Anda di halaman 1dari 5

Tajuk: Skrip Kejohanan Ragbi Super League 15’S

Tarikh: 27 Nov 2016(Ahad)


Masa: 2.30ptg-5.00ptg
Tempat : Kolej Vokasional Kuala Kangsar.

BI ACARA SKRIP CATATAN


L
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Salam 1 Malaysia,
Salam Perak Amanjaya
1. Yg Berusaha, Tn Hj Abd Rahim bin Kassim, Pengarah Kolej
Vokasional Kuala Kangsar.
2. Yang Berusaha, Pengarah-pengarah Kolej Vokasional.
3. Yang dihormati, Timb Pengarah Sokongan Akademik,
KVKK, En Rosly bin Ahmad Ramly.
4. Para Pengurus pasukan dan jurulatih.
5. Barisan urusetia kejohanan Ragbi Super League, Peringkat
1 Kata Alu-aluan
Kebangsaan.
6. Para peserta pertandingan.
7. Para pelajar yang dikasihi serta hadirin hadirat yang
dihormati.

Selamat datang kami ucapkan ke Kolej Vokasional Kuala Kangsar


sempena Kejohanan Ragbi KV Super League 15’S Peringkat
Kebangsaan Tahun 2016.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tiga hari kita berkampung di Kolej Vokasional Kuala


Kangsar untuk menjayakan kejohanan Ragbi KV Super League
pelbagai kenangan manis dan pahit telah kita lalui bersama-sama.
Pada hari ini kita akan menyaksikan kemuncak perlawanan
dengan menyaksikan pertandingan akhir Cup Ragbi KV Super
League 15 S antara pasukan
negeri........................................................bertemu pasukan
negeri...............................................................
Pembuka
2
Bicara
Sebelum kita menyaksikan pertandingan akhir yang akan
berlangsung sebentar lagi, kita akan menyempurnakan majlis
taaruf atau majlis bertemu muka antara pasukan yang bertanding
dengan tetamu jemputan.

Untuk itu majlis mempersilakan Yang Berusaha, Tn Hj Abd Rahim


bin Kassim, Pengarah KVKK bersama-sama tetamu jemputan
untuk turun ke arena untuk bertemu pasukan yang menjayakan
kejohanan pada tahun ini. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.
4 Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Abd Rahim bin Kassim dan

1
tetamu jemputan kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar
tadi.

Hadirin-hadirat yang dihormati.

Kini, kita akan menyaksikan pertandingan akhir Cup Ragbi KV


Perlawanan Super League 15’S Peringkat Kebangsaan antara Pasukan
5
Akhir negeri.......................................................................bertemu
pasukan negeri....................................................

Marilah sama-sama kita saksikan.


Hadirin sekalian,
6
Mohon kepada semua pasukan yang bertanding berkumpul
dihadapan astaka.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Salam 1 Malaysia,
Salam Perak Amanjaya
1. Yg Berusaha, Tn Hj Abd Rahim bin Kassim, Pengarah Kolej
Vokasional Kuala Kangsar.
2. Yang Berusaha, Pengarah-pengarah Kolej Vokasional.
3. Yang dihormati, Timb Pengarah Sokongan Akademik,
KVKK, En Rosly bin Ahmad Ramly.
Kata aluan
4. Para Pengurus pasukan dan jurulatih.
5. Barisan urusetia kejohanan Ragbi KV Super League,
Peringkat Kebangsaan.
6. Para peserta pertandingan.
7. Para pelajar yang dikasihi serta hadirin hadirat yang
dihormati.

Kata Kini kita telah sampai ke kemuncak kejohanan selama tiga hari
pembukaan bermula pada 26 Nov hingga 27 Nov 2016.

Pada petang ini kita akan menyempurnakan Majlis Penutupan


Kejohanan Ragbi KV Super League 15’S Peringkat Kebangsaan
Tahun 2016.

Pada petang ini kita akan menyampaikan hadiah dan cendermata


kejohanan kepada pasukan yang telah mewakili negeri masing-
masing.

