanyak 58,459 pemilih berdaftar terdiri daripada 57,969 pengundi biasa dan 490 pengundi pos
layak untuk membuang undi pada pilihan raya tersebut. Semasa hari penamaan calon Pilihan Raya
Umum 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menyatakan kesediaan mengosongkan kerusi
Parlimen Permatang Pauh jika beliau menang bagi member! laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
bertanding pada pilihan raya kecil. Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi kerusi
itu selepas mengalahkan Datuk Pirdaus Ismail, mengotakan kata-katanya. Wan Azizah yang pertama
kali bertanding pada pilihan raya umum 1999, memperoleh simpati pengundi Permatang Pauh dan
menang dengan majoriti 9,077 undi apabila berdepan dengan calon BN, Datuk Seri Dr Ibrahim
Saad. Ketika Barisan Nasional (BN) memperoleh kejayaan cemerlang pada pilihan raya umum
2004, Wan Azizah masih mampu mempertahankan kerusi Permatang Pauh walaupun dengan majoriti
590 undi apabila menundukkan pencabarnya, Datuk Pirdaus Ismail. Sekali lagi pada pilihan raya
umum lalu, Wan Azizah mendapat sokongan penduduk Permatang Pauh dan kali ini majoriti lebih
besar iaitu 13,388 undi, menewaskan Pirdaus buat kali kedua.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerusi Parlimen Permatang Pauh sebagai
wakil Barisan Nasional dari tahun 1982 sehingga beliau dipecat daripada UMNO pada September
1998, dan menjadi anggota Parlimen bebas sehingga dihukum penjara enam tahun kerana tuduhan
rasuah. Disebabkan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya, Anwar yang dibebaskan pada
September 2004, tidak layak bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Pada pilihan raya umum 1986 dan 1990, beliau mengalahkan calon PAS, masing-masing
Muhamad Sabu dan Mahfuz Omar, dengan majoriti 10,479 dan 16,150 undi. Selepas itu, beliau
mengalahkan pencabaraya, Abdul Rahman Manap daripada DAP dengan majoriti 23,515 undi pada
1995. Selepas dipecat daripada Umno pada 1998 dan tidak boleh aktif dalam politik sehingga April
2008, beliau terlepas tiga pilihan raya umum. Kerusi yang dipegang selama empat penggal, diwarisi
isterinya.

Tiada siapa menafikan Anwar mempunyai pengaruh besar terhadap pengundi Permatang Pauh
dan pada pilihan raya kecil kali ini, beliau berpeluang besar untuk terus mempertahankan kawasan
lamanya. Bukan mahu memperkecilkan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO tetapi hakikatnya
Barisan Nasional hanya menguasai dua daripada 13 kerusi Parlimen dan 11 daripada 40 kerusi
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Apa yang lebih penting, pemimpin UMNO berusaha menguatkan parti dengan mengembalikan
sokongan orang Melayu kepada BN. BN mengharapkan kemenangan pada pilihan raya kecil kali
ini yang pertama selepas BN menerima tamparan hebat pada pilihan raya umum lalu. Ia bukan
setakat merampas semula kerusi Permatang Pauh tetapi mempunyai implikasi amat besar kepada
politik negara, sekali gus berhasrat memadamkan impian Pakatan Rakyat untuk membentuk "Kerajaan
Bam".

263
SEMINAR POLITIK MALAYSIA

Kajian ini ingin meninjau kepada pelbagai isu dan kontroversi yang melingkari perjalanan
hidup Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dalam tempoh 10 tahun lalu, sama ada beliau masih
mendapat sokongan mahupun simpati pengundi Permatang Pauh yang berjumlah 58,449 orang.
Tetapi, apa yang pasti Parlimen Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar selepas beliau pertama
kali menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan. Pengaruh Anwar di kawasan kelahirannya itu tidak
siapa boleh nafikan. Jika melihat sejarah permulaan Anwar menjadi wakil rakyat bagi Parlimen
Permatang Pauh, anak kelahiran Cherok To' Kun, Bukit Mertajam itu terns menang besar dalam tiga
pilihan raya. Pilihan raya kecil Permatang Pauh merupakan pilihan raya yang mendapat perhatian
semua pihak termasuk negara luar kerana ia bakal menentukan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang sebelum ini begitu ghairah meuar-uarkan bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih
pentadbiran negara menjelang 16 September 2008.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengetahui sej auh mana media massa memainkan peranan dalam proses demokrasi dan sebagai
sumber maklumat kepada para penggundi
2. Mengkaji apakah faktor-faktor yang menentukan pemilihan calon/ parti dalam pilihan raya
3. Mengkaji isu-isu yang sering ditimbulkan semasa pilihan raya
4. Melihat tahap sikap pengundi semasa pilihan raya

KAJIAN LITERATUR

Kajian yang dijalankan Syed Arabi Idid (2008) mendapati isu yang kerap dbangkitkan di internet
semasa pilihan raya uraum 2008 adalah isu rasuah, perkauman dan kenaikan harga barangan pengguna
dan minyak petrol. Manakala personaliti politik yang banyak mendapat liputan di internet pula ialah
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Samy Vellu, Khairy Jamaluddin, Nurul Izzah Anwar,
Tun Mahathri Mohamad, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Begitu juga berdasarkan kajian yang
dilakukan oleh beliau pada tahun 2001, mendapati pemilihan di kalangan pengundi ditentukan oleh
57 peratus oleh faktor parti, dan 38 peratus faktor calon. Kajian yang dijalankan pada tahun 2002
juga menunjukkan tren yangt sama iaitu pemilihan ditentukan oleh parti sebanyak 57 peratus dan 42
peratus ditentukan oleh faktor calon.

