Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja

Pertandingan Inovasi
(Young Innovators Challenge 2023 Perak
State Maker Fair)

Tajuk :
Mama’s Smart Bin

Disediakan oleh :

1. Ainaa Nur Aqilah binti Mohd Azhari


2. Nurin Zulaikha bin Mohamad Saudi
3. Nur Annisa Syazwani bt Mohd Rezal
1. Tema : Produk yang Membantu Superhero Kita

2. Definisi Superhero dan Teknologi


2.1 Superhero ialah sejenis watak yang dikenali dengan penunjukan keberanian,
kehebatan dan kemuliaan yang tidak ada pada manusia biasa.
2.2 Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada
satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan
alatan,mesin,bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
2.3 Superhero kami ialah ibu kami. Oleh itu, kami akan menghasilkan satu
produk inovasi yang dapat membantu ibu kami membuat kerja rumah.

3. Penyataan Masalah
3.1 Kebanyakan para ibu mengalami masalah yang sama iaitu begitu sukar
mendisiplinkan anak-anak untuk membuang sampah ke dalam tong sampah.
Kanak-kanak selalu membuang sampah di atas lantai,di bawah tikar, dibawah
kerusi, di celah sofa dan lain-lain tempat. Anak-anak merasakan sukar untuk
membuang sampah di mana kena buka dan tutup secara manual.Ini
membuatkan ibu-ibu terpaksa menyapu dan mengutip sampah berkali-kali
dalam sehari.Situasi ini menyebabkan ibu-ibu menjadi tertekan dan emosi
ibu-ibu pasti terganggu akibat
kerja rumah yang banyak.

4. Penyelesaian Masalah
4.1 Oleh itu, kami telah menginovasi satu produk tong sampah pintar yang sedia
ada kepada Mama’s Smart dustbin untuk membantu ibu-ibu menarik minat
anak-anak supaya membuang sampah ke dalam tong sampah.Kami telah
membuat penambahbaikan ke atas tong sampah pintar sedia ada dengan
merekabentuk tong sampah pintar tersebut ke arah tong sampah yang mesra
kanak-kanak.Kami telah membuat satu reka bentuk tong sampah pintar yang
dapat menarik minat kanak-kanak.Dengan reka bentuk yang menarik dan
tong sampah yang boleh terbuka sendiri , anak-anak tentu lebih tertarik untuk
membuang sampah ke dalam tong sampah. Ini akan mengurangkan kerja
harian ibu-ibu seterusnya dapat mendisiplinkan anak-anak untuk membuang
sampah ke dalam tong sampah.

5. Kelemahan Produk Sedia ada


5.1 Tidak boleh dibuka secara automatik
5.2 Tidak menarik minat kanak-kanak khususnya untuk membuang sampah

6. Cadangan Penyelesaian Masalah


6.1 Menginovasi tong sampah biasa kepada “ smart dustbin” yang kelihatan
moden dan mesra kanak-kanak.
6.2 Tong sampah ini akan dapat menarik minat kanak-kanak untuk membuang
Sampah ke dalam tong sampah kerana ia boleh dibuka secara automatik.

7. Bahan-bahan yang diperlukan


7.1 Arduino Uno
7.2 Servo Motor
7.3 Jumper Wires
7.4 Battery 9volts
7.5 Dustbin
7.6 Ultrasonic sensor
7.7 Alat tulis seperti pensel warna,kad manila,mouting board, kertas berwarna,
barang hiasan

8. Butiran Pertandingan
8.1 Tarikh : 23 September 2023
8.2 Tempat : Universiti Sultan Idris
8.3 Masa : 9.00pagi – 2.00 petang

9. Anggaran Perbelanjaan
Bil Perkara Perbelanjaan Sumber Kewangan
1 Arduino Kit 2 set RM 300 YIC
2 Bahan-bahan :

Tong sampah
Alat tulis RM 100 Sumbangan guru
Barang perhiasan
3 Makan RM 100 Sumbangan Unit
Kokurikulum
4 Penginapan dan Pengangkutan RM 30 x 6 = RM Kutipan Murid
180
Jumlah besar RM 680

10. Penutup
10.1 Diharap pertandingan yang bakal disertai oleh murid SMK Dato’ Seri
Maharaja Lela ini memberi satu pengalaman dan pengajaran baru untuk
berfikiran lebih kreatif.

Anda mungkin juga menyukai