Anda di halaman 1dari 8

Kejelasan dan Ketepatan Leksikon Dalam Konteks

Berdwibahasa

Oleh
Dr. Hajah Dayang Fatimah Binti Haji Awang Chuchu
Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Brunei Darussalam

PENGENALAN
Multi bermakna pelbagai atau beraneka dan apabila digabungkan
dengan bahasa iaitu multibahasa ia berkonotasi pelbagai bahasa
atau aneka bahasa. Apabila dihubungkan dengan keupayaan
berbahasa sosiolinguis sering mendefinisikan bahawa jika di
perngkat individu ia adalah merujuk kepada keupayaan seseorang
menguasai lebih daripada dua bahasa manakala di peringkat
masyarakat pula multibahasa merujuk kepada masyarakat yang
menguasai keupayaan bahasa dua bahasa atau lebih (Crystal
1990). Memang tidak dapat disangkal bahawa keupayaan dalam
multibahasa itu adalah sangat signifikan. Tidak kira dalam apa
bahasa jua pun ia tetap mendatangkan manfaat kepada
penggunanya. Ini kerana bahasa adalah wahana komunikasi yang
sangat efektif dalam menyampaikan atau metransmisi mesej,
maklumat, ilmu, budaya dan sebagainya. Memang adalah lebih
baik jika kita memperolehi sesuatu maklumat, ilmu pengetahuan
sesuatu masyarakat itu daripada bahasa masyarakat penuturnya
kerana bahasa itu adalah alat memanifestasi budaya (Strauss
1961). Multibahasa yang melibatkan keupayaan dalam bahasa
antarabangsa atau bahasa global adalah lebih bermanfaat
terutama sekali di era globalisasi yang serba pantas dan tangkas
ini kerana ia akan memudahkan dan memperluaskan sertakan
mempertingkatan jangkauan hubungan komunikasi kita di
lanskap dunia.
PROSIDING SETALING II

Kepentingan Bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa ilmu, bahasa


moden, bahasa antarabangsa dan bahasa global memang tidak
dapat kita nafikan..Diukur atau dinilai dari segi poliglosik,
Bahasa Inggeris sering menempati kedudukan utama berbanding
bahasa-bahasa lain. Ini bersesuaian dengan peranannya sebagai
bahasa antarabangsa. Dalam konteks pendidikan umpamanya di
mana-mana negara pun di dunia ini terdapat pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Inggeris atau dalam Bahasa Inggeris.Ini
merupakan suatu fenomena yang memanifestasi betapa
signifikannya peranan dan penggunaan bahasa tersebut di persada
global. Dasar pengajaran dan pembelajaran juga melibatkan
penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya. Dalam Sistem
Pendidikan Dwibahasa umpamanya pengajaran bagi mata-mata
pelajaran berpengantar Bahasa Inggeris adalah bermediakan
bahasa tersebut sepenuhnya.
Dalam situasi di Negara Brunei Darussalam, Sistem
Pendiikan Dwibahasa telah dilaksanakan pada tahun 1985.
Dalam polisi sistem pendidikan tersebut pengajaran dan
pembelajaran harus dipraktikkan secara monolingual iaitu sama
ada dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris bergantung
kepada mata-mata pelajaran yang diajarkan (Government of
Brunei 1985). Berdasarkan polisi ini bermakna bahasa pengantar
sama ada Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris semestinya
tidak boleh dicampurkan atau dialih kod kepada Dialek Melayu
Brunei, Bahasa Melayu Standard dan sebagainya sama ada secara
terjemahan mahupun keterangan lanjutan
Namun dalam situasi dwibahasa ini sering berlaku
percanggahan dengan apa yang telah dinukilkan dalam polisi
pendidikan di mana guru mahupun pelajar mempraktikkan
kedua-dua kod dalam interaksi pendidikan mereka. Dalam
konteks berdwibahasa ini kod yang dicampuradukkan sama ada
berpola terjemahan mahupun keterangan lanjutan baik dalam
bentuk intrayat atau interayat mempunyai alasan, signifikasi atau
justifikasi tertentu. Dalam kertas kerja ringkas ini fokus bicara
akan ditumpukan kepada aspek kejelasan dan ketepatan leksikon
Perbincangan berfokus kepada aspek leksikon dan frasa ini
adalah berlandaskan data kajian kes yang dilakukan di salah

227
PROSIDING SETALING II

sebuah sekolah rendah di Daerah Brunei dan Muara beberapa


tahun yang lalu (Fatimah 2001 & 2006).