Kajian yang dijalankan oleh Baharuddin Aziz dan rakan (2008) berkaitan dengan peranan dan
pengaruh internet dan kewartawanan bloggers semasa pilihan raya umum 2008, juga menunjukkan
bahawa 55 peratus pengundi menganggap laman web mempengaruhi pilihan calon/ parti. Ditinjau
dari segi tahap kepercayaan laman blog pula 35 peratus responden yang percaya sikit-sikit, 16 peratus
yang percaya hampir semua dan hanya 3 peratus sahaja yang percaya semua terhadap laman blog.
Kajian oleh mereka menunjukkan internet dan web blog telah muncul sebagai jendela kepada kelainan
sebagai wadah kepada kandungan yang berbeza daripada apa yang disajikan oleh media arus perdana
media utama.

Kajian oleh Ismail Sualman dan rakan-rakan (2008) yang melihat peranan media semasa pilihan
raya umum 2008 di Permatang Pauh mendapati enam sumber utama yang dianggap berkesan
menentukan pemilihan calon/ parti adalah ceramah, poster gambar calon, manifesto parti, televisyen

264
MEDIA DAN PIUHAN RAYA : KAJIAN KES DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH

dan radio. Manakala enam sumber yang kurang berkesan pula adalah SMS/ MMS, surat layang,
persembahan / nyanyian / e-mail, video / VCD/ DVD, dan acara keagamaan di rumah ibadat. Kajian
mendapati media ceamah mendapat tempat di hati para pengundi dan kebanyakan pengundi
menghadiri 2 hingga 4 kali ceramah sepanjang pilihan raya berkenaan. Manakala isu yang sering
ditimbulkan di Permatang Pauh adalah isu ekonomi, kenaikan harga petroleum, isu kenaikan harga
barang, pendidikan, isu rasuah dan penyelewengan dan isu HINDRAF. Kajian ini juga mendapati
pengundi mempunyai pilihan calon sendiri tanpa memerlukan kempen oleh mana-mana pihak.
Kebanyakan pengundi memberi tumpuan dan perhatian mengenai kempen pilihan raya yang
dinyatakan oleh media massa dan ternyata media massa memberi kesan kepada pengundi dalam
menentukan calon dan parti.

Menurut Abdullah @ Kassim Mohamad dan rakan (2008), ceramah adalah strategi komunikasi
yang bersifat tradisional dan masih releven dalam pilihan raya. Kajian ini bertujuan untuk mengenai
pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kehadiran audiens ke sesuatu ceramah politik dan mengenai
pasti kaitan antara isu ceramah dengan kepentingan audiens. Kajian mendapati, melalui ceramah,
audiens akan mendapat maklumat dengan lebih terperinci terhadap isu-isu yang sering kali
menimbulkan tanda tanya di kalangan pengundi. Penceramah yang berwibawa serta huraian ke atas
kognitif audiens yang jelas mampu memberi kesan yang besar dalam mempengaruhi audines. Malah
kebijaksanaan penceramah memilih isu yang releven dengan kehandak audiens akan memudahkan
penceramah membentuk sikap dan tingkahlaku audiens sesuai dengan kehendak dan objektif ceramah.

Selain itu kajian yangdijalankan oleh Siti Zabedah Mohd Shariff dan Abu Yamin Salam (2008)
menunjukkan penentuan agenda dan pengampangan (gate-keeper) dalam mencorak berita pilihan
raya 2008 di televisyen adalah signifikan. Semua bahan berita berkaitan pilihan raya di stesen
televisyen berkenaan menyokong parti Barisan Nasional. Pengaruh pengampang juga signifikan
dalam penentuan agenda seperti dijangka berlaku di RTM 1 yang merupakan stesen milik kerjaaan.
Pemilihan berita pilihan raya di Buletin Utama (TV3) turut dipengaruhi oleh proses pengampangan
kumpulan editorial yang akur terhadap penentuan agenda yang ditetapkan oleh stesen berkenaan.
Kajian juga menunjukkan Utusan Malaysia merupakan pilihan utama dan sumber maklumat pilihan
raya 2008. Ini diikuti oleh Berita Harian dan The Star. Kriteria pemilihan akhbar Harakah adalah
berdasarkan maklumat terkini kedudukan parti yang kurang mendapat publisiti di samping laporannya
yang meluas mengenai semua pihak terutamnya parti pembangkang.

Selain daripada itu hasil kajian Ismail Sualman (2004) yang melihat peranan media di Parlimen
Permatang Pauh juga menunjukkan bahawa majoriti pengundi tidak begitu berminat untuk
menjadikan, sama ada kaset mahupun video, sebagai bahan untuk mendapatkan maklumat mengenai
pilihanraya ataupun calon yang bakal dipilih. Walaupun demikian, media cetak sama ada media
arus perdana atau media parti pembangkang seperti poster, akhbar dan majalah mempunyai kredibiliti
yang tinggi di kalangan pengundi. Dari segi komunikasi antara perseorangan pula, kebanyakan
pengundi merasakan bahawa mereka pada dasarnya tidak dipengaruhi secara langsung oleh mana-
mana kumpulan atau orang perseorangan dalam membuat sebarang keputusan. Walau bagaimanapun,
terdapat sebilangan kecil pengundi yang merasakan bahawa ketua-ketua tempatan, ketua parti politik,
dan aktivis parti sedikit sebanyak telah mempengaruhi mereka.

265
SEMINAR POUTIK MALAYSIA

PENDEKATAN PENGGUNAAN DAN PEMUASAN MEDIA

Menurut Katz et. al. (1974) khalayak memainkan peranan aktif dalam memilih dan menggunakan
media. Kesannya khalayak mengambil bahagian yang aktif dalam memproses komunikasi dan
matlamat diorientasikan dalam penggunaan medium. Ahli teori mengatakan bahawa seorang
pengguna mencari satu sumber media yang terbaik memenuhi keperluan-keperluan khalayak. Teori
Penggunaan dan Pemuasan Media mengandaikan bahawa pengguna mempunyai pilihan tersendiri
untuk memuaskan keperluan dan kehendak mereka. Mereka percaya terdapat pelbagai alasan khalayak
untuk menggunakan media, kerana adanya perantaraan. Menurut teori, khalayak mempunyai kuasa
untuk memilih dan menentukan bagaimana mereka mengguna media menurut kehendak dan
bagaimana kesan media terhadap mereka.

Teori Penggunaan dan Pemuasan media cuba mendapatkan juga gagasan idea bahawa media
komunikasi bersaing dengan sumber-sumber maklumat lain untuk audien memerlukan kepuasan
(Katz et al., 1974). Media massa dan media baru secara tradisinya diteruskan bagi menyediakan
pelbagai platform-platform perantaraan dan kandungan, ia dianggap sebagai satu perspektif paling
sesuai untuk diselidiki mengapa khalayak memilih untuk didedahkan untuk saluran-saluran media
lain.

Pendekatan Penggunaan dan Pemuasan media merupakan satu gaya penyelidikan yang cuba
menerangkan apa yang mampu disumbangkan oleh khalayak ke atas media. Dalam pendekatan ini
yang juga dikenali sebagai penggunaan dan pemuasan lebih menekankan kepada isu kenapa manusia
menggunakan sesuatu media dan bukannya memfokuskan kepada kandungan media. Keadaan ini
bertentangan dengan kebanyakan penyelidikan yang lebih menekankan kepada apa yang boleh
dilakukan oleh media terhadap khalayak sasaran. Oleh itu apa yang diutamakan dalam pendekatan
ini adalah setakat mana khalayak merasa puas setelah menerima kesan daripada media

Menurut Kim dan Rubin (1997) konsep keterlibatan khalayak merupakan teras utama dalam
Pendekatan Penggunaan dan Pemuasan Media menerusi proses pemilihan, perhatian dan keterlibatan.
Pemilihan menurut mereka merujuk kepada individu yang mencari kepuasan tertentu akan mencari
dan memilih media tertentu untuk mereka dedahkan diri mereka kepadanya. Perhatian pula merujuk
kepada individu akan menggunakan pemikiran yang waras untuk memberi tumpuan kepada
kandungan media tertentu untuk mendapatkan kepuasan yang dicarinya. Keterlibatan pula merujuk
kepada khalayak akan terperangkap dengan sesuatu mesej media massa sehingga mereka mula
membina hubungan dengan watak yang mereka tonton atau baca atau dengar yang dikenali sebagai
interaksi parasosial.

Kajian ini berdasarkan teori Penggunaan dan Pemuasan Media kerana beranggapan bahawa
pengundi yang memberikan perhatian terhadap media komunikasi semasa kempen pilihan raya akan
meningkatkan kesedaran, motivasi dan seterusnya membantu dalam membuat pertimbangan dan
seterusnya membuat keputusan dalam dalam pemilihan calon atau parti yang bertanding.

266
MEDIA DAN PILIHAN RAYA : KAJIAN KES DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH

KAEDAH PENYELIDIKAN

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Aspek kuantitatif dalam kajian ini pula
merangkumi kajian lapangan (field study) yang bertujuan untuk mengumpul pendapat serta maklum
balas para pengundi tentang sejauh mana media massa telah berperanan dalam proses demokrasi
dan pembuangan undi. Para pengundi ditanya mengenai sejauh mana media massa mempengaruhi
mereka dalam memilih calon dan parti semasa pilihan raya ini. Responden yang dipilih berdasarkan
tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Permatang Pasir, Penanti dan Seberang Jaya. Begitu
juga kajian ini menentukan responden berdasarkan jantina, bangsa dan kawasan iaitu kuat kubu
Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Soal selidik

Soalan kajiselidik dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu:

Bahagian I:

Responden dikehendaki memberi pandangan mengenai media manakah yang boleh


mempengaruhi pengundi dalam memilih calon pilihan raya kecil Permatang Pauh. Sebanyak
29 soalan telah dikemukakan kepada responden untuk mereka menanda pada ruang 'sangat
percaya', 'percaya' dan 'tidak percaya' pada setiap jawapan.

Bahagian II:

Responden ditanya mengenai berapa kali mereka menghadiri ceramah kempen pilihan raya
kali ini. Selain daripada itu responden juga ditanya kenapa mereka terdorong untuk menghadiri
atau mendengar ceramah kempen pilihan raya. Sebanyak 10 sebab telah diberi pilihan untuk
responden menjawab bahagian ini yang memerlukan jawapan 'Ya' atau 'Tidak'. Bahagian ini
mengemukan soalan berupa open-ended, menghendaki responden menjawab apakah isu-isu
yang sering disampaikan atau dibincangkan dalam kempen pilihan raya kecil kali ini menurut
pemerhatian mereka. Seterusnya responden ditanya pemerhatian mereka mengenai faktor-faktor
yang menentukan kemenangan calon dalam pilihan raya kecil ini.

Bahagian III:

Responden dikehendaki menjawab 'Setuju', 'Kurang Setuju', dan 'Tidak Setuju' terhadap 14
item kenyataan sekitar pilihan raya kecil dan calon calon yang bertanding. Soalan ini merupakan
tahap sikap pengundi terhadap pilihan raya dan penggunaan media kempen.

Bahagian IV:

Adalah mengenai profil demografi responden iaitu umur, kelulusan jantina, kaum, pekerjaan
dan jumlah pendapatan.

Soal selidik telah diprauji (pre-test) pada hari 14 hb Ogos. 2008 di Permatang Pasir Bukti
Mertajam, Pulau Pinang dan beberapa pembetulan telah dibuat. Nilai kebolehpercayan yang

267
SEMINAR POUTIK MALAYSIA

lazim digunakan untuk menilai sesuatu kontruk adalah nilai alpha Cronbach. Tahap nilai alpha
Cronbach yang telah diuji untuk konstruk soalan adalah seperti dalam jadual 1. Kerja lapangan
ini dilakukan pada 16 hb Ogos hingga 26 hb. Ogos 2008 di tiga Dewan Undangan Negeri di
Parlimen Permatang Pauh iaitu DUN Permatang Pasir DUN Penanti, dan DUN Seberang Jaya.

Responden yang ditanya terdiri daripada pengundi yang berdaftar di Parlimen Permatang Pauh
yang ditemubual di markas dan pondok-pondok parti yang bertanding dan juga sebelum atau
selepas ceramah oleh parti Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat. Penemuduga terdiri
daripada 15 graduan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda dan Sarjana dan diawasi oleh penyelidik.

Jadual 1 : Indeks Kebolehpercayaan Konstruk

Pemboleh ubah Nilai alpha

Media komunikasi berkesan dalam menyampaikan maklumat semasa pilihan 0.83


raya

Sebab-sebab mereka terdorong untuk menghadiri atau mendengar ceramah 0.87


kempen pilihan raya

Isu-isu semasa kempen pilihan raya 0.84

Faktor-faktor yang menentukan kemenangan dalam pilihan raya 0.79

Sikap pengundi semasa pilihan raya 0.77

PERSAMPELAN

Persampelan responden berdasarkan Persampelan Kelompok Berlapis atau Proportionate Stratified


Sampling telah dijalankan dengan penuh teliti berlandaskan fokus kajian yang mempunyai kaitan
dengan penggunaan media massa. Beberapa garis panduan persampelan dalam kaedah penyelidikan
telah diterima pakai seperti yang telah disarankan oleh Wimmer dan Dominick (2000). Kelompok
berlapis berdasarkan lima angkubah bebas yang telah dikenal pasti sebagai penting dalam penyelidikan
ini, iaitu: jantina, umur, bangsa, tahap pendidikan dan kawasan berlandaskan ciri-ciri para penggundi
yang berdaftar di Semenanjung Malaysia dengan SPR yang berjumlah hampir lapan juta (7,968,417)
orang. Berlandaskan jumlah ini, nisbah bangsa diperhitung secara purata sebagai 5:3:1. manakala
jantina pula diperhitung sebagai 60:40 menurut nisbah daftar pemilih.

Semua soalan yang lengkap dipindahkan ke helaian pengekodan atau coding sheet yang
mengandungi data akan melalui proses kemasukan data atau data entry dengan menggunakan program
SPSS (Statistical Package for the Social Sciences).

268
MEDIA DAN PIUHAN RAYA : KAJIAN KES DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH

HASIL KAJIAN

Taburan Responden Mengikut Umur

Sejumlah 1,228 responden memberikan respon yang sah untuk dinalisis. Merujuk kepada Jadual 2,
majoriti responden terdiri daripada mereka yang berumur 21 hingga 30 tahun (588 orang) dan 31
hingga 40 tahun (288 orang), diikuti dengan umur 41 - 50 tahun (200 orang).

