Anda di halaman 1dari 9

KATA SENDI NAMA

1. Kata Sendi Nama digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan frasa-frasa lain
dan perkataan lain dalam satu ayat.
2. Kata Sendi nama terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.
3. Yang berikut ialah kata sendi nama dan panduan menggunakan kata sendi narna.
Kata Sendi Nama Keterangan Ayat Contoh
di untuk menunjukkan tempat dan a. Ramsul tinggal di Taman Salak
arah Perdana.
b. Kucing-kucing Syazwina ada di
luar rumah.
ke untuk menunjukkan tempat dan a. Encik Hafiz akan bertolak ke Sabah
waktu b. Mesyuarat itu diadakan dari pukul
10.00 pagi ke pukul 12.30 tengah
hari.
dari untuk menunjukkan masa, a. Azman menunggu adiknya di
tempat dan arah perrhentian bas itu dari pukul 11.00
pagi.
b. Amsyar tiba dari Shah Alam pada
pukul 1.00 petang.
c. Kucing itu tiba-tiba datang dari
belakang rumah.
daripada untuk menyatakan a. Kemalangan ngeri itu berpunca
punca, asal, dan daripada kecuaian pemandu kereta.
perbandingan b. Baju kurung yang lembut itu dibuat
daripada sutera.
c. Azman lebih tinggi daripada
abangnya Zakuan.
kepada untuk menunjukkan sasaran a. Maklumat tentang kejadian
yang merujuk manusia, haiwan, kecurian itu telah diserahkan
unsur mujarad, serta kepada pihak polis.
menyatakan pecahan dan b. Jerebu yang melanda negara telah
perubahan keadaan meningkat kepada tahap yang
membimbangkan.
c. Murid-murid yang menyertai
perkhemaran itu dibahagikan
kepada lapan kumpulan.
pada untuk menunjukkan masa, a. Murid-murid diminta pergi ke
tempat, dan maksud ada pada makmal sains pada pukul 10.00
(manusia dan haiwan) pagi.
b. Jam yang baru dibeli oleh ibu itu
dilekatkan pada dinding.
c. Novel baharu Puan Aiza itu ada
pada Azlina.
bagi untuk menunjukkan kegunaan a. Buku-buku itu diletakkan di sudut
sesuatu bacaan bagi kegunaan murid-murid
pada waktu lapang.
tentang untuk menunjukkan makna a. Murid-murid belajar tentang cara-
rujukan sesuatu yang tidak tentu cata untuk menghadapi situasi
atau lebih umum kebakaran.
dengan untuk menunjukkan maksud a. Puan Alha ke pasar dengan anak
melakukan sesuatu bersama- bongsunya.
sama, cara menggunakan b. Puan Saleha memotong sandwic itu
sesuatu, dan menyatakan dengan pisau pemotong roti.
keadaan c. Ahli kumpulan itu sepakat dengan
ketua kumpulan mereka.
terhadap untuk menunjukkan maksud a. Program motivasi yang diadakan
rujukan yang melibatkan telah memberikan kesan yang
penyambut yang tentu sama ada positif terhadap murid-murid
manusia, haiwan, atau benda tingkatan tiga.
b. Rakyat Malaysia bersimpati
terhadap pelarian dari negara luar.
akan digunakan di hadapan kata a. Fahim suka akan cerita yang
adjektif yang menerangkan banyak memberikan mesej kepada
sikap atau perasaan seseorang dirinya itu.
oleh digunakan selepas kata kerja a. Novel baharu itu ditulis oleh Puan
pasif yang berawalan di- dan Aiza.
ter- serta kena dan maksud b. Oleh sebab sikapnya yang suka
sebab membantu orang lain, Amira
banyak mempunyai kenalan.
sejak/sementara untuk menunjukkan masa atau a. Sejak mendapatkan rawatan di klinik
waktu tertentu itu, kesihatan Alwi bertambah baik.
hingga/ untuk menyatakan perihal (a) Rancangan itu dltayangkan dari
sehingga/sampai peringkat, had masa, waktu, dan pukul 8.00 rnalam hingga pukul 10.00
tempat malam
(b) Mereka meneruskan perjalanan h
hingga Lata Kedondong
dalam/antara untuk menunjukkan pengertian (a) Perrnasalahan itu janganlah
linkungan yang tidak disimpan dalam hati.
mempunyai ruang atau jarak (b) Masalah disiplin murid
adalah antara perkara yang
ditekankan oleh guru besar
semasa beliau berucap
seperti/bagai untuk menunjukkan Dia membuat kena-kerjanya dengan
perbandingan pantas seperti lipas kudung
untuk untuk menunjukkan kegunaan (a) Saya suka mernbaca buku untuk
sesuatu dan maksud bahagian menambahkan pengetahuan am. (b)
yang telah diperuntukkan Ayah membeli sebiji kek untuk anak-
anaknya.
demi untuk rnenunjukkan makna (a) Pak Lang turun ke laut setiap hari
tujuan dan urutan. demi mencari sesuap nasi untuk
keluarganya
(b) Beliau memasukkan wang yang
dikumpulnya ke dalam tabung satu
demi satu.

