SUKU KATA
1. Definisi:
Bunyi atau urutan bunyi yang mempunyai
satu puncak kelantangan. Kelantangan
bermaksud nilai yang lebih ketara, nyaring,
panjang berbanding nilai yang terkandung
dalam bunyi yang lain.
Dalam bahasa Melayu, bunyi yang lantang
atau bunyi penanda suku kata berupa bunyi
vokal, seperti dalam kata <buku>, <sah>,
<kulit>. Dalam bahasa Inggeris, suku kata
boleh ditandai oleh kehadiran bunyi vokal
dan bunyi konsonan yang mempunyai nilai
vokalik. Penanda suku kata yang diwakili
oleh nilai vokalik pada bunyi konsonan ialah
<little>, dan <button>.
2. Struktur:
Struktur suku kata dalam bahasa Melayu
ialah (K)V(K). Struktur ini dapat diperluas
kepada pola-pola yang berikut:
V seperti pada <a + ku >, <di + a>
VK seperti pada <as + li>, <bu +at>
KVK seperti pada <tam + bah>, <pan
+ tas>
KV seperti pada <li + pas>, <be + li>
3. Istilah untuk konsonan yang merupakan
unsur suku kata. Jika konsonan itu
membuka suku kata, ia dipanggil ONSET
seperti <s> dan <p> dalam kata <sa + pu>,
dan jika menutup suku kata, ia dipanggil
KODA seperti <s> dan <k> dalam kata <as +
li> dan <pu +aku>.
4. Istilah untuk puncak kelantangan yang
diwakili oleh vokal dalam bahasa Melayu
dipanggil NUKLUS. Jadi, vokal <a> dan <u>
dalam kata <baku> merupakan nuklus bagi
masing-masing suku kata pertama dan suku
kata akhiur dalam kata tersebut.
5. Dari segi binaan, suku kata dibentuk oleh
ONSET dan RITMA. Ritma dibentuk oleh
NUKLUS dan Koda. Pembentukan ini dapat
digambarajah seperti berikut:
SK
ONSET RITMA
NUKLUS KODA