Pendidikan

Merujuk kepada jadual tersebut, majoriti responden (596 orang) adalah berkelulusan Sijil Pelajaran
Malaysia / Sijil Pelajaran Agama Malaysia, diikuti dengan mereka yang berkelulusan Diploma /
Sijil Tinggi Persekolahan / Sijil Tinggi Agama Persekolahan (264 orang), manakala responden yang
berkelulusan Ijazah seramai 148 orang.

Jantina

Kajian menunjukan, responden lelaki adalah seramai 616 orang (50.2%) manakala responden wanita
adalah seramai 612 orang (49.8%).

Bangsa

Majoriti responden terdiri daripada bangsa Melayu 65.4% (803 orang), diikuti dengan bangsa Cina
24.3% (298 orang), dan bangsa India 10.3% (127 orang).

Pekerjaan

Majoriti responden bekerja di sektor kerajaan (432 orang), diikuti oleh mereka yang bekerja dengan
swasta (412 orang), bekerja sendiri (148 oang), surirumah (108 orang), dan selebihnya terdiri
daripada responden yang tidak bekerja, serta para pelajar.

Pendapatan

Majoriti responden terdiri daripada 62.9 peratus mereka yang berpendapatan RM 500 -RM1 000.
Manakala mereka yang berpendapatan di antara RM 1000 hingga RM 1 500 adalah 14. 7 peratus.

269
MALAYSIA

Jadual 2: Demografi Responden

Kategori Kekerapan Peratusan

Umur
588 47.9
21-30Tahun 288 23.5
31 -40Tahun 200 16.3
41 - 50 Tahun 96 7.8
51 - 60 Tahun 56 4.6
Lebih 61

Pendidikan

Sekolah Rendah 84 6.8


Sijil Agama Thanawi 40 3.3
SRP/LCE/PMR 96 7.8
SPM/SPM A 596 48.5
Diploma/STPM 264 21.5
Ijazah 148 12.1

Jantina

Lelaki 616 50.2


Perempuan 612 49.8

Bangsa

Melayu 803 65.4


Cina 298 24.3
India 127 10.3

Pekerjaan

Kerajaan 432 35.2


Swasta 412 33.6
Kerja Sendiri 148 12.1
Tidak Bekerja 84 6.8
Surirumah 108 8.8
Pelajar/Siswa/Siswi 44 3.6

Pendapatan

RM500-RM1000 772 62.9


RM1000-RM1500 180 14.7
RM1500-RM2000 112 9.1
RM2000 - RM2500 84 6.8
RM2500 - RM3000 36 2.9
Lebih RM3000 44. 3.6

Jumlah 1228 100.0

270
MEDIA DAN PILIHAN RAYA : KAJIAN KES DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH

Media Komunikasi

Berdasarkan jadual 3, kajian mendapati media komunikasi yang dipercayai dapat mempengaruhi
pengundi dalam memilih calon / parti dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah sepanduk,
pengumuman pembesar suara, surat layang, kempen berbentuk persembahan seperti nyanyian,
billboard atau papan kenyataan, dan SMS/ MMS. Manakala media yang kurang dipercayai pula
terdiri daripada ceramah, risalah calon, majalah, poster calon, poster parti, risalah parti, televisyen,
akhbar dan laman blog.

Jadual 3: Media Komunikasi yang dipercayai

Media % % % Min
Percaya Kurang Tidak
Percaya Percaya
(1) (2) (3)

Ceramah 17.6 26.1 56.4 2.3876


Poster Calon 15.8 44.8 39.4 2.2362
Risalah Calon 15.0 33.4 51.6 2.3664
Brosur / Makalah 20.5 48.3 31.2 2.1067
Internet (blog) 32.1 33.5 34.4 2.0236
Akhbar 25.2 38.5 36.2 2.1099
Majalah 20.4 29.2 50.4 2.2997
Televisyen 18.7 40.0 41.3 2.2256
Manefesto Parti 37.6 32.6 29.8 1.9218
Radio 15.6 44.1 40.3 2.2476
Poster Parti 19.2 32.8 48.0 2.2875
Risalah Parti 20.3 36.1 43.6 2.2337
Kaset / CD 44.6 29.9 25.5 1.8086
Video/VCD/DVD 34.4 48.9 16.8 1.8241
Pengumuman Pembesar Suara 46.8 48.9 4.2 1.5741
Sepanduk 70.5 22.7 6.8 1.3624
Billboard / Papan Kenyataan 37.1 49.8 13.1 1.7606
Surat Layang 55.9 27.0 17.2 1.6132
SMS/MMS 41.0 39.7 19.2 1.7818
Lawatan rumah ke rumah 26.4 43.6 30.0 2.0358
Bendera parti 21.2 49.5 29.3 2.0814
Gambar Calon 21.5 50.8 27.7 2.0619
Kumpulan Kecil Parti 27.7 49.5 22.8 1.9511
Perarakan Parti 30.3 49.5 20.2 1.8990
Sukan 38.8 39.7 21.5 1.8274
Persembahan / Nyayian / Karaoke 43.3 39.1 17.6 1.7427
Logo Parti di T-shirt / Topi / Air Maneral /dsb 31.3 52.1 16.6 1.8534
Acara keagamaan /Doa selamat / masjid/surau 21.2 54.7 24.1 2.0293