Kesalahan Lazim
1. Murid menggunakan kata sendi nama demi dan untuk serentak di hadapan kata nama. Contoh:
X Buku kerja dihasilkan demi untuk kemudahan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. .
✓ Buku kena dihasilkan demi kemudahan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
✓ Buku kerja dihasilkan untuk kemudahan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Murid rnenggunakan kata sendi nama tentang hadapan kata kerja transitif aktif. Sepatutnya selepas kata
kerja transitif aktif mesti dirkuti objek. Contoh:
X Ibu menceritakan tentang kehidupannya pada masa dahulu.
✓ Ibu menceritakan kehidupannya pada masa dahulu.
3. Murid menyingkatkan kala sendi nama akan rnenjadi kan. Contoh:
X Ayah marahkan abang kerana lewat pulang ke rumah.
✓ Ayah marah akan abang kerana lewat pulang ke rumah.
4. Murid menggunakan kata sendi nama oleh diikuti oleh kata hubung kerana. Hal ini salah kerana kata
sendi nama oleh mesti dikuti oleh kata nama. Jawapan yang sebenarnya ialah oleh sebab.
X Oleh kerana rumahnya jauh dari sekolah, dia terpaksa menumpang kereta jirannya untuk ke sekolah.
✓ Oleh sebab rumahnya jauh dari sekolah, dia terpaksa menumpang kereta jirannya untuk ke sekolah.
5. Murid menggunakan kata sendi bagi untuk mendukung maksud bahagian yang ditentukan atau
diperuntukkan.
X Basikal yang berwarna merah itu bagi adik.
✓ Basikal yang berwarna merah itu untuk adik.

Latihan Pengukuhan
Kenal pasti kesalahan kata sendi nama dalam ayat-ayat di bawah ini dan betulkan kesalahan
tersebut.

1. Ahmad amat sukakan kerana mainan yang dihadiahkan oleh ibu.


_______________________
2. Kami berlatih bola sepak dari pagi kepada petang. ____________________________
3. Ibu saudara Fatimah yang baru sampai malam semalam berasal daripada Muar.
_________________________
4. Mereka tidak bersependapat di dalam hal untuk menyelesaikan rnasalah paip bocor.
__________________________
5. Bunga mawar merah yang dibelikan ayah khas bagi ibu yang berada di rumah.
__________________________
6. Persetujuan untuk melaksanakan keputusan akhir ini telah dicapai di antara kedua-dua belah
pihak. _________________________
7. Mereka berkawad di tengah padang demi untuk menghadiri pertandingan kawad kaki.
____________________________
8. Ramalan cuaca bagi hari ini yang dikatakan akan hujan adalah salah kerana cuaca sekarang
amat terik. _____________________________

