Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA CADANGAN

KEM CELIK JAWI 2017


JASIN, MELAKA

Disediakan Oleh :

Ke Arah Mempersada Jawi


Ke Arah Pencapaian UPKK Terbaik >> 1
1. Pendahuluan

Jawi merupakan khazanah pendidikan negara sejak Islam menjadi anutan


rakyat negara Malaysia yang tercinta ini. Bumi Melaka menjadi saksi utama
bagaimana tulisan Jawi berjaya meletakkan tamadun Melayu ini di persada
dunia. Dukacitanya, pasca kemerdekaan negara tulisan Jawi semakin tenggelam
dan seakan dipinggirkan. Mutakhir ini penguasaan Jawi menjadi semakin
diutamakan dengan pelaksanaan UPKK yang merupakan instrumen penilaian
akhlak dan penghayatan ilmu Islam di kalangan anak-anak Islam seawal usia 11
tahun yang dijayakan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ). Maka
dengan meningkatnya penguasaan Jawi di kalangan murid, kecemerlangan para
pelajar di dalam UPKK akan menjadi kenyataan.

Kecemerlangan dalam UPKK juga menjadi pra-syarat kemasukan ke


sekolah-sekolah agama yang berprestij di Negeri Sembilan. Bahkan senario yang
berlaku di sekolah rendah hari ini menunjukkan kecemerlangan dalam UPKK
mampu menjana kecemerlangan dalam UPSR.

Justeru, program Kem Celik Jawi 2017 ini bukan sahaja mampu
memperkasakan tulisan Jawi di kalangan murid-murid bahkan boleh
menyumbang kepada kecemerlangan UPKK untuk semua calon UPKK 2018
daerah Jasin. Program ini sewajarnya dijadikan program anjuran tahunan sebagai
satu manifestasi komitmen jitu memartabatkan Jawi di samping mewujudkan
kejayaan dalam UPKK.

2. Anjuran

Ke Arah Pencapaian UPKK Terbaik >> 2


3. Objektif Program

1. Memperkasakan kemahiran membaca dan menulis tulisan Jawi.


2. Memberi pendedahan dan latihan kaedah Jawi kontemporari.
3. Mendedahkan kemahiran dan teknik menjawab soalan untuk peperiksaan.
4. Memupuk rasa seronok kepada murid-murid dalam pembelajaran Jawi.

4. Jadual Program

Tarikh : 25 November 2017 ( Sabtu )


Masa : 08.00 pagi – 05.00 petang
Tempat : Dewan Besar Masjid daerah Jasin ( penghawa dingin )
Kehadiran : 200 peserta
Yuran : RM 25

Masa Pengisian
07.00 pagi Persiapan Teknikal Program - AJK
08.00 pagi Pendaftaran Peserta
08.30 pagi Slot 1 – KENALI JAWI
10.30 pagi Rehat & Minum Pagi
11.00 pagi Slot 2 – JAWI DALAM UPKK
01.00 t.hari Makan Tengah Hari & Solat Zohor
02.00 petang Slot 3 – INTERAKTIF JAWI
04.00 petang Slot 4 – SUKANEKA JAWI
Majlis Perasmian Penutup :-
Ucapan Pegawai
04.30 petang Ucapan Perasmian Penutup
Penyampaian Hadiah & Cenderahati
5. AJK Pelaksana Program Minum Petang & Bersurai

Ke Arah Pencapaian UPKK Terbaik >> 3


Penaung

Pengarah

Timbalan Pengarah

Setiausaha

Bendahari

Unit Program
( Aturcara , Teks Acara, Taklimat )
( Pengerusi Majlis, Pembaca al-Qur’an, Pembaca Doa )

Unit Teknikal & Cenderahati


( Cenderahati, Sijil, Kit Peserta, Banner )
( Persiapan tempat, PA System, Parking )

Unit Makanan

Unit Keselamatan

Unit Pendaftaran & Sambutan Tetamu

6.Kewangan
Ke Arah Pencapaian UPKK Terbaik >> 4
Pendapatan

Yuran Murid RM 35 x 200 RM 5,000.00

BI PERBELANJAAN JUMLAH (RM)


L
01 Bayaran Konsultasi PUSAT MOTIVASI 3 PENCERAMAH 2,000.00
BENTARA AMAL 4 FASI
02 Sewa Dewan & Siaraya 500.00
03 Minum Pagi 250 orang x RM 3 750.00
04 Makan Tengah Hari 250 orang x RM 5 1,250.00
05 Minum Petang 250 orang x RM 2 500.00
06 Pengiklanan & Pengurusan Program 150.00
07 Sijil Penyertaan 200 x RM 1 200.00
08 Plak Penghargaan VIP & Penceramah 10 x RM 20 200.00
09 Banner Program 2 x RM 100 200.00
10 Kit Pelajar ( Fail, pen , bahan ceramah ) 250 unit x RM 5 1,250.00

JUMLAH KESELURUHAN 7,000.00

7.Penutup

Penganjur mengharapkan agar program ini mampu menjadi pemangkin


kepada penguasaan Jawi di kalangan murid-murid dan pencetus kejayaan calon-
calon UPKK 2018. Semoga usaha yang sedikit ini membuahkan hasil yang
membanggakan dengan peningkatan pencapaian calon UPKK 2018.

Disediakan oleh,

.............................................

Ke Arah Pencapaian UPKK Terbaik >> 5

Anda mungkin juga menyukai