Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BALOK MAKMUR KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE IX 2011 1.

0 Pengenalan Sukan olahraga merupakan aktiviti yang amat menyeronokkan dan menyihatkan badan. Namun begitu, negara kita ketandusan bakat-bakat muda dalam olahraga terutamanya bagi peringkat pelapis bawah 12 tahun. Menyedari hakikat ini pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda terutamanya di bawah umur 12 tahun untuk mewakili sekolah ini pada tahun hadapan pada peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan sejajar dengan usaha berterusan pihak kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengesyorkan acara-acara sukan dijalankan secara berterusan sepanjang tahun. 2.0 Objektif 2.1 Memperkenal dan mempromosikan sukan olahraga di kalangan generasi akar umbi. 2.2 Memajukan sukan olahraga di peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. 2.3 Melahirkan murid-murid yang aktif dan sihat dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial. 2.4 Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru, ibubapa dan murid. 3.0 Tentatif Pelaksanaan Tarikh Masa : : 9 Oktober 2011 8.00 pagi hingga 1.00 petang Padang Sekolah Kebangsaan Balok Makmur

Tempat :

4.0 Pengelolaan / Penganjuran Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Balok Makmur 5.0 Sasaran Peserta Murid-murid di bawah 12 tahun. 6.0 Jenis-jenis Acara Seperti di Lampiran 1 7.0 Jawatankuasa Induk Pengelolaan Kejohanan Seperti di Lampiran 2 8.0 Kewangan Seperti di Lampiran 3 9.0 Penutup Kerjasama dari pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung adalah amat diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang telah masuk tahun ke sembilan ini. Disediakan oleh: ( ZAINUNZI BIN ABDULLAH) Setiausaha Sukan SK Balok Makmur Disahkan oleh: (EN CHE SHAMSUDIN BIN HJ ABDULLAH) Guru Besar SK Balok Makmur Disemak oleh: (MOHD AZIZI BIN MOHD ALI) GPK Kokurikulum SK Balok Makmur

Anda mungkin juga menyukai