KATA BILANGAN
1. Kata bilangan digunakan untuk menunjukkan jumlah sesuatu kata nama.
2. Yang berikut ialah panduan menggunakan kata bilangan.
Kata Keterangan Ayat contoh
bilangan
Kata untuk membilang manusia, haiwan, Ibu rnenjahit dua pasang baju kurung
bilangan dan benda yang sudah tentu dalam sehari.
tentu bilangannya seperti satu, dua.
Sepuluh, seratu, sejuta, dan
sebagainya.
Kata Untuk membilang manusia, haiwan, Beberapa orang murid dipanggil ke bilik
bilangan tak dan benda yang banyak tetapi guru kerana datang lewat ke sekolah.
tentu bilangannya tidak tentu seperti
beberapa, seluruh, segala, semua,
sesetengah, para, sekalian, sedikit,
dan sebagainya.
Kata Untuk membilang manusia, haiwan, Kedua-dua orang murid yang menyertai
bilangan dan benda yang banyak dalam pertandingan menulis esei itu memenangi
himpunan bentuk himpunan seperti kelima- hadiah untuk kategori masing-masing.
lima, berpuluh-puluh, beribu-ribu,
bertahun-tahun, dan sebagainya.
Kata Untuk membilang manusia, haiwan, Mangsa banjir di kawasan itu sudah boleh
bilangan dan benda yang banyak tetapi pulang ke rumah masing-masing.
pisahan terpisah seperti masing-masing,
tiap-tiap, setiap, dan sebagainya.
Kata Untuk membilang manusia, haiwan, Kakitangan syarikat itu menerima bonus
bilangan dan benda yang berpecah-pecah setengah bulan gaji sempena Hari Raya
pecahan seperti seperempat, setengah, dua Aidilfitri.
per tiga, dan sebagainya.
Kata Untuk bilangan yang tunggal dan Azlan memenangi tempat kedua dalam
bilangan jamak seperti pertama, kedua, pertandingan nyanyian itu.
tingkat ketiga dan sebagainya.

3. Lazimnya, kata bilangan hadir secara berpasangan dengan penjodoh bilangan.


4. Penjodoh bilangan digunakan selepas kata bilangan dan sebelum kata nama yang
mengikutinya.
5. Yang berikut ialah contoh penjodoh bilangan dan panduan penggunaannya.

Penjodoh Keterangan Ayat contoh


Bilangan
angkatan Untuk manusia atau benda yang Kerajaan menambahkan jumlah angkatan
berkelompok atau berkumpulan, tentera yang bertugas di Lubnan.
seperti polis, tentera pelukis dan
sebagainya
baris/ deret unluk benda atau manusla yang Pembinaan sebaris rumah kedai di Fasa 2
berbaris atau berderet seperti kerusi, Taman Salak Perdana telah diluluskan.
rneja, rumah. pokok, kedai. dan
sebagainya
batang untuk benda yang lurus, panjang Alimin memasukkan sabatang pen ke
atau pendek seperti sungai, pensel, dalam kotak pensel.
tongkat, galah, gigi, pen. tiang, jalan
dan sebagainya
bentuk untuk benda kecil yang berkeluk Ayah menghadiahi lbu sebentuk cincin
seperti mata kail, subang. cincin, sempena ulang tahun perkahwinan
dan sebagainya mereka.

berkas untuk benda yang diikat bersama- Nenek meraut seberkas daun kelapa
sama seperti kunci, kayu, lidi, dan untuk dijadikan penyapu lidi.
sebagainya
bidang untuk benda yang terbentang luas Encik Haikal membeli sebidang tanah
seperti tanah, kain, sawah, kebun. untuk dijadikan aset pada masa hadapan.
dan sebagainya
biji untuk buah-buahan atau benda- Dua biji epal itu dibahagikan sama rata
benda yang kecll seperti limau, kepada empat orang anaknya.
epal, guli, telur dan sebagainya
bilah untuk benda yang nipis dan Ayah mengasah sebilah pisau supaya
panjang seperti pisau. keris, parang. lebih tajam.
dan sebagaiya
buah untuk benda yang tidak tentu Puan Syazwin menghadiahi suaminya
bentuk atau jenisnya saperti kereta. sebuah komputer sempena ulang tahun
rumah, buku, kampung, komputer, kelahiran suaminya.
dan sebagainya
buku untuk benda yang berbongkah Amir membeli sebuku sabun mandi di
seperti roti, sabun, benang, dan Kedai Runcit Rosmiah.
sebagainya.
butir untuk barang-barang kecil yang Awin menggunakan lima butir telur
bulat seperti telur, peluru, manik, untuk membuat sebiji kek coklat.
beras dan sebagainya.
carik untuk sesuatu yang disiat atau lbu menggunakan secarik kain untuk
dikoyakkan seperti kain, kertas, dan membalut luka pada jari kakak.
sebagainya.
cubit untuk benda yang diambil dengan Ibu memasukkan secubit garam ke
menggunakan lbu jari dan jari dalam masakannya supaya lebih enak.
telunjuk seperti garam, kunyit dan
sebagainya
cucuk untuk barang yang ditusuk dengan Harga sepuluh cucuk sate daging di
lidi seperti sate gerai itu ialah RM8.00.
das untuk bunyi tembakan Kami terdengar beberapa das tembakan
di pinggir hutan itu.
ekor untuk haiwan Salbiyah memelihara seekor ikan pelaga
gelung untuk benda yang panjang dan Datuk membeli tiga gelung dawai untuk
bergulung seperti dawai. rotan, tali, dibuat ampaian.
dan sebagainya
genggam untuk benda yang digenggam lbu memasukkan segenggam gula ke
seperil padi, pasir, beras, dan dalam bubur kacang itu supaya lebih
sebagainya. enak.
gerombolan untuk beberapa orang yang Segerombolan lanun ditangkap ketika
berkumpul menjadi satu seperti menceroboh perairan negara.
penyamun, lanun, dan sebagainya
(kumpulan orang jahat)
gugus untuk benda yang banyak dalam Kakak menghidangkan dua gugus anggur
serangkai seperti anggur, kunci, semasa makan malam.
pulau, dan sebagainya
gulung untuk benda yang panjang dari Puan Hanisah mernbell dua gulung
bergulung seperti filem sijil, kertas, permaidani di Kedai Permaidani
permaidani, dan sebagainya. Hameed.
helai untuk benda nipis, lernbut, dan lebar lbu menyidai tiga helai kain batik di
seperti kertas, baju, kain. tuala. seluar, ampaian.
dan sebagainya
hiris untuk benda yang dipotong nipis Beberapa hiris timun dimasukkan ke
seperti bawang, timun, cili, dan dalam bungkusan nasi lemak itu.
sebagainya
ikat untuk benda yang diikat seperti Ibu membeli dua ikat petai di pasar tani.
sayur, papan, lidi, dan sebagainya.
jambak untuk benda yang berangkai seperti Kakak menerima sejambak bunga semasa
kunci, bunga, dan sebagainya. majlis konvokesyennya di Universiti
Putra Malaysia.
kaki untuk benda yang berkaki atau Nita mengeluarkan sekaki payung dari
bertangkai seperti payung, keretanya kerana hari hujan.
cendawan, dan sebagainya
kawan untuk kumpulan haiwan Datuk menghalau sekawan lembu yang
menceroboh kebun sayurnya.
keping untuk benda yang rata, pipih, atau Kakak menggunakan beberapa keping roti
nipis seperti roti, biskut, kad, dan untuk dibuat sandwic.
sebagainya
k e tu l untuk benda yang berketul dan padu Salina menggoreng beberapa ketul ayam
seperti ais, batu, daging yang goreng untuk adik-adiknya
dipotong, dan sebagainya
kuntum untuk bunga lbu memasukkan beberapa kuntum bunga
kantan ke dalam kuah laksa yang
dimasaknya.
laras untuk senjata api Beberapa laras pistol ditemukan di dalam
sebuah rumah di pinggir hutan itu.
lembar untuk benda yang panjang dan Selembar tali digunakan oleh abang untuk
halus atau yang luas bidangnya mengikat buku skrapnya
seperti tali, rambut, benang, kertas
dan sebagainya
naskah untuk bahan bacaan seperti Helmi melanggan senaskah majalah
buku, majalah, surat khabar, dan setiap bulan dari syarikat penerbitan buku
sebagainya yang terkenal.
orang untuk manusia seperti gadis, Beberapa orang murid menyertai aktiviti
juruterbang, hartawan, perkhemahan yang diadakandi padang
mahasiswa, dan sebagainya. sekolah.
pangsa untuk petak-petak atau Ayah meninggalkan dua pangsa durian
bahagian dalam buah-buahan untuk abang yang belum pulang dari
seperti durian dan sebagainya sekolah.
pasukan untuk sekumpulan orang yang Pasukan Pengakap telah memenangi
berpakaian seragam seperti acara perbarisan semasa hari sukan
polis, tentera, pengakap, dan sekolah diadakan.
sebagainya
patah untuk perkataan atau ungkapan Cikgu Aisyah meminta murid-murid
menyediakan karangan yang panjangnya
lebih daripada 180 patah perkataan.

