Anda di halaman 1dari 1

NAMA: AKMAL RIZAL BIN ROSFAIZAL

NO METRIK: A23DW0670
PROGRAM: DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN ISLAM

Teknologi bermaksud pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses
menyelesaikan masalah manusia.Ia merangkumi dari alat seringkas roda hinggalah ke
peralatan yang kompleks seperti jentera berat dan komputer.Pada pendapat saya,antara
punca yang menyebabkan satu-satu teknologi berjaya menurut perspektif sains teknologi
ialah berlakunya perubahan teknologi dari satu masa ke satu masa yang lain.Hal ini
demikian kerana adanya ciptaan baru dari pakar teknologi pada zaman tersebut.Contohnya
seperti komputer,telefon pintar dan sebagainya.Teknologi ini berjaya bukan hanya memberi
manfaat terhadap penciptanya malah ia memberi kesan yang positif terhadap pengguna
pada waktu tersebut.Selain itu,antara punca yang menyebabkan satu teknologi itu gagal
melalui perspektif sains teknologi ialah tidak relevan untuk digunakan pada zaman
tersebut.Hal ini kerana sesetengah teknologi masih tidak diterima olehi manusia dan
menyebabkan satu teknologi tersebut gagal.Bukan itu sahaja,teknologi tersebut boleh
memberikan impak negatif jika digunakan pada waktu tersebut.

Bagi perspektif islam,antara punca yang menyebabkan satu teknologi itu berjaya ialah
mengintegrasikan perkembangan teknologi dan juga ilmu yang lain-lain dengan
mentauhidkan allah.Hal ini demikian kerana dengan berbuat demikian barulah manusia
dapat mengseimbangkan kemahuan manusia dengan alam persekitaran.sumbangan islam
terhadap teknologi bukan hanya dari segi orang-orang islam menjadi pakar atau penyelidik
atau pembangunan teknologi yang asli daripada orang-orang islam,tetapi adalah untuk
meletakkan dasar atau konsep teknologi untuk manusia dengan hala tuju yang betul.Selain
itu,antara punca yang menyebabkan satu teknologi gagal melalui persepktif islam ialah
berlaku kesilapan dari manusia.Sejarah mencatatkan bahawa kegagalan atau kalalaian
manusia dalam menempatkan teknologi dalam kerangka akhlak telah menghasilkan
susunan Masyarakat yang kacau dan tidak beradab.Antara contoh perkara ialah
penggunaan teknologi moden ke atas penghasilan arak yang jelas bertentangan dengan
kehendak islam.

Kesimpulannya,teknologi banyak merubah kehidupan manusia pada masa kini.Teknologi


juga mempunyai kebaikan dan keburukan pada seseorang tersebut.Oleh itu,kita mestilah
manfaatkan penggunaan teknologi dan menghindari dari menyalahgunakan teknologi.

Anda mungkin juga menyukai