Demam Denggi
Demam Denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telaH
dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan
jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Demam panas
Sakit kepala
Sakit tulang belakang
Sakit sendi-sendi
Loya dan muntah-muntah
Sakit biji mata
Ruam
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Demam denggi
berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
Mudah lebam
Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam
denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan
minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.