Anda di halaman 1dari 6

Pilihanraya Malaysia bebas dan adil?

Dakwaan bahawa pilihanraya tidak bebas dan tidak adil, kedengaran sejak  pilihanraya ke2
pada tahun 1964 lagi. Semenjak itu dakwaan ini terus dibuat oleh parti pembangkang
khususnya. Mereka tidak puashati dengan undang-undang dan peraturan-peraturan pilihanraya
yang berat sebelah. Rintihan dan aduan mereka tidak diberi perhatian sewajarnya oleh
pemerentah. Kalau diberi perhatian pun hanyalah kepada perkara-perkara yang tidak begitu
penting.

Dakwaan pembangkang tidak dapat disangkal kebenarannya. Kenyataan Pengurusi


Suruhanjaya Pilihan Raya seakan-akan membayang sedemikian juga.

1: Kenyataan Pengurusi SPR

SPR perlu dirombak -- Bagi menangkis dakwaan badan itu tidak bebas – Pengerusi

Oleh NIZAM YATIM

BANGI 8 Jan. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman
mencadangkan badan itu distruktur semula dan undang-undang serta peraturan pilihan raya di
bawahnya yang sudah berusia 50 tahun dirombak secara drastik.

Kajian semua itu bertujuan menjadikan SPR dan proses pilihan raya yang sering dikritik
pelbagai pihak, menjadi lebih telus, adil dan saksama kepada semua parti politik dan rakyat
negara ini.

“Orang sekarang lebih pandai, negara juga dah moden. Orang bertanya kenapa tidak boleh
dibuat pilihan raya yang lebih telus,” katanya kepada pemberita selesai sesi soal jawab pada
majlis pelancaran Akademi Pilihan Raya di sini hari ini.

Bagi tujuan itu, tegas Ab. Rashid, satu suruhanjaya bebas yang dianggotai pakar undang-
undang, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik perlu dibentuk bagi
mengemukakan cadangan penambahbaikan tersebut.

“Saya berpendapat undang-undang pilihan raya dan struktur SPR sedia ada yang digubal kira-
kira 50 tahun lalu ketika negara mengalami ancaman komunis dan masalah hubungan kaum
tidak lagi sesuai dengan perubahan pada zaman moden sekarang,” katanya.

Ab. Rashid berkata, beliau mengemukakan cadangan itu kerana merasakan SPR agak terikat
berikutan terlalu banyak kelemahan yang terdapat pada undang-undang pilihan raya sekarang
dan berharap badan itu diberikan lebih kuasa.
“Saya bersedia menjadi penasihat kepada suruhanjaya bebas yang bakal ditubuhkan itu bagi
memastikan SPR dimodenkan supaya ia boleh dipercayai, efektif dan tidak dipersoalkan oleh
mana-mana pihak yang mengambil bahagian dalam pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, ketika menyampaikan ucaptama di majlis itu bertajuk Badan Pengurusan
Pilihan Raya - Suatu Elemen Penting Dalam Menghasilkan Integriti Pilihan Raya
Demokratik, Ab. Rashid menggaris beberapa pembaikan yang perlu dibuat terhadap SPR.

Antaranya, kata beliau, termasuk mempercepatkan proses pindaan undang-undang pilihan


raya, peruntukan kewangan secara terus, kebebasan SPR untuk melantik kakitangan, kuasa
menyelesaikan kes kecil dan pelantikan ahli badan secara telus.

Menurutnya, proses pindaan undang-undang pilihan raya yang kini mengambil masa sehingga
bertahun-tahun dan perlu melalui pelbagai tahap harus dipermudahkan selain kerenah
birokrasi yang perlu dikurangkan.

“Peruntukan kewangan untuk badan ini perlu diluluskan khas oleh Parlimen dan SPR perlu
diberi kuasa untuk melantik kakitangannya sendiri dan membayar gaji tanpa perlu melalui
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“SPR juga harus diberikan kuasa untuk memproses, menghakim dan menyelesaikan
pertelingkahan kecil pada musim pilihan raya yang kini dikendalikan oleh polis dan perlu
melalui proses mahkamah yang mengambil masa agak lama,” katanya.

Menurut Ab. Rashid, Perlembagaan Persekutuan disaran memasukkan peruntukan jelas


mengenai pelantikan ahli-ahli SPR bagi mengelak parti pemerintah diberi kuasa mutlak dalam
proses pemilihan dan pelantikan ahli SPR serta memastikan mereka mempunyai kekebalan
sebagaimana dinikmati pihak kehakiman.

Beliau juga menggariskan enam kuasa yang tidak wujud pada SPR yang menjadi punca
kelemahan badan itu pada masa ini, iaitu:

* Kuasa menentukan penubuhan parti politik dan menjamin kebebasan mengambil


bahagian bila-bila masa dalam pilihan raya.

* Kuasa mengawal semua keadaan pada musim berkempen.

* Kuasa mengatur keadilan dan kebebasan melapor bagi semua media cetak dan
elektronik.

* Kuasa mengawal dan menghukum pihak yang menyalahgunakan kemudahan awam


untuk berkempen.

* Kuasa menentukan keadilan dalam hal-hal berkaitan dengan pembiayaan kewangan


untuk kempen parti.

* Kuasa mengawal dan mencegah rasuah dan aktiviti membeli undi dalam musim
pilihan raya. - Utusan Malaysia
Kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Ab.Rashid mendapat reaksi positif daripada pemimpin-
pemimpin parti pembangkang. Sebahagian pemimpin parti UMNO juga memberi reaksi yang
sama.

2: Kenyataan Mursyidul Am PAS - YAB Tuan Guru Dato Nik Ab Aziz Nik Mat

Pembangkang sambut baik syor

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Parti-parti pembangkang hari ini menyambut baik cadangan
merombak struktur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menjadikan ia lebih telus dan adil
kepada semua parti politik dan rakyat.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah itu perlu dibuat bagi
membolehkan kepincangan dalam proses demokrasi di negara ini diatasi.

Beliau menyifatkan proses pilihan raya yang berjalan di Malaysia selama ini suatu proses
yang pelik berbanding negara-negara lain.

Nik Abdul Aziz memberi contoh penggunaan pelbagai jentera kerajaan melalui pelbagai cara
dan pendekatan bagi membantu parti pemerintah dalam pilihan raya.

‘‘Sebab itu undang-undang pilihan raya dan SPR perlu dirombak kerana undang-undang yang
ada sekarang bukan sahaja pelik tetapi juga salah dari segi demokrasi serta berdosa di sisi
Islam,” katanya.

Nik Aziz berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani
Kerjasama Program Takaful Armalah antara kerajaan negeri Kelantan dengan Takaful
Malaysia di sini, hari ini.

Ditanya apakah perlu Ab. Rashid ditukar memandangkan banyak kecaman dihalakan
pembangkang terutama Pas terhadap Pengerusi SPR itu, Nik Abdul Aziz berkata:

“ Itu tidak perlu. Dalam Islam yang hendak diubah bukan orang tetapi dasar SPR itu sendiri.
Kalau ubah orang tetapi dasar tidak diubah, tidak ke mana juga.’’

Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw pula berkata, rombakan itu penting bagi
memperbaiki kelemahan yang ada khususnya undang-undang serta peraturan yang telah
berusia 50 tahun.

Seng Giaw berkata, sekiranya cadangan itu diterima, pandangan dari semua pihak terutama
yang terlibat dengan politik perlu diambil kira.

Dalam pada itu Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) turut mengalu-alukan cadangan yang
disifatkan sebagai agenda utama parti.

Naib Presiden Keadilan, Azmin Ali berkata, parti itu pernah mengeluarkan satu laporan
komprehensif bagi mendesak reformasi pilihan raya secara total.
‘‘Kita lega, namun apa yang disebut oleh Pengerusi SPR itu bukan baru malah telah lama
didesak Keadilan,’’ katanya. - Utusan Malaysia

3: Kenyataan YB. Sharir Ab. Samad

Rombakan SPR bakal kembalikan keyakinan rakyat

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Penstrukturan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan
proses pilihan raya di negara ini bakal mengembalikan keyakinan rakyat terhadap badan itu
dalam mewujudkan pilihan raya yang telus dan adil.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad berkata, penyemakan semula badan itu
sememangnya tepat pada masanya bagi meningkatkan keberkesanan perjalanan pilihan raya.

Menurutnya, walaupun selama ini SPR telah menguruskan proses pilihan raya dengan baik,
namun kelemahan masih ada kerana sistem yang digunakan SPR telah berusia 50 tahun.

“Keperluan untuk menyemak semula SPR adalah wajar. Ia perlu diletakkan pada kedudukan
yang lebih teguh untuk menjalankan proses pilihan raya sehingga ia boleh digolongkan
sebagai badan bebas dan adil serta mendapat kepercayaan semua pihak baik pengundi
mahupun parti-parti politik, badan berkanun, pertubuhan awam dan rakyat Malaysia.

‘‘Sehubungan itu, tindakan SPR yang mengakui kekurangan badan itu dan ingin
mengatasinya dengan melakukan rombakan harus dipuji bagi mencapai objektif
melaksanakan pilihan raya yang demokratik,’’ kata Shahrir kepada Utusan Malaysia di sini,
hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman yang
mencadangkan badan itu distruktur semula dan undang- undang serta peraturan pilihan raya di
bawahnya yang sudah berusia 50 tahun dirombak secara drastik.

Kajian semula itu bertujuan menjadikan SPR dan proses pilihan raya yang sering dikritik
pelbagai pihak menjadi lebih telus, adil dan saksama kepada semua parti politik dan rakyat
negara ini.

Pemangku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Raja
Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, kenyataan Pengerusi SPR itu perlu diberi perhatian
serius kerana beliau arif tentang kelemahan yang dihadapi oleh badan itu.

‘‘Penyemakan semula itu menunjukkan kesanggupan SPR untuk mempertingkatkan


kecekapan dan ketelusan mereka bagi menutup sebarang ruang kepada pihak tertentu
membuat sebarang tuduhan terhadap badan pengurus pilihan raya tersebut.

