Anda di halaman 1dari 8

Manual Pengguna Sistem e-PTG

Edisi ini terpakai pada ePTG versi 1.0 dan sah sehingga ianya digantikan dengan edisi terbaru.

© Hakcipta Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah 2022 Halaman | 1


Manual Pengguna Sistem e-PTG

KANDUNGAN

1.0 MENGENAI SISTEM .................................................................................................................................... 1


1.1 Mengakses Sistem ................................................................................................................................. 1
1.2 Pendaftaran Akaun................................................................................................................................ 2
1.3 Log Masuk Kali Pertama dan Verifikasi Akaun ...................................................................................... 4

Halaman | 2 © Hakcipta Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah 2022


Manual Pengguna Sistem e-PTG

1.0 MENGENAI SISTEM

1.1 MENGAKSES SISTEM

1. Akses sistem dengan memasukkan URL berikut kedalam pelayar web (Google Chrome, Mozilla Firefox,
Microsoft Edge, dsb.).

https://eptg.ptgkedah.gov.my/

Rajah 1.1.1 Halaman Utama Portal Perkhidmatan e-PTG

© Hakcipta Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah 2022 Halaman | 1


Manual Pengguna Sistem e-PTG

1.2 PENDAFTARAN AKAUN

1. Pendaftaran akaun adalah tidak diwajibkan sekiranya pengguna memilih untuk membuat urusan
berkenaan bayaran cukai tanah atau semakan perserahan. Kedua-dua urusan ini boleh dilakukan tanpa
mempunyai akaun berdaftar di dalam sistem e-PTG.
2. Namun untuk membuat urusan berkenaan carian persendirian dan carian rasmi serta urusan
perserahan, pengguna perlulah mempunyai akaun yang berdaftar dan log masuk kedalam sistem
terlebih dahulu. Jika masih belum berdaftar, pendaftaran perlulah dibuat sebelum sebarang urusan
yang melibatkan carian persendirian dan carian rasmi boleh dilakukan.
3. Untuk mendaftar, klik pada butang Log Masuk pada bahagian menu Log Masuk pada bahagian atas
sebelah kanan sistem.

Rajah 1.2.1 Menu Log Masuk e-PTG

4. Halaman log masuk sistem e-PTG akan dipaparkan. Klik pada butang Daftar Akaun untuk mendaftar.

Rajah 1.2.2 Daftar Akaun

Halaman | 2 © Hakcipta Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah 2022


Manual Pengguna Sistem e-PTG

5. Masukkan maklumat yang diperlukan pada setiap medan yang dipaparkan. Setelah selesai, klik pada
butang Daftar.

Rajah 1.2.3 Pendaftaran Maklumat Akaun

Nota:
Terdapat dua (2) pilihan Jenis Akaun yang perlu dipilih oleh pengguna iaitu sama ada Individu atau
Wakil Peguam. Pilihan jenis akaun ini akan menentukan pilihan carian yang akan dipaparkan kepada
pengguna semasa membuat Carian Persendirian atau Carian Rasmi.

6. Notifikasi pendaftaran akaun berjaya akan dipaparkan. Klik pada butang Kembali ke Laman Utama.

Rajah 1.2.4 Pendaftaran Akaun Berjaya

© Hakcipta Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah 2022 Halaman | 3


Manual Pengguna Sistem e-PTG

1.3 LOG MASUK KALI PERTAMA DAN VERIFIKASI AKAUN

1. Pada laman utama, klik pada butang Log Masuk. Sistem akan memaparkan halaman log masuk.
Masukkan maklumat emel dan kata laluan pada medan yang dipaparkan dengan menggunakan
maklumat ID yang telah didaftarkan dan kemudian klik pada butang Log Masuk.

Rajah 1.3.1 Log Masuk Sistem e-PTG

2. Halaman Dashboard akan dipaparkan. Jika pengguna log masuk buat kali pertama selepas pendaftaran,
notifikasi pemberitahuan untuk menyemak emel bagi tujuan verifikasi akaun ataupun pengesahan akan
dipaparkan.

Rajah 1.3.2 Notifikasi Semakan Emel Untuk Verifikasi

Halaman | 4 © Hakcipta Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah 2022


Manual Pengguna Sistem e-PTG

Nota:
Menu-menu pengguna sistem yang berdaftar tidak akan dipaparkan sehinggalah pengguna telah
mengesahkan pendaftaran akaun mereka.

3. Buka emel pengguna dan semak emel yang diterima dari e-PTG. Kemudian klik pada pautan yang
disertakan untuk mengesahkan pendaftaran akaun pengguna.

Rajah 1.3.3 Emel Verifikasi Akaun e-PTG

Nota:
Jika pengguna tidak menerima emel verifikasi ini selepas pendaftaran buat kali pertama, kembali
pada halaman Dashboard e-PTG dan klik pada pautan Hantar emel verifikasi baru? untuk menerima
semula emel verifikasi yang terbaru.

4. Notifikasi verifikasi dan pengaktifan akaun berjaya akan dipaparkan. Klik pada butang Kembali ke
Laman Utama dan log masuk semula untuk membuat urusan carian persendirian.

Rajah 1.3.4 Verifikasi Akaun Berjaya

© Hakcipta Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah 2022 Halaman | 5

Anda mungkin juga menyukai