Anda di halaman 1dari 1

Zuraidah Binti Ishak

Bandar Baru Bangi 4hb September 2023

Kepada:

Pengarah Syarikat
Onura Atelier
No.3 -39-01, Jln Medan Pusat Bandar,
Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi,
43650, Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Tuan

MEMOHON CUTI UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

02. Saya, Zuraidah Ishak merupakan salah seorang pembantu butik di Butik Onura Atelier ingin
memohon cuti pada 23hb September 2023 hingga 24 September 2023 (2 hari) bagi tujuan
menghadiri peperiksaan akhir semester Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tarikh tersebut.

03. Permohonan cuti ini adalah perlu kerana peperiksaan ini salah satu syarat utama untuk saya
lulus dan berjaya dalam pengajian Diploma Pengurusan Perniaagaan di UUM. Peperiksaan akhir
semester ini merupakan peperiksaan terakhir saya bagi pengajian Diploma ini.

04. Besarlah harapan saya untuk Tuan meluluskan permohonan cuti saya ini. Segala perhatian
dan pertimbangan yang diberikan amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan jutaan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

ZUE
………………………………………
Zuraidah Binti Ishak
Pembantu Butik Onura Atelier
Cawangan Bangi

Anda mungkin juga menyukai