Anda di halaman 1dari 2

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KONTEN

Berdasarkan video temu ramah diantara Dr. Hakim dengan seorang wakil daripada World
Philosophical Forum Malaysia (WPF) yang telah kumpulan kami telusuri dan tontoni, kami
mendapati bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu diberi penekanan ataupun
penambahbaikan pada video untuk memberi kesan yang lebih mendalam serta positif
khususnya kepada penonton-penonton dari kalangan pelajar-pelajar serta masyarakat umum.

Terdapat beberapa cadangan yang telah dinyatakan dan dikemukakan yang mana
berkemungkinan besar dapat dijadikan panduan serta penanda aras dalam menghasilkan
video temu bual ataupun konten yang lebih menarik dan juga memberi impak yang
mendalam kepada penonton pada video temu bual yang akan datang. Diantaranya:

1. Meletakkan sari kata pada video. Secara kebiasaannya antara matlamat utama
dalam menyampaikan pesanan ataupun sebarang video yang lebih cenderung
kearah pendidikan seperti ini, penggunaan sari kata menjadi elemen utama
terutamanya apabila video temu bual tersebut menggunakan bahasa asing sebagai
bahasa pengantar. Hal ini kerana tujuan utama video temu bual atau program -
program yang berilmiah sebegini dihasilkan untuk memberikan sesuatu
kefahaman dengan lebih tepat dan jitu kepada penonton tentang perkara yang
dibincangkan. Selain itu juga,kita tidak dapat menjangkan tentang kefahaman para
penonton yang ingin mendapatkan input-input yang penting daripada video temu
bual tersebut kerana laras bahasa asing yang digunakan oleh penemu ramah serta
ahli panel agak tinggi. Oleh itu, mungkin pada video ataupun konten akan datang,
dengan harapan dari pihak kami agar pihak WPF dapat meletakkan sari kata
dalam video temu bual yang akan datang supaya video itu dapat difahami dan
mudah diperoleh isi-isi penting dengan mudah dan sekaligus memberikan kesan
yang lebih baik kepada penonton khususnya.

2. Menambahkan ilustrasi dalam video. Apabila menggunakan kaedah


penambahan ilustrasi seperti sebarang slide,carta dan sebagainya yang berkaitan
dengan topik perbincangan antara penemu ramah dengan ahli panel, sesuatu video
yang ditayangkan tidak nampak kelihatan seperti kosong, membosankan terhadap
penonton yang boleh melarikan tumpuan terhadap fokus utama mereka. Malah,
dengan penggunaan ilustrasi dapat meningkatkan serta menarik minat serta
perhatian penonton untuk menonton sehingga tamat. Kebanyakkan video yang
ditayangkan di mana-mana platform seperti youtube, tidak mendapat tontonan
yang banyak disebabkan oleh video yang kelihatan kosong dan bosan. Oleh yang
demikian, mungkin pada video yang akan datang, dengan menyelitkan dan
memasukkan sesuatu ilustrasi dalam sesebuah video seperti gambar atau slide
supaya video itu dapat menjadi tarikan serta kelihatan lebih menarik dan seronok
untuk ditonton walaupun ia hanya sebuah video pendidikan.

3. Menggunakan kaedah penyampaian yang lebih ringkas dan juga padat.


Kaedah penyampaian yang lebih ringkas dan padat yang dimaksudkan di sini ialah
menyampaikan sesuatu info atau fakta dengan menggunakan bahasa yang ringkas
dan juga senang untuk difahami oleh penonton. Sebagai contoh, jika berbicara
menggunakan bahasa inggeris, mungkin penggunaan bahasa inggeris yang ringkas
dan juga senang untuk difahami. Ini kerana, apabila penonton dapat memahami
sesuatu info itu, maka matlamat dan tujuan yang dibincangkan dapat dicapai
dengan mudah.
Akhir sekali, harapan kami ialah semoga cadangan penambahbaikan yang
telah kami kemukakan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam meningkatkan
lagi serta menambah baik kualiti video yang telah dihasilkan dan juga pada video
yang akan diterbitkan pada masa yang akan datang dan sekaligus dapat meningkatkan
lagi mutu video serta mencapai objektif utama bagi tujuan diskusi atau video yang
dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai