Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN LAWATAN KE PUSAT BAHASA DI UNIVERSITI SAINS

MALAYSIA
BAHASA MELAYU A013003
NAMA PROGRAM: TEKNOLOGI ELEKTRONIK
NAMA PENSYARAH: PUAN JUNIADAH BINTI MAT
NAMA AHLI KUMPULAN:
1.TUN NURAIN AUNI BINTI SAHRIZUAN
(061016-08-1474)
2.NUR FARAH DAYANA BINTI SAMSOL
(060901-02-0012)
3.MUHAMMAD AMIR ZIKRI BIN ARIFFIN
(061112-07-0249)
4.MUHAMAD FADLIN BIN MOHD RIZAL
(060408-07-0149)
PENGENALAN

Lawatan sambil belajar secara berkumpulan ke Universiti


Sains Malaysia(USM) di Pulau Pinang yang dibuat pada 28 Ogos
2023 iaitu pada hari Isnin merupakan pengalaman pendidikan
yang berlaku di luar kawasan kolej dan dapat memberi
pengetahuan yang diperlukan oleh para pelajar dalam situasi
harian mereka. Sehubungan dengan itu, kemantapan fizikal,
mental dan pengukuhan nilai-nilai murni yang diterapkan dapat
membantu perkembangan individu para pelajar. Lawatan ini
merupakan salah satu daripada teknik pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dimana ia sangat memberi impak
mendalam kepada para pelajar. Belajar melalui pengalaman
adalah sangat penting untuk para pelajar. Oleh sebab itu,
Pentaksiran Berterusan(PB) ini diadakan di luar kolej adalah
supaya mereka mendapat pengalaman daripada lawatan
tersebut.

Aktiviti lawatan sambil belajar memberi peluang kepada


murid-murid mempraktikkan segala kemahiran luar yang
mereka miliki. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat memberi
ruang yang lebih kepada guru-guru dan murid-murid untuk
mendalami ilmu mereka dan menimba seberapa banyak
pengalaman yang mereka dapat. Program ini merupakan satu
program yang menarik minat murid dan amat berguna untuk
mengembangkan minda di samping menjadi asas untuk
membina keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai situasi.
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirahim


Alhamdullilah, bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan
limpahan rahmat dan limpah rahmat yang dikurniakan oleh-
Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Sekalung penghargaan ingin saya ucapkan kepada pensyarah
saya, Puan Juniadah binti Mat kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya
menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya.

Jutaan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada kedua ibu
bapa saya yang banyak memberikan sokongan moral dan
galakan sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga, ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada


rakan-rakan yang turut memberi peringatan dan sebagai
pemudahcara. Mereka membantu saya dengan menjawab
setiap kemusykilan umum yang saya utarakan.

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang


terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang
pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih setinggi langit. Saya
amat menghargainya
SURAT PERMOHONAN LAWATAN KE PUSAT BAHASA
ISI KANDUNGAN

Bil. Isi kandungan Bil. Muka Surat


1 Penghargaan
2 Tugasan
3 Pengenalan
4 Surat lawatan ke Universiti
Sains Malaysia (USM)
5 Isi Kandungan
6 Punca pemersalahan
7 Cadangan pemersalahan
8 Rumusan / kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai