Anda di halaman 1dari 3

PELAJARAN 7

MENCARI HIDAYAH ALLAH SWT


(Surah al-Nur: ayat 35)

Intisari ayat

 Allah SWT menjelaskan bahawa Dia adalah cahaya yang menerangi langit dan bumi.
 Allah SWT menjelaskan bahawa perumpamaan hidayah itu adalah seperti lampu yang
diletakkan dalam balang kaca yang bersinar seperti bintang bergemerlapan.

Maksud Nur

 Nur ialah cahaya dan petunjuk hidayah Allah SWT

Sebab Manusia Memerlukan Hidayah Allah SWT

 Dapat membebaskan diri daripada sifat materialistik seperti tamak dan cintakan
kemewahan dunia.
 Dapat menghindarkan diri daripada kesesatan agar berada di landasan akidah yang
benar.
 Dapat mengharungi ujian Allah SWT dengan tenang dan sabar kerana dibimbing oleh
hidayah Allah SWT.
Kepentingan Hidayah Allah SWT Kepada Manusia

 Memelihara keimanan seseorang agar hidup berpandukan syariat.


 Menyebabkan seseorang menjauhi segala perbuatan maksiat serta melaksanakan
segala perintah Allah SWT.
 Mendorong komuniti agar lebih istiqamah melaksanakan amar makruf nahi munkar.

Cara Untuk Mendapatkan Hidayah Allah SWT

 Melaksanakan segala perintah Allah SWT dan RasulNya SAW serta meninggalkan
segala laranganNya.
 Mendalami ilmu-ilmu agama seperti ilmu al-quran, ilmu hadis dan berakhlak mulia.
 Memerhatikan kejadian alam dan segala penciptaan Allah SWT.

Pengajaran ayat

 Kita hendaklah berusaha untuk mencari hidayah Allah SWT agar hidup bahagia dunia
dan akhirat.
 Kita wajiblah menuntut ilmu kerana ia merupakan satu cara untuk memperolehi hidayah
Allah SWT.

LATIHAN PENGUKUHAN
1. Jelaskan satu intisari ayat di atas. ( 2 markah )
2. Jelaskan dua kepentingan hidayah kepada manusia. ( 4 Markah )

Bertindak segera tangani 'virus' murtad


TINDAKAN murtad tidak seharusnya dipandang sebagai isu peribadi dan
konflik kepercayaan, sebaliknya termasuk dalam isu keselamatan yang harus
dipertanggunjawabkan oleh kerajaan.Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria
berkata, apabila ia disenaraikan atas dasar hak individu dan prinsip kebebasan
beragama maka secara tidak langsung akan menjejaskan usaha
menanganinya.Menurutnya, masyarakat perlu bertanggungjawab menangani
isu murtad secara kolektif walaupun ketika berlaku pelbagai isu seperti wabak
Covid-19, sengketa politik, kemelesetan ekonomi dan sebagainya .
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/563311/bertindak-segera-tangani-virus-murtad

3.Terangkan usaha anda untuk memelihara hidayah Allah SWT agar situasi di atas tidak
berlaku kepada anda. ( 6 Markah )
Jawapan:
1. Intisari ayat di atas ialah:
- Allah SWT menjelaskan bahawa Dia adalah cahaya yang menerangi langit dan bumi

2. Dua kepentingan hidayah kepada manusia ialah:


- Memelihara keimanan seseorang (ISI) agar hidup berpandukan syariat (HURAIAN)
- Mendorong komuniti lebih istiqamah (ISI) dalam melaksanakan amar makruf nahi
Munkar (HURAIAN)

3. Jawapan soalan KBAT:

Usaha saya untuk memelihara hidayah Allah ialah

ISI Saya akan sentiasa berdoa kepada Allah SWT


HURAIAN agar saya sentiasa diberikan hidayah oleh Allah SWT
HURAIAN Kesannya saya akan selalu berusaha mentaati perintahNya dan menjauhi
LENGKAP laranganNya.
DALIL
firman Allah SWT : Ghafir: ayat 60 َ
… ۚۡ‫ال َربُّ ُك ُم ۡٱد ُعونِ ٓي َأ ۡستَ ِج ۡب لَ ُكم‬
َ َ‫ق‬
HURAIAN Dalil menjelaskan bahawa berdoalah dan Allah akan memperkenankan.
DALIL
KESIMPULAN Oleh itu, kita wajib menjaga keimanan agar kematian kita dalam khusnul
khatimah.

Anda mungkin juga menyukai