Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN SEPAKAN PENALTI


TERBUKA

ANJURAN
AKADEMI LI CHI
DENGAN KERJA SAMA
UMNO BAHAGIAN
2021

DISEDIAKAN OLEH:
RIZAL BIN SUSAH
AKADEMI LI CHI
1. PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti sukan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan juga
mewujuddkan semangat kesukanan untuk penduduk sekitar Segamat, ia dikelolakan oleh Ahli
Jawatankuasa Akademi Li Chi. Pertandingan ini akan disertai oleh penduduk disekitar dan juga
mungkin dari luar daerah Segamat. Setiap pasukan menyenaraikan 5 pemain. Pertandingan ini
akan diadakan di padang Akedemi Li Chi, Kg Abdullah, Segama.
Aktiviti ini diadakan selaras dengan dasar kerajaan untuk mewujudkan semangat kesukanan
dikalangan rakyat.

2. OBJEKTIF

Adalah diharapkan pada akhir kejohanan ini, para peserta dan juga Parti UMNO dapat:

2.1.Merasai pengalaman, kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah


pertandingan.
2.2.Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
2.3.Mendekati penduduk terutama golongan muda untuk menarik minat mereka pada Parti
UMNO.
2.4.Pelbagai jenis program lain dapat dijalankan semasa pertandingan ini diadakan.
2.5.Melalui program sebegini, Pihak Parti lebih mudah untuk mendekati rakyat terutama
golongan muda.

3. TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh Pertandingan: /12-1/2021/2022

Hari:
Tempoh pelaksanaan: 1 Hari

4. ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

Bil. Perkara Kuantiti Anggaran Jumlah (RM)

1 Hadiah Johan = RM1050.00 + Medal + Piala Pusingan RM2500.00


Naib Johan = RM550.00 + Medal
Ke 3 dan Ke 4 = RM250 + Medal

2 Pengadila 4 Orang 4 x RM200.00 = RM800.00


n

3 Minuman 16 kotak air mineral 16 x RM12.00= RM 192.00

4 Rencam Perbelanjaan tak terduga RM 300.00

Jumlah RM3792.00

11.0 PENUTUP

Program yang terancang seperti ini dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada semua penggerak
bola sepak. Semangat kesukanan yang tinggi dapat dibentuk didalam setiap peserta dan juga
semangat setiakawan dan toleransi akan dapat dipupuk. Dengan adanya kerjasama dan komitmen
yang tinggi di kalangan Ahli Parti UMNO, program seumpamanya juga dapat mendekatkan lagi hati
rakyat kepada parti terutama golongan muda. Adalah diharapkan cadangan ini dapat berjalan
dengan lancar demi merealisasikan matlamat kita iaitu mempupuk semangat kesukanan dan juga
secara tidak langsung hubungan yang baik antara Parti dan juga Rakyat dapat dieratkan.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Anda mungkin juga menyukai