Anda di halaman 1dari 1

Kurikulum di Malaysia berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu :

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawap
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga. Masyarakat dan negara. “

Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak ini melibatkan penglibatan ibu bapa.


Penglibatan ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-mambantu antara dua
pihak ataupun lebih. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak dapat
meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu untuk
meningkatkan kejayaan kanak-kanak dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Anda mungkin juga menyukai