KEJELASAN DAN KETEPATAN LEKSIKON DALAM


KONTEKS BERDWIBAHASA
Apa yang diperlukan oleh pelajar dalam pembelajaran mereka
ialah perbendaharaan kata dan struktur ayat. Seperti yang kita
maklumi dalam konteks pendidikan di negara kita Bahasa
Inggeris merupakan bahasa kedua (L2) meskipun bahasa tersebut
mendominasi domain pendidikan. Sebagai bahasa kedua atau
mungkin bahasa ketiga (L3) kepada pelajar tertentu lazimnya
terdapat kesukaran atau kekangan dalam memahami maklumat,
ilmu atau mesej yang disampaikan oleh guru mereka.Selain itu
mereka juga mempunyai masalah atau kesukaran serta kekangan
dalam pengungkapan disebabkan penguasaan perbendaharaan
kata serta pembinaan ayat yang terhad (Fatimah 2001 & 2006).
Ini boleh menyebabkan mereka agak pasif kurang mendapat
pemahaman yang efektif. Perkara ini memang disedari maka dari
itu sering berlaku alih kod yang sekali gus mewujudkan konteks
dwibahasa dalam satu wacana pendidikan yang pada teorinya
seharusnya tidak sepatutnya berlaku.
Di samping bahasa kedua para pelajar memiliki bahasa
pertama (L1) mereka dan kecekapan menguasai bahasa ini adalah
lebih baik berbanding bahasa kedua. Ini bermakna tatabahasa
polilkek mereka lebih baik dalam bahasa pertama. Menyedari
adanya dikotomi dan adanya perbendaharaan kata dalam
inventori bahasa pertama mereka maka ada pewajarannya untuk
menggunakan variasi yang diubah suai berdasarkan kaedah nahu
terjemahan meskipun kaedah ini sudah tidak digunakan lagi.
Kaedh nahu terjemahan dipraktikkan pada tahun 1850 hingga
tahun 1950an. (Lowe 2003) Dengan mengaplikasikan kaedah ini
ke dalam pengajaran dan pembelajaran lazimnya perkataan atau
frasa dalam sesuatu bahasa umpamanya Bahasa Inggeris
diterjemahkan dengan memberikan padanan leksikal dalam
Bahasa Melayu Standard atau Dialek Melayu Brunei.
Memandangkan Bahasa Melayu Standard adalah juga dikuasai
melalui persekolahan dan bukan variasi Bahasa Melayu yang
berperanan sebagai bahasa pertama pelajar maka variasi yang

228
PROSIDING SETALING II

sering menjadi sasaran ialah Dialek Melayu Brunei kerana variasi


bahasa ini adalah menjadi bahasa pertama dan difahami oleh
majoriti Pelajar.
Antara persoalan yang ingin difokuskan di sini ialah
perbendaraan kata yang bagaimanakah yang sering menjadi
sasaran terjemahan? Frasa bagaimana? Adakah variasi
sedemikian dipraktikkan sewenang-wenangnya atau dalam
situasi yang terkawal. Apakah alasan atau justifikasi yang
menyebabkan kewujudan alih kod berpola terjemahan yang
dihasilkan melalui kaedah nahu terjemahan ini?
Alih kod dalam bentuk terjemahan ini sebenarnya boleh
berlaku dalam semua mata pelajaran sama ada aliran sains seperti
Sains dan Matematik mahupun sastera iaitu Geografidan Bahasa
Inggeris. Daripada kajian yang telah dilakukan didapati bahawa
alih kod jenis ini berfrekuensi tinggi dalam mata pelajaran Sains
berbanding mata-mata pelajaran yang lain umpamanya
Matematik. Ini disebabkan terdapat lebih banyak istilah teknikal
dalam mata pelajaran Sains terutama yang melibatkan objek atau
peristiwa yang tidak dilustrasi dengan gambar atau yang tidak
boleh diatasi dengan bahan bantu mengajar. Antara contoh yang
dialih kod dalam mata pelajaran Sains misalnya `reflected ray’
diterjemahkan sebagai `mangantul samula’, `mammal’ diberi
padanan leksikal dalam bentuk frasa `binatang berdarah panas’,
`pupil’ diberi terjemahan sebagai `mata itam tangah-tangah’,
`luminous’ diterjemahkan sebagai `memberi cahaya’, `one
offspring’ diberi terjemahan `saikur saja’(Fatimah 2001 & 2006).
Disebabkan inventori perbendaharaan kata pelajar dalam
bahasa pertama misalnya Dialek Melayu Brunei adalah lebih baik
maka kekerapan alih kod sama ada berbentuk terjemahan
mahupun keterangan lanjutan adalah lebih berkecenderungan
daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu iaitu variasi
standard dan bukan standard.
Alih kod melibatkan semua golongan kata iaitu kata
nama, kata kerja, kata adjektif dan kata fungsi dan ianya tidak
terhad kepada istilah teknikal sahaja malah meliputi kata-kata
biasa yang difirkan sesuai untuk dialih kod. Antara contohnya
ialah

