Anda di halaman 1dari 8

PENGURUSAN ACARA SUKAN

(HSK 111)

TAJUK KERTAS KERJA:


TUGASAN INDIVIDU (‘Le De Tour UiTM Machang)

DISEDIAKAN OLEH:
NUR SASABILLA BINTI AMRAM
(2023374605)

DISEDIAKAN KEPADA:

PUAN SITI SUZIYAH BINTI CHE OMAR


TUJUAN
Tujuan kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta
permohonan peruntukan kewangan daripada Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi
program ‘Le De Tour Machang’ yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Persatuan Pelajar
Kursus Pengurusan Acara Sukan. Program ini akan diadakan pada 30 November 2021
yang bertempat di UiTM Cawangan Kelantan.

PENGENALAN
Program berbasikal ‘Le De Tour UiTM Machang’ adalah anjuran dari Unit Kokurikulum
Persatuan Pelajar Kursus Pengurusan Acara Sukan Universiti Teknologi Mara Kampus
Machang. Program ini diadakan di UiTM Kampus Machang. Program berbasikal ini ditujukan
khas kepada mahasiswa yang berada di Kampus UiTM Machang. Tujuan program ini
dianjurkan adalah untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat disamping dapat mengeratkan
ikatan hubungan silaturrahim dalam kalangan para mahasiswa dengan harapan dapat
meningkatkan produktiviti dan kualiti para mahasiswa di UiTM Kampus Machang ini.
Selain itu, para mahasiswa di UiTM Kampus Machang akan mendapat pengalaman dan
kenangan yang berharga apabila aktiviti berbasikal ini diadakan. Program berbasikal ini juga
akan dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan A dan kumpulan B.
Kumpulan A dinamakan sebagai ‘Boys Cycling’ manakala kumpulan B pula dinamakan
sebagai ‘Girls Cycling’. Dengan itu, kumpulan A terdiri daripada mahasiswa yang akan
berbasikal sejauh 10 km sekitar bandar Machang manakala kumpulan B pula terdiri daripada
mahasiswa yang akan berbasikan sejauh 5 km. Pembahagian kumpulan adalah berdasarkan
keupayaan fizikal peserta para pelajar dan kestabilan di antara mahasiswa dan mahasiswi. Oleh
itu, melalui program berbasikal ini banyak kemahiran dan pengalaman dapat dikuasai oleh para
pelajar khususnya dapat mengamalkan amalan gaya hidup yang sihat serta dapat menjadi
seorang pelajar yang proaktif terhadap sukan.

OBJEKTIF
 Memupuk semangat kerja berpasukan antara mahasiswa dalam menjayakan aktiviti
tersebut.
 Membentuk sifat kepimpinan mahasiswa melalui aktiviti yang dijalankan.
 Memangkinkan untuk membentuk satu modul pembelajaran dalam aktiviti
kokurikulumdi university supaya dapat diterapkan kepada mahasiswa.
 Dapat meningkatkan daya tahan kardiovasular.
 Untuk meningkatkan motivaasi dan disiplin diri dalam kalangan mahasiswa.
ANJURAN:
Pertandingan ini akan dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Pengurusan Acara Sukan Universiti
Teknologi Mara Kelantan Kampus Machang.

SASARAN
Sasaran peserta untuk pertandingan Program berbasikal ‘Le De Tour UiTM Machang’ adalah
seramai 100 peserta. Penyertaan ini khususnya terdiri daripada barisan mahasiwa dan
mahasiswi UiTM Kampus Machang. Pelajar UiTM Kampus Machang terdiri daripada pelajar
Diploma, pelajar prasiswazah iaitu pelajar Ijazah Sarjana Muda, siswazah iaitu pelajar Sarjana
serta pelajar Pra Diploma Perdagangan. Tidak lupa juga kepada alumni dan kakitangan turut
dijemput dalam program yang dianjurkan bagi memeriahkan lagi aktiviti tersebut. Jelasnya,
dengan sasaran peserta yang begitu meluas tersebut, pihak penaja sudah semestinya
dapat mencapai objektif dalam mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua
mahasiswa dengan kakitangan UiTM Kampus Machang tersebut. Pada masa yang sama,
ia juga dapat menarik minat pentadbiran tertinggi universiti dalam meluaskan lagi jaringan
perhubungan sesama mereka.

KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM


Program ini akan dilaksanakan oleh Unit Kokurikulum Persatuan Pelajar Kursus Pengurusan
Acara Sukan dan juga kerjasama Uitm Cawangan Kelantan Kampus Machang.

BUTIRAN PROGRAM
Masa: 7.00 am – 5.00 pm
Tarikh: 30 November 2023
Tempat: Kawasan Bandar Machang

IMPAK PELAKSANAAN
Melalui pelaksanaan ini, ianya diharap dapat:
I. Mengembalikan balik semangat mahasiswa dan mahasiswi untuk belajar, bersukan dan
mengamalkan gaya hidup sihat
II. Dapat menghilangkan segaala tekanan yang dihadapi oleh seseorang pelajar dalam
situasi dunia pembelajaran kini.
III. Dapat membantu pelajar supaya lebih aktif dan kekal cergas.
Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan adalah seperti berikut:

Pengerusi: MUHAMMAD ALI BIN KAMAL


Timb. Pengerusi: NUR ARMIZA BINTI MOHD
Setiausaha: NUR SASABILLA BINTI AMRAM
Bnedahari: MUHAMAD AMARUL BIN ZAINI

Ajk Pendaftaran: IZZAT FAQHRUL BIN RAMLI


AHMAD ASYRAF BIN RIZAL

Ajk Persegaran: NUR SHARINA BIN KAMARUL


NIK ZAITUL BIN NIK ZARUL

Ajk Cenderahati: MUHAMMAD AMIZI BIN KHARUL


AMER BIN SUHAIMI
Perbelanjaan / Bajet program Jumlah (RM)

Ealun Makanan

(Kategori A)

Makan Pagi RM 5.00 x 50 bil peserta x 1 bil hari RM 250.00


Makan Tengahari RM 7.00 x 50 bil peserta x 1 bil hari RM 350.00
Makan Petang RM 4.00 x 50 bil peserta x 1 bil hari RM 200.00

(Kategori B)

Makan Pagi RM 5.00 x 50 bil peserta x 1 bil hari RM 250.00


Makan Tengahari RM 7.00 x 50 bil peserta x 1 bil hari RM 350.00
Makan Petang RM 4.00 x 50 bil peserta x 1 bil hari RM 200.00

(Ahli AJK)

Makan Pagi RM 5.00 x 50 bil peserta x 1 bil hari RM 50.00


Makan Tengahari RM 7.00 x 50 bil peserta x 1 bil hari RM 70.00
Makan Petang RM 4.00 x 50 bil peserta x 1 bil hari RM 40.00

Jamuan Makan (VIP) RM 10.50 x 5 bil VIP x 1 hari RM 52.50

Kain Rentang / Banner RM125.00 x 1 bilangan RM 120.00

Kanopi RM150.00 x 3 bilangan RM 450.00

Laporan Program & Gambar Aktiviti RM40.00 x 1 bilangan RM40.00

Pakej Pakaian Sukan

Set Baju RM 15.00 x bil peserta RM 1,500.00

Tag Peserta RM 4.00 x bil peserta RM 400.00

Bayaran Polis Bantuan

RM50.00 x 7 jam x 7 orang RM 2,450.00


Hadiah Individu

(Kategori A)

Tempat Pertama RM 100.00 x 1 bil peserta RM 100.00


Tempat Kedua RM 75.00 x 1 bil peserta RM 75.00
Tempat Ketiga RM 50.00 x 1bil peserta RM 50.00

Saguhati (3 kedudukan terbaik)

RM 35.00 x 3 bil peserta RM 105.00

(Kategori B)

Tempat Pertama RM 100.00 x 1 bil peserta RM 100.00


Tempat Kedua RM 75.00 x 1 bil peserta RM 75.00
Tempat Ketiga RM 50.00 x 1bil peserta RM 50.00

Saguhati (3 kedudukan terbaik)

RM 35.00 x 3 bil peserta RM 105.00

Cenderamata (VIP)

RM 60.00 x 5 bil VIP RM 300.00

Sijil (Peserta)

 Sijil Penghargaan EHSAN HEP


 Sijil Penyertaan

Jumlah Keseluruhan RM 7,7325.50


TENTATIF PROGRAM

7.00 a.m. Berkumpul di padang A


7.15 a.m. Pendaftaran para peserta
7.40 a.m. Ketibaan tetamu jemputan dan perasmi program
8.05 a.m. Nyanyian lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga Uitm
8.15 a.m. Bacaan doa
8.40 a.m. Ucapan alu-aluan daripada tetamu jemputan dan perasmi program
9.15 a.m. Perasmian Program Le’ De Tour Machang
9.45 a.m. Persediaan peserta mahasiswa
10.05 a.m. Perlepasan bagi mahasiswa ke trek yang telah diarahkan
11.30 a.m. Peserta lelaki tiba ke garisan penamat
12.00 p.m. Makan tengahari
12.55 p.m. Bersiap untuk menunaikan solat Zohor
1.30 p.m. Persediaan untuk mahasiswi
2.15 p.m. Perlepasan peserta mahasiswi
3.15 p.m. Peserta mahasiswi tiba ke garisan penamat
3.45 p.m. Peserta Kembali di padang A untuk pembahagian hadiah
4.14 p.m. Sesi bergambar
4.30 p.m. Majlis penutup
5.00 P.m. Bersurai

PENUTUP
Justeru itu, diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat bantuan
kewangan bagi memastikan program ini mendapat sambutan yang hangat dan meriah. Semoga
program ini berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan dan seterusnya dapat mencapai
matlamat dan objektif yang disasarkan. Jasa dan budi baik tuan/puan bagi mempertimbangkan
kertas kerja ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Disamping itu,
diharapkan dengan adanya penganjuran pertandingan Program berbasikal ‘Le De Tour UiTM
Machang dari Unit Kokurikulum Pengurusan Acara Sukan Universiti Teknologi Mara Kampus
Machang ini dapat memberi peluang kepada mahasiswa untuk lebih bergiat aktif sekaligus
dapat mengeratkan ikatan hubungan silaturrahim di kalangan para pelajar dengan harapan
dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti para pelajar di UiTM Kampus Machang ini.
Pengesahan

________________ ________________

Disediakan oleh: Disemak oleh:


NUR SASABILLA BINTI AMRAM PUAN SITI SUZIYAH BINTI CHE OMAR

Setiausaha Pertandingan Penasihat Pertandingan


‘Le De Tour Machang ‘Le De Tour Machang

_______________

Diluluskan oleh:
PROF. DR. HAJI. ABDOL SAMAD BIN NAWI
Rektor Uitm Cawangan Kelantan

Anda mungkin juga menyukai