271
SEMINAR POLITIK MALAYSIA

Dorongan ke Ceramah Kempen

Berdasarkan jadual 4, didapati dari segi dorongan seseorang pengundi menghadiri ceramah kempen
yang dianjurkan oleh parti-parti yang bertanding, majoriti disebabkan oleh faktor tersendiri (93.5%)
yang tidak dinyatakan oleh responden. Diikuti oleh dipengaruhi oleh parti yang dianggotai (90.6%),
untuk mengisi masa lapang (89.6%) memenuhi tanggungjawab sebagai anggota parti (79.8 %) dan
memudahkan untuk membuat keputusan dalam mengundi calon (77.9 %).

Jadual 4: Dorongan ke Ceramah Kempen

Dorongan % %
Ya Tidak

Atas ajakan kawan 73.0 27.0


Dipengaruhi oleh anggota parti 90.6 9.4
Keinginan untuk mendapat maklumat 71.3 28.7
Penceramah terkenal 73.9 26.1
Tanggungjawab sebagai anggota parti 79.8 20.2
Untuk mengetahui isu yang dibincangkan 71.7 28.3
Memang berminat dan seronok mendengar ceramah pilihanraya 73.0 27.0
Memudahkan untuk membuat keputusan dalam mengundi calon 77.9 22.1
Untuk mengisi masa lapang 89.6 10.4
Sebab-sebab lain 93.5 6.5

Kekerapan Menghadiri Ceramah

Kajian menunjukkan sebanyak 42.3 % pengundi tidak pernah menghadiri ceramah dan sebanyak
30% pengundi menghadiri 2 hingga 3 kali ceramah. Manakala 16.9% menghadiri sekurang-kurangnya
sekaii ceramah semasa pilihan raya ini (Jadual 5).

Jadual 5: Kekerapan Menghadiri Ceramah

Kekerapan Peratusan

1 kali 16.9
2 hingga 4 kali 30.0
5 hingga 8 kali 6.8
Lebih dari 8 kali 3.9
Tidak Pernah sekaii pun 42.3

272
MEDIA DAN PILIHAN RAYA : KAJIAN KES DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH

Isu-isu Pilihan Raya

Dari segi isu yang sering dibincang dan dinyatakan dalam pilihan raya kali ini adalah berkaitan
dengan soal kehakiman, keagamaan, kelemahan Barisan Alternatif, kekuatan Barisan Nasional,
Suruhanjaya Pilihan raya, jasa-jasa oleh kerajaan Persekutan, Islam Hadhari, isu wanita, isu berkaitan
dengan komponan Barisan Nasional dan Barisan Alternatif. Manakala isu-isu yang paling sedikit
dibincangkan adalah isu-isu lain, isu kes liwat / sumpah laknat dan isu kenaikan harga petroleum
(Jadual 6).

Jadual 6: Pemerhatian ke atas Isu-isu Pilihan Raya

Isu Peratusan
Pilihan Raya Ya

Rasuah 95.4
Pekerjaan 99.7
Pendidikan 99.3
Kesihatan 100.0
Ekonomi 97.1
Moral 93.8
Personaliti 97.4
Masalah Sosial 99.0
Altantuya 97.7
Agama 100.0
Kehakiman 100.0
Harga Barang 90.9
Harga Petroleum 76.2
Kelemahan BN 99.7
Kelemahan BA 100.0
Kekuatan BN 100.0
Kekuatan BA 100.0
Suruhanjaya Pilihanraya 100.0
Kerajaan 99.0
Jasa Kerajaan Persekutuan 100.0
Islam Hadhari 100.0
Wanita 100.0
Pertahanan 99.7
Perkauman 91.9
Komponen BN 100.0
Komponen BA 100.0
Kekecohan 99.7
Anwar dan Kerajaan Baru 98.7
Konspirasi Kerajaan 94.5
Liwat / Laknat sumpah 85.0
Lain-lain 73.3

273
SEMINAR POLITIK MALAYSIA

Faktor Penentu Kemenangan Calon/ Parti

Majoriti pengundi berpendapat bahawa faktor pembangunan (99.3%), isu semasa (98 % ) faktor
wang (97.1 %) dan faktor ceramah (92.5%) menjadi faktor penentu kemenangan calon / parti dalam
pilihan raya. Manakala faktor-faktor lain, faktor ketohonan calon dan fakktor parti kurang menentukan
kemenangan dalam pilihan raya (Jadual 7).

Jadual 7: Faktor Penentu Kemenangan Calon/Parti

Faktor Peratusan
Ya

Ceramah 92.5
Kempen media 89.9
Personaliti calon 87.3
Isu semasa 98.0
Wang 97.1
Pembangunan 99.3
Ketokohan Calon 78.8
Pengundi 90.6
Parti 87.6
Lain-lain 77.9

Sikap Pengundi

Kajian mendapati pengundi mudah merasa bosan apabila mendengar ceramah mengenai kempen
pilihanraya kerana ia lebih merupakan janji-janji untuk memenangi pilihanraya. Mereka juga akan
menyertai ceramah mengenai kempen pilihanraya yang sering dianjurkan di tempat tinggal mereka.
Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang sering mengikuti kempen pilihanraya kerana mereka
menyukainya.

Sementara itu responden juga tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka mempunyai
pilihan calon mereka sendiri tanpa memerlukan kempen oleh mana-mana pihak. Begitu juga mereka
tidak berstuju dengan kenyataan bahawa mengundi berdasarkan ketokohan atau personaliti calon
dan mengundi berdasarkan kepada parti yang yang dianggotai. Kajian juga menunjukkan mereka
kurang membaca atau mendengar atau menonton maklumat atau isu mengenai pilihanraya setiap
kali disiarkan atau diterbitkan oleh media massa.

274
MEDIA DAN PILIHAN RAYA : KAJIAN Kes DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH

Jadual 8: Sikap Pengundi


% % %
Item persetujuan Setuju Kurang Tidak Min
Setuju Setuju
(1) (2) (3)

Saya mempunyai pilihan calon saya sendiri tanpa memerlukan 9.4 20.8 70.0 2.6059
kempen oleh mana-mana pihak

Saya mengundi berdasarkan ketokohan atau personaliti calon 6.2 32.9 60.9 2.5472

Saya mengundi berdasarkan kepada parti yang saya anggotai 21.2 25.1 53.7 2.3257

Saya mengundi berdasarkan isu yang wujud semasa pilihanraya 17.9 42.7 39.4 2.2150

Saya sering membaca atau mendengar atau menonton maklumat 14.7 29.0 56.4 2.4169
atau isu mengenai pilihanraya setiap kali disiarkan atau
diterbitkan oleh media massa

Saya tidak peduli mengenai kempen pilihanraya seperti yang 21.5 45.6 32.9 2.1140
dinyatakan oleh media massa

Saya akan sertai ceramah mengenai kempen pilihanraya yang 37.5 27.0 35.5 1.9805
sering dianjurkan di tempat tinggal

Saya sering mengikuti kempen pilihanraya dan saya 28.2 34.5 37.1 2.0879
menyukainya

Kempen pilihnaraya merangsang saya untuk mengundi calon 20.5 20.8 58.6 2.3811
pilihan saya

Saya mendapat maklumat tambahan mengenai pemilihan calon 19.9 36.8 43.3 2.2345
yang bertanding melalui kempen yang dijalankan

Saya mudah merasa bosan apabila mendengar ceramah 44.0 26.4 29.6 1.8567
mengenai kempen pilihanraya kerana ia lebih merupakan janji-
janji untuk memenangi pilihanraya

Saya merasa puas hati dengan maklumat mengenai kempen 15.3 41.0 43.6 2.2834
pilihanraya kali ini

Saya sering berbincang mengenai pemilihan calon bersama 19.9 24.8 55.4 2.3550
rakan

Saya kerap berbincang mengenai pemilihan calon bersama ahli 18.9 30.6 50.5 2.3160
keluarga

275
SEMINAR POLITIK MALAYSIA

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian kes yang dijalankan di pilihan raya kecil Permatang Pauh dapat dirumus media
komunikasi yang paling dipercayai dapat mempengaruhi pengundi dalam memilih calon pilihan
raya kecil adalah sepanduk, pengumuman pembesar suara, surat layang, kempen berbentuk
persembahan seperti nyanyian, billboard atau papan kenyataan, dan SMS/ MMS. Ternyata media
kecil ini lebih bekesan menyampaikan maklumat setempat berkaitan dengan kempen pilihan raya
berbanding dengan media massa utama terutama akhbar, televisyn dan radio. Manakala media yang
kurang dipercayai pula terdiri daripada ceramah, risalah calon, majalah, poster calon, poster parti,
risalah parti dan televisyen.

Kajian juga menunjukkan bahawa seseorang pengundi mempunyai sebab tersendiri untuk
menghadiri ceramah kempen yang dianjurkan oleh parti-parti yang bertanding. Mereka juga
dipengaruhi oleh parti yang dianggotai yang sentiasa memastikan ahli-ahlinya mengikuti program
kempen ceramah politik yang dijalankan dari masa ke semasa. Selain itu mereka juga menghadiri
cedramah untuk mengisi masa lapang selain memenuhi tanggungjawab sebagai anggota parti dan
memudahkan untuk membuat keputusan dalam mengundi calon yang bertanding.

Kajian ini menunjukkan majoriti pengundi tidak pernah menghadiri ceramah dan dikuti dengan
pengundi yang menghadiri 2 hingga 3 kali ceramah. Ditinjau dari segi isu yang sering dibincang
dan dinyatakan dalam ceramah dan kempen pilihan raya kali ini adalah lebih berkaitan dengan soal
kehakiman, keagamaan, kelemahan Barisan Alternatif, kekuatan Barisan Nasional, Suruhanjaya
Pilihan raya, jasa-jasa kerajaan, Islam Hadhari, isu wanita, isu berkaitan dengan komponen Barisan
Nasional dan Barisan Alternatif. Manakala isu-isu yang paling sedikit dibincangkan adalah isu-isu
lain, isu kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan laknat sumpah Mohd. Saiful Bukhari
Azlan dan isu kenaikan harga petroleum.

