Anda di halaman 1dari 1

RHEMA BIBLE TRAINING CENTER MALAYSIA(KAMPUS SARIKEI)

Tugasan Praktikal dan Penulisan


Modul Kursus : Hidup Memuji
Instruktor : Puan Christina Jacques

Shalom!Segala Puji Syukur terima kasih saya naikkan atas kebaikan Tuhan
dalam hidup saya selama ini.Kasih-Nya dalam kehidupan saya sangat luar biasa
baiknya.Saya suka memuji Tuhan tidak kira dimanapun saya berada dan tanpa
mengira apa situasi yang saya alami pada masa itu.Saya akan mengucap syukur
dan membalas kebaikan Tuhan dengan memuji Tuhan.1 TAWARIKH 16:34
“Bersyukurlah kepada Tuhan,sebab Ia baik!Bahwasanya untuk selama-
lamanya kasih setia-Nya.”Saya akan menaikkan pujian kepada Tuhan tanpa
mengira masa.Di dalam pujian,tanpa sedar air mata ini akan mengalir apabila
mengingati segala kebaikan Tuhan dalam kehidupan saya dan keluarga.

Salah satu kebaikan Tuhan yang saya alami iaitu sebelum saya mengikuti
kursus RHEMA.Saya mengalami pergumulan untuk mengikuti Kursus RHEMA sejak
kursus ini diadakan di Sarikei.Tetapi kerana kekangan kewangan saya terpaksa
melupakan hasrat ini.Pada tahun lepas,Cikgu Ong sendiri yang bertanya kepada
saya mahu menyertai Kursus RHEMA,saya tidak menjawab soalannya.Hati saya
berkobar-kobar untuk mengikutinya tetapi kekangan kewangan sangat membataskan
hasrat saya.Saya serahkan kepada Tuhan untuk hasrat saya ini.Saya berdoa kepada
Tuhan,jika itu kehendak Tuhan untuk saya mengikuti Kursus RHEMA,Tuhan bukalah
jalan untuk saya.Pada malam itu,saya rasakan suara halus berbisik kepada
saya,”Jangan kuatir kerana saya telah sediakan semuanya untuk kamu.”MATIUS
6:25-26 “Kerana itu Aku berkata kepadamu:Janganlah kuatir akan
hidupmu,akan apa yang hendak kamu makan atau minum,dan janganlah kuatir
pula akan tubuhmu,akan apa yang hendak kamu pakai.Bukankah hidup itu
lebih penting dari pada makanan dan tubuh itu lebih penting dari pada
pakaian?Pandanglah burung-burung di langit,yang tidak menabur dan tidak
menuai dan tidak mengumpulkan bekal dalam lumbung,namun diberi makan
oleh BapaMu yang di surga.Bukankah kamu jauh melebihi burung-burung
itu?”Ya,Tuhan telah sediakan untuk saya.Pagi itu,saya mendapat panggilan telefon
menyuruh saya mengikuti saja kursus RHEMA dan jangan risau tentang bayaran
yang perlu dibayar.Haleluya!Puji Tuhan!Saya terus menangis dan memuji Tuhan
kerana Tuhan mendengar doa saya.Terima kasih Tuhan kerana telah memberikan
keluarga dan kawan-kawan yang sangat baik di sekeliling saya.

Ketika saya mengikuti modul kursus “Hidup Memuji”,saya dapat merasakan


modul ini sangat menyentuh hati saya.Kursus ini sangat memberi kekuatan kepada
saya.Sebelum ini,apabila saya menjadi penyanyi latar dalam Puji Sembah untuk
Kebaktian Hari Minggu,saya terlalu takut dengan penilaian orang terhadap
saya.Saya merasakan diri tidak layak kerana lebih ramai lagi yang layak daripada
saya.Tetapi sejak melalui kursus ini,saya berasa sangat tenang dan mendapat
kekuatan yang baru.Saya tahu saya tidak perlu takut dan bimbang dengan penilaian
orang lain terhadap saya kerana Tuhan telah memberi kemampuan dan
kepercayaan kepada saya untuk melayani-NYA.Tuhan adalah sumber kekuatan
saya.Apa yang saya lakukan untuk memuji dan menyembah Tuhan atas segala
kebaikan dan kasih karunia-NYA dalam kehidupan saya.Haleluya!Terima kasih
Tuhan.AMEN!

Anda mungkin juga menyukai