pintu untuk bangunan yang Beberapa pintu rumah kedai di pekan itu
berderetan musnah dalam kebakaran yang berlaku
awal pagi tadi.
pucuk untuk surat dan senjata api Kakak menulis sepucuk surat untuk rakan
baiknya yang berada di New Zealand.
puntung untuk benda yang sudah Guru meminta murid-murid untuk
dikerat pendek seperti rokok, mengumpulkan beberapa puntung kayu
kayu api, dan sebagainya untuk dijadikan unggun api.
rangkap untuk puisi seperti pantun dan Setiap rangkap puisi yang dicipta oleh
syair Helmi mengandungi maksud yang
mendalam.
rawan untuk benda yang halus, labuh, Serawan jala yang ditebarkan oleh ayah
bersirat, seperti jala, pukat, telah tersangkut pada kayu.
jaring, dan sebagainya
ruas untuk benda yang mempunyai Abang membantu ayah memotong
ruas seperti buluh dan tebu beberapa ruas buluh untuk dibuat
lemang.
rumpun untuk tumbuhan yang tumbuh Di belakang rumah hafiz terdapat tiga
rapat-rapat seperti serai, rumpun serai.
pandan, buluh, dan sebagainya
sikat/sisir untuk buah pisang Aina membeli sesisir pisang untuk dibuat
pisang goreng.
tandan untuk buah yang bergugus atau Datuk memikul setandan pisang semasa
bertandan seperti kelapa, pulang dari kebun.
pisang, pinang, dan sebagainya
tangkai untuk bunga Tiga tangkai bunga mawar itu diterima
oleh kakak daripada kekasihnya.
tongkol untuk buah yang bertongkol Hisham membeli beberapa tongkol
seperti jagung jagung semasa berada di Cameron
Highland.
ulas untuk isi buah atau bahagian Ibu memasukkan beberapa ulas durian
buah yang berbiji-biji yang masam ke dalam bekas untk
dijadikan tempoyak.
untai untuk benda yang berangkaian Encik Kamarul menghadiahkan seuntai
seperti rantai, manik, dan rantai mutiara kepada isterinya.
sebagainya
urat untuk benda yang halus, kecil Ibu menghadiahkan dua urat gelang
dan panjang, dan sebagainya emas kepada anak bongsunya.

utas untuk benda yang panjang dan Abang Saiful memakai seutas jam
terurai seperti rantai dan tali tangan berjenama terkenal.

Kesalahan Lazim

Murid salah menggunakan kata bilangan tak tentu semua, banyak, dan sedikit
dengan penjodoh bilangan. Contoh:

x Semua pucuk surat itu untuk kakitangan Syarikat Maju Jaya.


/ Semua surat itu untuk kakitangan Syarikat Maju Jaya.

x Banyak biji buah epal dibeli oleh ayah semasa hendak ke rumah
nenek.
/ Banyak buah epal dibeli oleh ayah semasa hendak ke rumah
nenek.

x Ibu memasukkan sedikit cubit garam ke dalam masakan itu.


/ Ibu memasukkan sedikit garam ke dalam masakan itu.

Kata bilangan tak tentu tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan.
Latihan Pengukuhan
Garisi kata bilangan atau penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di
bawah ini.
1. Naufal membeli (dua, berdua-dua) batang pensel di kedai itu untuk digunakan semasa
peperiksaan nanti.
2. Pasukan sekolah telah mendapat tempat (setengah, pertama) dalam pertandingan bola baling
peringkat daerah semalam.
3. Dr. Fadzilah Kamsah akan menjelajah ke (beraneka, seluruh) negeri untuk memberikan
ceramah motivasi kepada remaja yang menyertai program Rakan Muda.
4. (Ribuan, Tiap-tiap) penonton telah memenuhi Stadium Bukit Jalil sejak petang tadi untuk
menyaksikan konsert mega Siti Nurhaliza.
5. Mak Cik Tom mempunyai (dua, kedua) orang anak perempuan yang sedang menuntut di
universiti di luar negara.
6. Zakuan mengutip beberapa (kumtum, helai) daun kering di dalam longkang itu lalu
memasukkannya ke dalam tong sampah.
7. Encik Razif membeli empat (kawan. ekor) ayam di pasar kerana saudaranya akan datang ke
rumahnya pada malam ini.
8. Pihak polis telah melepaskan beberapa (das, laras) tembakan ke udara sebagai amaran kepada
perompak yang cuba melarikan diri.
9. Ayah membeli dua (helai, bidang) tikar getah di pasar raya itu petang tadi untuk dijadikan
lapis lantai di rumah baharu kami.
10. Eng Tat menerima (sebuah, sepucuk) surat daripada abangnya yang sedang menuntut di New
Zealand.

Anda mungkin juga menyukai