Sementara itu majoriti pengundi berpendapat bahawa faktor penentu kemenangan calon dalam
pilihan raya ditentukan oleh faktor pembangunan dan pembaharuan, isu-isu semasa yang banyak
dibincangkan dalam kempen, faktor wang dan faktor ceramah. Manakala faktor-faktor Iain dan
faktor ketohonan calon kurang menentukan kemenangan dalam pilihan raya.

Di tinjau dari segi sikap pengundi pula, kajian menunjukkan pengundi mudah merasa bosan
apabila mendengar ceramah mengenai kempen pilihanraya kerana ia lebih merupakan janji-janji
untuk memenangi pilihanraya. Namun mereka juga akan menyertai ceramah mengenai kempen
pilihanraya yang sering dianjurkan di tempat tinggal mereka. Kajian juga menunjukkan bahawa
mereka yang suka sahaja yang sering mengikuti kempen pilihanraya.

Sementara itu responden juga tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka mempunyai
pilihan calon mereka sendiri tanpa memerlukan kempen oleh mana-mana pihak. Begitu juga mereka
tidak berstuju dengan kenyataan bahawa mengundi berdasarkan ketokohan atau personaliti calon
dan mengundi berdasarkan kepada parti yang yang dianggotai. Kajian juga menunjukkan mereka
kurang membaca atau mendengar atau menonton maklumat atau isu mengenai pilihanraya setiap
kali disiarkan atau diterbitkan oleh media massa. Oleh itu, peranan media massa di sini kurang
mempengaruhi pengundi dalam menentukan pola pengundian.

276
MEDIA DAN PILIHAN RAYA : KAJIAN KES DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH

BATASAN KAJIAN

1. Kajian ini dijalankan ketika pilihan raya yang menuntut kami banyak bersabar kerana agak
susah untuk mendapat kerjasama daripada para pengundi di Permatang Pauh. Malah sebahagian
daripada mereka menganggap pembantu penyelidik kami sebagai berkempen, walaupun kami
menunjukkan pengenalan diri.

2. Oleh kerana faktor kekangan masa, kertas ini hanya menghuraikan kekerapan dan peratusan
terhadap pemboleh ubah yang dikaji.

RUJUKAN

Abdullah @ Kassim Mohamad, Roslan Lateh, Mohd Amirul Akhbar MohdZulkifli. (2008). Pengaruh Ceramah
Politik Dalam hempen Pilihan Raya Umum ke-12,2008. Kertas kerja dibentang di Seminar Media dan
Pilihan Raya Umum 2008, Shah Alam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi
MARA, 12 Mei, 2008.

Abdullah @ Kassim Mohamad. (1995). "Political Campaign Activities in the 1990 General Election". Kertas
kerja Seminar Media & Politics Kajian Sebaran Am, ITM - Media Performance in Malaysia's 1990
General Election: Lessons & Predictions, April, (1995), ms. 1-10.

Baharuddin Aziz, Abd Rasid dan Rahmat Ghazali. 2008. Kajian mengenai Peranan dan Pengaruh Internet dan
Kewartawanan Bloggers Semasa Pilihan Raya Umum 2008. Kertas kerja dibentang di Seminar Media
dan Pilihan Raya Umum 2008, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA,
Shah Alam, 12 Mei, 2008.

Ismail Sualman, Ilias Md Salleh, Norsham Firdaus. 2008, Media dan Pilihan raya Umum 2008 : Kajian Kes di
Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kertas kerja dibentang di Seminar Media dan Pilihan Raya
Umum 2008, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, 12
Mei, 2008.

Ismail Sualman, (2004). Media dan Pilihan raya : Kajian Kes di Parlimen Permatang Pauh. Laporan
Penyelidikan IRDC, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Katz, E., Blumer, G. J., dan Gurevicth. (1974). The Uses of Mass Communication. Sage Publication. Beverly
Hills.

Kim, J. dan Rubin, A.M. (1977). The variable influence of audience activity on media effect. Communication
Research, 24(3): 107-135..

McGuire, William, (1981). "Theoretical Foundations of Campaigns," in Rice, R.E., and Paisley, W.J. (Eds.),
Public Communication Campaigns, Beverly Hills: Sage Publications, pp. 41-70.

Rogers, Everett, M., (1983). Diffusion of Innovations, New York: Free Press.

Siti Zabedah Mohd Shariff dan Abu Yamin Salam (2008). Penentuan Agenda dan Pengampangan Dalam
Mencorak Berita Pilihan Raya 2008. Kertas kerja dibentang di Seminar Media dan Pilihan raya Umum
2008, Shah Alam, 12 Mei, 2008.

277
SEMINAR POLITIK MALAYSIA

Syed Arabi Idid. 2008. Pilihan Raya Umum di Malaysia. Ucap Utama di Seminar Media dan Pilihan Raya
Umum 2008, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, 12
Mei, 2008.

Wimmer, Roger D. dan Dominick Joseph R. (2000). Mass Media Research: An Introduction. Belmont, CA:
Wads worth.

278

Anda mungkin juga menyukai