Anda di halaman 1dari 2

KVK Tutorial Centre (PG0509652-H)

No. 30, Lorong Aman Jaya, Taman Aman Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel: 012-2105199

STPM Kertas 1 Set KVK 2:


Soalan 5 Jawapan yang dicadangkan

(a) Akaun tergantung adalah satu akaun sementara yang diwujudkan bagi mengimbangkan imbangan
duga atau penyata kedudukan kewangan. Ini diperlukan kerana kesilapan ketara telah berlaku dan
ia tidak dapat dikesan sebelum penyediaan imbangan duga atau penyata kedudukan kewangan.
Akaun tergantung akan tutup dengan sendirinya apabila semua kesilapan ketara diperbetulkan.

(b) Prosedur pembetulan kesilapan:

(i) Kesilapan ketara yang dikesan sebelum penyediaan imbangan duga boleh diperbetulkan
dengan pembetulan dibuat terus ke dalam akaun yang terlibat. Misalnya, jika amaun di
bahagian debit akaun belian adalah salah, amaun yang salah itu dibatalkan dan menulis amaun
yang betul di atas. Kerani yang membuat pembetulan ini perlu menandatangani pada tempat
pembetulan itu dibuat.

(ii) Kesilapan ketara yang dikesan selepas penyediaan imbangan duga mestilah diperbetulkan
melalui akaun tergantung. Pembetulan akan melibatkan akaun tergantung dan satu lagi akaun
di mana pembetulan diperlukan. Misalnya, urus niaga belian kredit direkodkan di akaun belian
sahaja. Pembetulan yang perlu dibuat adalah dengan mendebitkan akaun tergantung dan
mengkreditkan akaun belum bayar dengan amaun yang terlibat.

(iii) Kesilapan ketara yang dikesan selepas penyata kedudukan kewangan disediakan mestilah juga
diperbetulkan melalui akaun tergantung. Pembetulan akan melibatkan akaun tergantung
dengan satu akaun lain. Akaun lain ini boleh merujuk kepada akaun pelarasan untung (jika
akaun yang diperbetulkan merujuk kepada hasil atau belanja) atau akaun aset atau liabiliti.
Akaun pelarasan untung akan ditutup ke akaun modal pada akhir proses pembetulan.
Misalnya, bahagian debit akaun belanja sewa dilebih catat. Pembetulan yang dibuat adalah
dengan mendebitkan akaun tegantung dan mengkreditkan akaun pelarasan untung dengan
amaun yang dilebih catat.

(c) (i) Catatan jurnal am:

Tarikh Butir Debit Kredit


2020 RM RM
Mei 31 Pelarasan untung 98
Utiliti belum bayar 98
(Merekod pembetulan kesilapan
ketinggalan catatan satu urus niaga)
Pelarasan untung 850
Pelupusan kenderaan 850
(Merekod pembetulan kesilapan prinsip)

Susut nilai terkumpul kenderaan 11,340


Pelupusan kenderaan 1,460
Kenderaan 12,800
(Merekod nilai bersih kenderaan
dilupuskan)

www.kvk-accounting.com 1
KVK Tutorial Centre (PG0509652-H)
No. 30, Lorong Aman Jaya, Taman Aman Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel: 012-2105199

Pelarasan untung 610


Pelupusan kenderaan 610
(Merekod rugi dari jualan kenderaan)
Akaun tergantung 1,875
Ambilan (2,400/128 x 100) 1,875
(Merekod jualan inventori secara tunai)
Pelarasan untung (768/128 x 100) 600
Inventori 600
(Merekod pembetulan inventori akhir yang
terlebih nilai)
Insurans prabayar 120
Pelarasan untung 120
(Merekod pembetulan pengiraan insurans
prabayar)
Pelarasan untung (660 – 528) 132
Peruntukan hutang ragu 132
(Merekod pembetulan pengiraan
peruntukan hutang ragu)
Pelarasan untung 260
Akaun tergantung 260
(Merekod pembetulan kesilapan ketara)
Akaun belum bayar 84
Akaun tergantung 84
Pelarasan untung 168
(Merekod pembetulan kesilapan ketara)

(ii) Penyediaan semula draf penyata kedudukan kewangan

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mei 2020


RM RM
Aset bukan semasa Ekuiti pemilik
Kenderaan pada kos 55,600 Modal awal 28,658
Susut nilai terkumpul (20,940) Untung bersih 23,772
Ambilan (4,925)
Aset semasa
Inventori 8,000 Liabiliti bukan semasa
Akaun belum terima bersih 12,540 Pinjaman 10,000
Insurans prabayar 360
Bank 7,468 Liabiliti semasa
Akaun belum bayar 4,741
Gaji belum bayar 684
Utiliti belum bayar 98
63,028 63,028

www.kvk-accounting.com 2

Anda mungkin juga menyukai