Anda di halaman 1dari 3

Black Metal Perosak Akidah Islam

Setiap remaja Muslim hendaklah menjauhi dan membenci gejala yang boleh meruntuhkan akhlak atau

memesongkan akidah iaitu gejala Black Metal. Gejala ini mula menular dan merosakkan akhlak dan akidah

generasi muda dan remaja.

Terdapat beberapa kes tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa berkaitan dengan golongan remaja

yang terbabit dengan fahaman dan gejala Black Metal yang boleh meruntuhkan akidah dan tamadun

bangsa Melayu.

Fahaman Black Metal ini dikatakan mempunyai unsur seperti antisosial, anti Tuhan,

antiagama serta mengajar fahaman ke arah pemberontakan, kebebasan yang melampau yang

boleh merosakkan kehidupan dan keharmonian masyarakat di negara ini.

Dari hasil tangkapan pihak berkuasa, sebilangan mereka yang terlibat adalah pelajar sekolah, kalangan

remaja yang tidak boleh membaca Al-Fatihah dan mengucap dua kalimah Syahadah.

Perkara ini menjadi kebimbangan kepada ibu bapa pada masa kini bahawa fahaman ini menolak agama

serta mengedarkan risalah anti agama melalui pengikutnya yang ekstrem dan sanggup mendapatkan kitab

ajaran sihir dari luar negara.

Kumpulan ini dikatakan cuba mengadakan pesta liar, melalui pesta muzik sebagai medan

melepaskan perasaan, pesta berunsur seks, menarikan tarian ghairah yang melampau. Pihak

berkuasa juga menjumpai dan merampas pelbagai produk, risalah, cakera padat dan kaset, buku ideologi

dan baju-T yang ada kaitan dengan kegiatan tidak bermoral kumpulan terbabit.

Sebagai bukti pihak berkuasa juga merampas pelbagai buku mengenai ideologi kumpulan muzik `bawah
tanah’ itu yang ditemui dalam beg beberapa remaja yang ditahan termasuklah The Uprising, Stop The

Clock dan DURGA.

Golongan remaja ini dikatakan ingin mencari kelainan hingga sanggup meniru pelbagai kelakuan pelik.

Punca remaja ini terbabit ialah disebabkan perasaan ingin tahu serta mencari keseronokan.

Kini, dalam era dunia tanpa sempadan, segala yang pelik sudah menjadi suatu kebiasaan dan menakutkan

ibu bapa. Remaja dikatakan mudah terpengaruh akibat perubahan zaman yang dilalui serta kecanggihan

teknologi yang semakin memuncak. Malah, keadaan ini juga memungkinkan berlaku pergolakan jiwa di

kalangan mereka.

Pengaruh Black Metal ialah antara alternatif atau jalan keluar yang mereka anggap sebagi

ruang untuk mengeluarkan diri mereka daripada norma biasa kehidupan manusia.
Amalan gaya hidup dengan seks bebas, meminum darah, menghalalkan arak dan paling tragis

sanggup mengoyak, memijak dan membakar Al-Quran merupakan perbuatan paling hina

dalam Islam.

Di Barat, tindakan berani pengikut fahaman ini membakar gereja, kitab suci dan rumah ibadat, malah

sanggup membunuh rakan sendiri sebagai tanda kesetiaan kepada ajaran itu. Mesej utama ajaran ini jelas

iaitu pemujaan dan amalan sihir.

Mengikut sejarah, Black Metal ialah muzik yang muncul pada awal 1980-an, pada masa era muzik Heavy

Metal. Ia berkembang daripada Thrash Metal sama seperti Death Metal.

Pengasas muzik Black Metal ialah seperti Kumpulan Venom, Mercyful, Fate, Bathory, Hellhammer,

Bulldozer. Celtic Frost dan Mayhem.

Nama Black Metal diilhamkan daripada tajuk album kumpulan Venom `Black Metal’yang bermaksud logam

hitam. Black Metal mengukuhkan kedudukannya pada masa kini dengan dipengaruhi kumpulan muzik dari
Norway seperti Darkthrone, Enslaved, Burzum, Mayhem, Immoral, Ancient dan Emperor. Muzik ini jelas

menjurus kepada pemujaan syaitan dan liriknya antiagama.