Selama tiga hari kita menyaksikan sebanyak 12 pasukan telah


berentap untuk merangkul gelaran juara kejohanan ragbi KV
Super League 15 Sebelah Peringkat Kebangsaan 2016.

Antara pasukan yang bertanding ialah...

1. KV Arau yang mewakili negeri Perlis/Kedah

2
2. KV Seberang Perai mewakili negeri Pulau Pinang
3. KV Kuala Kangsar mewakili negeri Perak A
4. KV Slim River mewakili Perak B
5. KV Kerian mewakili Perak C
6. KV Shah Alam mewakili negeri Selangor/Kuala Lumpur
7. KV Kuala Klawang mewakli negeri Melaka/N.Sembilan
8. KV Tanjung Puteri mewakili negeri Johor
9. KV Kuala Krai mewakili negeri Kelantan
10. KV Kuala Terengganu mewakili negeri Terengganu
11. KV Sultan Ahmad Shah mewakili negeri Pahang.

Tahniah kepada semua pasukan yangmewakili negeri masing-


masing.

Hadirin sekalian,

Kita teruskan majlis dengan mempersilakan Yang Berusaha, Tn Hj


Ucapan Abd Rahim bin Kassim untuk menyampaikan ucapan sepatah dua
Perasmian kata dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Kejohanan
Ragbi KV Super League 15S Peringkat Kebangsaan tahun 2016.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Segulung ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha,


Tn Hj Abd Rahim bin Kassim kerana sudi menyempurnakan
penutupan Kejohanan Ragbi KV Super League 15’S Peringkat
Kebangsaan tahun 2016.

Jemputan Hadirin sekalian,


sampai hadiah
Kini kita sampai ke kemuncak majlis dengan menyempurnakan
majlis menabal juara Kejohanan Ragbi KV Super League 15’S
Peringkat Kebangsaan tahun 2016.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yg Dihormati, En Rosly bin


Ahmad Ramly Timb Pengarah Sokongan Akademik KVKK untuk
menjemput dan mengiringi Tn Hj Abd Rahim bin Kassim, Pengarah
KVKK untuk menyampaikan hadiah kejohanan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

3
Sampai Hadiah Hadirin sekalian,

1. Kita mulakan dengan penyampaian hadiah untuk Johan


Bowl

Dipersilakan pasukan dari negeri......................................

2. Seterusnya dipersilakan Johan Plate iaitu dari pasukan


negeri..............................................
3. Seterusnya tempat ke-4 Cup dari Pasukan
negeri ....................................
4. Kita teruskan dengan mengumumkan tempat ke-3 Cup
dirangkul oleh pasukan dari
negeri ..........................................
5. Kini kita jemput pasukan yang telah berjaya merangkul
naib Johan Cup. Dipersilakan pasukan dari
negeri ......................................
Hadirin sekalian, kini kita akan umumkan pasukan yang telah
berjaya merangkul Johan Cup Kejohanan Ragbi KV Super League
15’S Peringkat Kebangsaan tahun 2016. Dipersilakan pasukan dari
negeri......................................................

Pasukan ..............................................................juga akan


membawa pulang piala kejohanan yang disumbangkan oleh Tn Hj
Abd Rahim bin Kassim, Pengarah KV Kuala Kangsar

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Abd Rahim bin Kassim dan


En Rosly bin Ahmad Ramly kerana sudi menyampaikan hadiah.

Hadirin sekalian, dengan sempurnya majlis penyampaian hadiah


sebentar tadi maka tamatlah sudah Kejohanan Ragbi KV Super
League 15’S Peringkat Kebangsaan tahun 2016.

Kepada pasukan yang berjaya ucapan tahniah diucapkan dan


kepada pasukan yang tidak berjaya Insya Allah tahun hadapan
berentap lagi.

Saya dengan ini memohon mengundur diri. Salah dan silap harap
dimaafkan dari barisan urusetia kejohanan. Bak kata orang

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,

4
Kemaafan jua kami pohonkan

Wabillahitaufik wal hidayah wasalamualaikum wbt. Sekian, terima


kasih

Anda mungkin juga menyukai