‘‘Bagaimanapun, cadangan itu harus diteliti oleh pucuk pimpinan dan sekiranya
hendak dilaksanakan, Ahli Parlimen harus diberi taklimat terlebih dahulu. Kami juga
bersedia membincangkannya di Parlimen,’’ katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Peguam, Yeo Yang Poh berkata, keperluan untuk mewujudkan
satu perjalanan pilihan raya yang lebih telus, adil dan saksama amat diperlukan.

‘‘Sekiranya perkara ini tidak dapat dilaksanakan, sudah pasti kritikan demi kritikan akan
menghujani SPR kerana mentaliti rakyat sekarang telah berubah,’’ katanya. Ujarnya, apa jua
tindakan penambahbaikan yang hendak diambil, SPR perlu mendapatkan pandangan daripada
pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar perundangan dan rakyat. –
Utusan Malaysia

Saya kira parti pembangkang dan ramai juga dari kalangan pemimpin parti Barisan Nasional
bersetuju dengan pandangan Pengurusi SPR. Cuma sebahagian daripada pemimpin parti
pemerentah, khususnya dari parti UMNO yang berpendapat, perubahan ini tidak diperlukan.

4: Cuba kita perhati kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana

SPR tidak perlu dirombak – Nazri

Oleh ROSNIZA MOHAMAD

KOTA BHARU 9 Jan. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu dirombak atau
distruktur semula hanya kerana kritikan-kritikan yang dilemparkan kepada badan itu, kata
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berpendapat, pada umumnya SPR yang berusia 50 tahun telah menjalankan
tanggungjawab dengan baik dan cuma perlu membaiki segala kelemahannya agar boleh
terus berperanan dengan lancar.

Katanya, tindakan sesetengah pihak menegur badan itu sebagai satu langkah kebaikan, namun
bagi mengatasi kelemahannya ia tidak perlu dirombak.

‘‘Saya tidak nampak mengapa SPR perlu dirombak. Tidak perlu sama sekali. Bukan kerana ia
dikritik hingga perlu dirombak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di kawasan hakisan
banjir di Pantai Sabak di sini, hari ini.

Nazri mengulas cadangan Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman yang mahu badan
itu distruktur semula manakala undang-undang serta peraturan pilihan raya di bawahnya
dirombak secara drastik.

Bagi Ab Rashid, tindakan itu bertujuan menjadikan SPR dan proses pilihan raya yang sering
dikritik pelbagai pihak, menjadi lebih telus, adil dan saksama kepada semua parti politik dan
rakyat negara ini.

Menurut Nazri, SPR tidak boleh menganggap teguran dan kritikan dilemparkan oleh
sesetengah pihak sebagai menyekat kebebasan badan itu menjalankan tanggungjawabnya.
Beliau berkata, menyedari ada pihak yang menganggap SPR tidak bebas dan terikat, namun ia
tidak boleh diambil kira ke arah pembentukan satu suruhanjaya bebas seperti disarankan oleh
Ab. Rashid.

Katanya, untuk itu beliau perlu mengenal pasti kelemahan dalaman yang ada pada badan itu
dan segera memperbaikinya tetapi bukan melihat kelemahan tersebut sebagai ancaman.

Ab. Rashid dalam laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini turut mencadangkan satu
suruhanjaya bebas dianggotai pakar undang-undang, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
dan parti politik bagi mengemukakan cadangan penambahbaikan itu.

Nazri berkata, beliau sendiri melihat SPR menjalankan amanah yang diberikan dengan
berjaya dan tiada sebab munasabah untuk badan itu menyusun semula strategi mereka. –
Utusan Malaysia

Kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri diatas serta
kenyataannya bersama Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di rangkaian Aljazeera
pada 18 November 2007, menjelaskan lagi bahawa SPR seakan-akan bukan sebuah badan
bebas. Malah mereka gagal membuktikan bahawa pilihanraya yang diamal di Malaysia ini
bebas dan adil. Parti pemerentah seakan-akan tidak berani berhadapan dengan kaadaan jika
Badan ini distruktur semula dan undang-undang serta peraturan diubah. Adakah mereka takut
kehilangan apa yang dinikmati seperti hari ini?

Dengan keterangan dan kenyataan diatas, masakan proses pilihanraya di Malaysia berjalan
dengan secara bebas dan adil seperti yang dilapur oleh Voice Of The People.

Saya tidak menaruh sebarang keyakinan bahawa hasrat dan pandangan Pengurusi SPR serta
harapan pemimpin politik lain dapat dilaksana, melainkan undang-undang Malaysia dipinda
terlebih dahulu. Parti pemerentah mustahil akan memindanya. Sebarang pindaan seperti yang
di cadang oleh  Pengurusi SPR akan menghilang kuasa mereka. Siapa pun, jika menjadi
pemimpin tidak akan membiar pengaruh dan kuasanya terhakis. Parti pembangkang jelas
tidak berkemampuan untuk membuat sebarang pindaan kepada undang-undang

Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists


Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by bravenet.com

Anda mungkin juga menyukai