Anda di halaman 1dari 5

SOALAN & JAWAPAN DIALOG 1.

30

TEMURAMAH SAMBUTAN HARI BAPA 2022 ( “KASIH BAPA


PELINDUNG KELUARGA”)

TARIKH: 20 JUN 2022 (ISNIN)

MASA: 1.30 TENGAHARI

TEMPAT: MELAKA FM

SOALAN 1 :

BOLEH ENCIK ZAKRI TERANGKAN BILAKAH SAMBUTAN HARI


BAPA DISAMBUT DI NEGARA KITA DAN SEDIKIT LATARBELAKANG
BERKENAAN SAMBUTAN HARI BAPA INI?

Hai…Assalamualaikum…Salam Sejahtera DJ____________. Pertamanya


saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Melaka FM di atas kesudian
memberi ruang kepada LPPKN Melaka pada hari ini untuk bersiaran secara
langsung di ruang udara Melaka FM, 102.3 Mega Hertz untuk slot Dialog
1.30 pada hari ini.

Ok, berbalik kepada persoalan oleh DJ____________tadi, Hari Bapa


lazimnya disambut pada hari Ahad minggu ke-3 bulan Jun setiap tahun.

Pada tahun 2019, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri


merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada
ketika itu telah mencadangkan Hari Ibu Bapa Kebangsaan disambut pada
hari Ahad minggu pertama bulan Julai setiap tahun. Berikutan itu, Hari Ibu
Bapa telah disambut pada bulan Julai pada tahun 2018 dan 2019.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2020, ketika negara menghadapi krisis


pandemik COVID-19 dan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
Sambutan Hari Ibu dan Bapa telah dilaksanakan secara berasingan,
mengikut kesesuaian dan keadaan semasa.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

1
SOALAN 2:

APAKAH OBJEKTIF DAN TEMA BAGI SAMBUTAN HARI BAPA PADA


TAHUN 2022 INI ENCIK ZAKRI?

Ya DJ___________, kita sedia maklum kedudukan bapa sangat mulia di


sisi agama. Bapa sebagai ketua dalam sesebuah keluarga. Kalau dalam
sebuah kapal pelayaran, dia lah Kapten. Pelbagai cabaran perlu ditempuhi
oleh insan yang bergelar bapa di mana peranannya cukup jelas sebagai
pencari rezeki untuk nafkah keluarga. Atas dasar ini, tiada batas waktu
untuk kita menghargai jasa pengorbanan bapa, namun dengan
memperuntukkan satu hari “istimewa” yang dikenali sebagai Hari Bapa
dapat dijadikan hari peringatan atau perayaan terhadap peranan seorang
insan keramat yakni bapa dalam setiap keluarga. Jadi antara objektif
sambutan hari bapa sudah tentunya untuk:

1. Menghargai peranan dan pengorbanan bapa dalam memastikan


keluarga terpelihara dan sejahtera dalam mendepani pelbagai
cabaran, terutama dalam peralihan negara kepada fasa endemik;
dan

2. Memberi pengiktirafan kepada bapa di atas komitmen dalam


mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak bagi
memastikan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Dan tema sambutan Hari Bapa pada tahun 2022 ini adalah “Kasih Bapa
Pelindung Keluarga”. Mesej yang ingin disampaikan melalui tema ini
adalah:

 Untuk mengajak pelbagai lapisan masyarakat untuk memberi


tumpuan kepada peranan bapa sebagai pemimpin keluarga dalam
mendepani pelbagai cabaran.

 Meningkatkan kesedaran akan tanggungjawab yang perlu dimainkan


oleh bapa dalam mendepani cabaran terutamanya bagi memastikan
kesejahteraan fizikal dan mental keluarga.

2
SOALAN 3:

APAKAH KUNIKAN / KELAINAN SAMBUTAN HARI BAPA PADA


TAHUN INI YANG BOLEH ENCIK ZAKRI KONGSIKAN?

Haaa…kali ini memang istimewa kerana di samping Sambutan Hari Ibu,


kita juga membawakan beberapa program out reach secara bersekali
kepada komuniti iaitu :

1. Jelajah KASIH Keluarga Malaysia yang bertujuan mewujudkan


platform kepada pemimpin untuk turun padang bertemu dengan
keluarga yang mudah terjejas bagi menyalurkan bantuan segera
kepada kumpulan sasar di samping meningkatkan aksesibiliti khidmat
sokongan keluarga dan kesihatan reproduktif kepada keluarga yang
memerlukan.

2. