Anda di halaman 1dari 9

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62530 PUTRAJAYA

KOD DAN NAMA PUSAT


BERTAULIAH

SOALAN PENILAIAN PENGETAHUAN (OBJEKTIF)

KOD UNIT CORE ABILITY

NAMA UNIT ABILITY

NAMA CALON

NO.KAD PENGENALAN

MASA

TARIKH

MARKAH

Arahan kepada calon:

1. Tulis nama dan nombor kad pengenalan calon pada ruangan yang disediakan;
2. Calon tidak dibenarkan membuka kertas soalan sehingga dibenarkan;
3. Calon hendaklah menjawab semua soalan;
4. Calon dilarang membawa nota atau sebarang bahan rujukan kecuali yang
dibenarkan.
5. Dilarang meniru semasa penilian; dan
6. Dilarang membawa keluar kertas soalan dari bilik peperiksaan

KERTAS PENILAIAN INI MENGANDUNGI ....8.... MUKA SURAT BERCETAK

1
1. Apakah turutan proses yang betul semasa mewujudkan satu rangkaian
aliran?

I. Merancang sistem informasi.


II. Tentukan reka bentuk sistem.
III. Tentukan keperluan pengguna.
IV. Mengenal pasti keperluan pengguna.

A. I, II, III, IV
B. I, II, IV, III
C. II, III, II, IV
D. IV, III, I, II

2. Apakah turutan prosedur awal dalam memilih perisian yang terbaik?

I. Ciri-ciri vs keperluan.
II. Ambil analisa kos/faedah.
III. Timbangkan kesesuaian perkakasan.
IV. Timbangkan peningkatan di masa hadapan.

A. I, II, III, IV
B. I, II, IV, III
C. I, III, II, IV
D. I, III, IV, II

3. Apakah tututan langkah yang betuldalam memahami perkembangan


teknologi maklumat?

I. Mengenal pasti kegunaan teknologi maklumat.


II. Mematuhi perkembangan teknologi maklumat.
III. Mematuhi pengetahuan terkini teknologi maklumat.
IV. Memahami perhubungan antara sistem dan teknologi.

2
A. I, II, III, IV
B. I, II, IV, III
C. I, III, II, IV
D. I, III, IV, II

4. Apakah langkah yang perlu diambil dalam peningkatan di masa hadapan?

A. Mengetahui spesifikasi semasa, bersesuaian dan kos.


B. Mengenal pasti perisian yang digunakan, fungsi dan kos analisis.
C. Mengetahui peningkatan, fungsi, kos menaik taraf dan keperluan
semasa.
D. Mengenal pasti kos persediaan awal, ciri-ciri yang boleh digunakan
dan fungsinya.

5. Apakah kebaikan proses analisis kos?

I. Memahami kos persediaan awal.


II. Kenalpasti pertambahan bayaran.
III. Selaras perbelanjaan secara bulanan atau tahunan.
IV. Bayaran urus niaga sama dibuat dengan pantas dan tepat.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

3
6. Apa yang dipanggil interaksi manusia dengan komputer menggunakan
kumpulan perkataan, simbol atau kod?

A. Aplikasi
B. Operasian
C. Komputeran
D. Pemprograman

7. Apakah aplikasi yang biasa digunakan seharian?

I. Microsoft Words
II. Microsoft Excel
III. Microsoft Scheme
IV. Microsoft Power Point

A. I, II, dan III


B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

8. Apakah definasi teknologi maklumat?

A. Khidmat diantara komputer dan manusia.


B. Sistem yang menghubungkan komunikasi.
C. Teknologi yang mengawal selia penggunaan data antara komputer
dan telefon bimbit.
D. Aplikasi komputer dan peralatan telekomunikasi untuk
dokumentasi dan memanipulasi data.

4
9. Pilih gabungan komponen sistem teknologi maklumat adalah betul.

A. Perkakasan, data, teknologi dan manusia.


B. Perisian, mesin, internet, telefon bimbit dan rangkaian.
C. Perkakasan, perisian, data, prosedur, rangkaian dan manusia.
D. Prosedur, sistem, manusia, komputer, teknologi dan mudah alih.