229
PROSIDING SETALING II

` Spit’ - `tali buntak’ `to bring peace’ - `mendamaikan,


mengamankan’
`sharp nose’ - `tupap, inda mancung’, `tired’ - `duka’, `inda
fresh’, `like a beach’ - `macam pantai’, `waterfall’ -`aing
tarajun’, `highland’ - `tanah tinggi’, `machinery’ - `jentera’
`vehicle’ - `kenderaan’, `light’ - `cahaya’, `situated’ -`terletak’,
`hair’ -`rambut’, `if’ - `kalau’, `three’- `tiga’, `eyelashes’- `bulu
mata’, `incident ray’ – `cahaya yang mula-mula’, `huge of
woods’ - `kayu yang banyak-banyak’.

Ada antara padanan leksikal yang diberikan adalah salah


dan tidak tepat misalnya perkataan `hair’ diterjemahkan atau
dialih kod sebagai rambut adalah salah dan tidak tepat sama
sekali kerana dalam konteks ini ia merujuk kepada `bulu roma’.
Seperti yang kita maklumi bahawa dalam Bahasa Melayu, kita
membezakan antara rambut dengan bulu namun dalam Bahasa
Inggeris memadai dengan perkataan `hair’ sahaja. Begitu juga
dengan perkataan `tired’ yang dipadani dengan frasa ` inda fresh’
atau `duka’ adalah tidak tepat walaupun mempunyai kaitan
dengan makna `tired’. Maka adalah lebih baik memberikan
padanan langsungnya iaitu `letih’ atau `ngalih’ dalam Dialek
Melayu Brunei. `Huge of woods’ sebenarnya adalah tidak
gramatis kerana tidak dilengkapi dengan penjodoh bilangan
seperti `stack’ dan perkataan `woods’ sepatutnya `wood’ dan
padanan leksikalnya juga adalah tidak tepat. Salah satu objektif
alih kod dengan menggunakan kaedah nahu terjemahan ialah
untuk mempercepatkan pemahaman dan klarifikasi. Namun
dengan memberikan terjemahan terutama yang berbentuk
padanan leksikal yang salah atau tidak tepat akan menjejaskan
keberkesanan objektif tersebut. Pelajar telah dibekali dengan
inventori perbendaharaan kata dalam bahasa pertama dan dengan
memberikan padanan leksikal dalam bahasa pertama akan
memudahkan pelajar memahami makna perkataan yang
disampaikan. Dari itu kejelasan dan ketepatan leksikon adalah
penting dalam konteks berdwibahasa melalui alih kod ini.
Berdasarkan kajian secara temu bual dan kaji selidik
yang dilakukan (Fatimah 2001 & 2006) terdapat beberapa
justifikasi atau alasan mengapa guru atau pentadbir sekolah perlu
beralih kod sama ada secara terjemahan atau sebaliknya. Ini ada

230
PROSIDING SETALING II

hubungannya dengan kejelasan dan ketepatan leksikon ketika


beralih kod. Antara justifikasi tersebut adalah seperti berikut:

• Untuk memudahkan dan mempertingkatkan pemahaman


terutama sekali di kalangan pelajar yang lemah dari segi
pencapaian akademiknya.
• Untuk menjimatkan waktu agar selari dengan kerangka
waktu atau kehendak sukatan pelajaran.
• Untuk mendapatkan tindak balas yang lebih baik dan
memberangsangkan.
• Untuk memperkaya perbenbendaharaan kata pelajar.
• Untuk mengatasi kesukaran penjelasan terhadap
perkataan-perkataan atau istilah-istilah yang sukar
difahami.
• Untuk mentransmisi ilmu dengan berkesan.
• Untuk mendapatkan makna yang tepat.
• Untuk memudahkan komunikasi.

Walaupun dalam kaedah nahu terjemahan media


penyampai pengajaran adalah dalam bahasa pelajar misalnya
pelajar Melayu belajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu
tetapi dalam konteks ini kita hanya mempraktikkannya pada
masa-masa tertentu. Misalnya jika terdapat istilah atau perkataan
yang susah untuk dijelas dan sukar difahami apabila dijelaskan
dalam bahasa kedua. Ini juga ada kaitannya dengan justifikasi
yang diperolehi daripada informan.
Setakat mana terjemahan ini dibenarkan dan diperlukan
dalam Sistem Pendidikan Dwibahasa. Secara teorinya seperti
yang tercatat dalam Polisi Sistem Pendidikan Dwibahasa
memang tidak dinyatakan bahawa beralih kod sama ada secara
terjemahan mahupun secara keterangan lanjutan adalah
dibenarkan atau diperbolehkan. Namun pada praktiknya
disebabkan keadaan mendesak atau situasi tertentu maka salah
satu strategi yang agak lazim dan signifikan adalah dengan
beralih kod. Lazimnya daripada bahasa kedua kepada bahasa
pertama kerana kesukaran memahami lebih cenderung kepada
bahasa kedua. Namun terjemahan yang tidak perlu hendaklah
dielakkan sama sekali. Alih kod dalam bentuk terjemahan dan

231
PROSIDING SETALING II

sebagainya sewajarnya hanya diaplikasi dalam keadaan terdesak


atau sebagai strategi dan langkah terakhir dalam penyampaian
informasi atau ilmu.
Dalam konteks berdwibahasa, meskipun beralih kod
secara terjemahan atau keterangan lanjutan dipraktikkan atas
alasan-alasan tertentu tetapi mestilah tidak sewenang-wenang
dan hendaklah dalam situasi terkawal. Ini sangat penting kerana
ditakuti para pelajar akan berfikir dalam bahasa mereka (L1)
umpamanya Bahasa Melayu disebabkan terlalu banyak
terjemahan dalam Bahasa Melayu. Ini akan melemahkan
kecekapan dan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Sedangkan
keupayaan dalam bahasa tersebut sangat signifikan atau mereka
boleh menjadi separuh mahir atau `semilingual’.

KESIMPULAN
Keupayaan dwibahasa atau multibahasa itu sangat signifikan
terutama sekali di era globalisasi ini. Lebih banyak bahasa yang
kita kuasai maka lebih banyak peluang untuk memperolehi ilmu
kita miliki lebih-lebih lagi jika keupayaan dwibahasa atau
multibahasa kita itu melibatkan bahasa antarabangsa atau bahasa
global umpamanya Bahasa Inggeris.
Dalam domain pendidikan, meskipun Bahasa Inggeris
mendominasi media penyampai pengajaran dan pembelajaran
tetapi disebabkan fungsinya sebagai bahasa kedua maka ia sering
digandingkan dengan bahasa pertama iaitu Bahasa Melayu
umpamanya dan ini dipraktikkan dalam alih kod yang berpola
terjemahan secara memberikan padanan leksikan atau deskripsi
serta keterangan lanjutan. Salah satu faktor utamanya ialah untuk
kejelasan dan ketepatan makna. Dari itu ketepatan padanan
leksikal adalah sangat penting dalam konteks komunikasi
dwibahasa ini. Namun dalam situasi tertentu terdapat kesilapan
dan kesalahan dalam memberikan padanan leksikal malah
melibatkan sumber yang salah atau tidak tepat. Ini akan
menjejaskan pemahaman yang efektif, kejelasan dan ketepatan
makna serta leksikon.
Alih kod bersifat terjemahan ini tidak hanya melibatkan
istilah-istilah teknikal tetapi meliputi perkataan-perkataan biasa
dan merangkumi semua golongan kata namun ia lebih kerap
berlaku kepada kata nama. Terjemahan sewajarnya dilimitasi dan

232
PROSIDING SETALING II

hanya dilakukan jika sangat diperlukan iaitu dibatasi oleh


keadaan terkawal kerana terlalu banyak terjemahan akan
melemahkan kecekapan dan keupayaan Bahasa Inggeris mereka
dan ia juga menggalakkan mereka berfikir dalam bahasa pertama
sedangkan mereka seharusnya berfikir langsung daripada bahasa
kedua iaitu Bahasa Inggeris.

Rujukan:
Crystal, David. (1990) The Dictionary of Phonology and
Linguistics. London: Oxford.
Dayang Fatimah Binti Haji Awang Chuchu. (2006) Code-
Switching in A Multilingual Environment. Tanjung
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Fatimah Binti Haji Awang Chuchu, Hajah Dayang. (2001). Code-
Switching in The Bruneian Classroom: A Linguistic and
Sociolinguistic Perspective. Unpublished PhD Thesis.
Lowe, Charles. (2003). Integration Not Eclecticism: A Brief
History of Language Teaching, 1853 – 2003. Dalam
Linguistics and Language Teaching. ADFL Bulletin.

233

Anda mungkin juga menyukai