Beberapa ciri kumpulan Black Metal antaranya petikan gitar menggunakan irama muzik yang keras. Lirik

yang memuja syaitan unsur pemujaan dan antiagama. Nada bunyi yang tinggi dengan suara yang

menjerit.

Sejarah Black Metal antaranya pemain gitar Mayhem berbangsa Norway, Oystein Arseth atau lebih dikenali

Euronymous ialah anggota yang paling menonjol pada lewat 1980-an dan awal 1990-an. Mempunyai

kaitan dengan pengaruh neo-nazi, beliau memasukkan elemen yang menentang Yahudi.

Pergerakan kumpulan ini dilakukan secara sembunyi bermula di bilik bawah tanah kedai muzik Aarseth.

Bilik bawah tanah itu dikenali sebagai Helvete (neraka).

Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam telah memutuskan ajaran Black Metal yang diasaskan

kumpulan muzik berirama rock berat dari barat adalah haram dari segi agama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa majlis itu, Datuk Dr. Shukor Husin, berkata dengan fatwa itu, pihak yang

mengamalkan ajaran Black Metal kini boleh dikenakan tindakan mengikut hukum syarak..

Ajaran Black Metal menggalakkan pengikutnya memijak Al-Quran, memuja syaitan, anti-

Tuhan dan mengamalkan seks bebas. Selain itu, susunan muzik dan lirik Black Metal

Banyak diilhamkan daripada ideologi antipembangunan, antiagama, perlakuan kejam dan memuja syaitan.

Ada ahli kumpulan yang dikatakan memasukkan titisan darah mereka ke dalam gelas yang dipercayai

bercampur darah kambing dan kemudian diminum.


Beberapa langkah perlu diambil bagi mengelakkan pengaruh Black Metal di kalangan remaja antaranya:

* Menyucikan hati daripada pengaruh yang tidak berakhlak dan tidak bermoral dengan membersihkan diri

daripada maksiat yang boleh menjerumuskan remaja ke arah pemesongan akidah.

* Mengelakkan suasana persekitaran yang boleh mempengaruhi rangsangan nafsu dan akal. Galakkan

remaja dengan kegiatan berfaedah seperti kem ibadah, kursus kecemerlangan, serta motivasi diri bagi

membina personaliti unggul. Selain itu libatkan diri dalam kegiatan riadah, sukan dan permainan yang

boleh membentuk akal dan tubuh badan yang sihat.

* Menjauhi rakan-rakan yang terpengaruh dengan muzik barat yang mengamalkan pergaulan bebas, serta

tidak mudah terpengaruh dengan ajaran rakan yang tidak dikenali.

* Selalu membaca Al-Quran dan memahami tafsirannya supaya mendekatkan diri dengan Allah. Sentiasa

mengingati Allah dan tidak meninggalkan sembahyang serta menjauhi apa yang dilarang oleh Agama

Islam.

· Pilihlah rakan sebaya yang mendorong ke arah kejayaan dan mengamalkan kehidupan dunia dan akhirat

mengikut ajaran Islam. Dalam hal ini Imam Ghazali pernah berkata, berkawan dengan orang yang sangat

mementingkan perkara keduniaan semata-mata seperti minum racun yang membinasakan.

· Ibu bapa dan guru mestilah mendidik anak dan anak muridnya ke arah kebaikan. Didikan agama penting

dalam pendidikan anak-anak dan asuhan ibu bapa serta guru memainkan peranan ke arah kejayaan hidup.

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

“ Aku tinggalkan kepada engkau dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan tidak akan tinggalkan

nescaya kamu tidak akan sesat selepas aku selama-lamanya, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku

(Hadis).

* Ibu bapa hendaklah sentiasa memantau rakan sebaya anak remaja mereka, di sekolah, di kawasan

tempat kediaman dan di mana mereka selalu berada. Ibu bapa dan ahli masyarakat hendaklah sentiasa

mengukuhkan ikatan kasih sayang dan kekeluargaan dan selalu menegur perbuatan yang mungkar dan

tidak baik di depan mereka.

Kesimpulannya, renungilah kata-kata Hamka:

`Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan. Iman mesti diikuti dengan amal. Amal

adalah buah daripada iman.’

Anda mungkin juga menyukai