10. Pilih tiga (3) penyataan yang betul dalam memilih aplikasi.

I. Kos/faedah analisis.
II. Keperluan perkakasan.
III. Keupayaan boleh dicetak.
IV. Ciri-ciri terhadap keperluan.

A. I,II dan III


B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

11. Pilih contoh yang betul untuk menggunakan aplikasi kemasukkan data.

A. Firefox
B. Wordpad
C. Photo gallery
D. Microsoft Access

12. Mengapa kita perlu menyedari tentang perkembangan teknologi


maklumat?

I. Memperbaiki hasil kerja.


II. Memperbaiki sistem analisis.

5
III. Memahami kos yang terbabit.
IV. Memperbaiki kecekapan kerja.

A. I, II, dan III


B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

13. Bagaimana untuk mempromosikan penggunaan teknologi maklumat?

A. Memperkenalkan etika peraturan teknologi maklumat dan


menguatkuasa peraturan.
B. Memulakan kempen, menyemai nilai positif penggunaan internet dan
promosi kesedaran awam.
C. Mempromosikan pertandingan secara maya, memupuk kesedaran
penggunaan media sosial dan mengadakan kempen.
D. Mereka bentuk poster etika teknologi maklumat, mencipta
pertandingan teknologi maklumat dan tawar hadiah untuk pengguna
teknologi maklumat terbaik.

14. Apakah kaedah untuk mempromosikan perniagaan atas talian?

A. Promosi pakej komunikasi dan tawaran laman web hosting.


B. Cipta pendaftaran perniagaan secara atas talian dan bantu
pendaftaran.
C. Tawarkan geran, promosikan pendaftaran dan bantu menambahkan
pendaftaran.
D. Promosi “Click Wisely”, menyiapkan pendaftaran atas talian dan
tawar geran perniagaan.

6
15. Apakah langkah yang perlu diambil untuk memastikan pemain industri
mematuhi polisi Kerajaan?

A. Cadangkan akta baharu dan kuatkuasakan undang-undang.


B. Umumkan akta, kuatkuasakan peraturan dan tawarkan nasihat .
C. Menyediakan majlis rayuan, cadangkan akta baharu dan
kuatkuasakan undang-undang baharu.
D. Menyediakan khidmat rundingan, kuatkuasa undang-undang dan
ambil tindakan ke atas pembuat kesalahan undang-undang.

16. Bagaimanakan proses aliran di dalam rangka kerja institusi di bawah


Akta Komunikasi dan Multimedia?

I. Arahan dari Kementerian


II. MCMC menghebahkan akta
III. MCMC menguatkuasakan akta
IV. MCMC memproses cadangan berdasarkan maklum balas

A. I, II, III, IV
B. I, II, IV, III
C. I, III, II, IV
D. I, III, IV, II

17. Apakah badan yang mengawal komunikasi dan multimedia di Malaysia?

A. Suruhanjaya Multimedia Malaysia


B. Badan Penasihat Teknologi Malaysia
C. Badan Komunikasi dan Multimedia Kebangsaan
D. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia malaysia

7
18. Apakah nama bagi perundangan yang betul berkaitan komunikasi?

A. Dasar Komunikasidan dan Strategi Multimedia 1997.


B. Akta Penyiaran (1998) dan Akta Telekomunikasi (1950).
C. Akta Suruhanjaya Multimedia 1999 dan Akta Multimedia 1998.
D. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia 1998.

19. Mengapa terdapat keperluan untuk mengadakan perundangan Komunikasi


dan Multimedia di Malaysia?

A. Mengisi kuota perundangan yang diperlukan.


B. Atas permintaan dari pemain industri komunikasi dan multimedia.
C. Untuk mengisi keperluan dari peningkatan tumpuan industri
komunikasi dan multimedia.
D. Untuk mengisi keperluan prosedur yang ditetapkan oleh badan
pengawal luar yang mengawal seli penggunaan internet di luar
negara.

20. Mana diantara akta di bawah yang mematuhi undang-undang semasa


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia?

I. Menggunakan perkhidmatan pos nasional.


II. Mengawal maklumat sulit di bawah undang-undang tertentu
III. Mendaftarkan perniagaan dalam talian dengan Pendaftar Syarikat.
IV. Mengelakkan tohmahan dan menjatuhkan maruah semasa dalam talian.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

8
SK

Anda mungkin juga menyukai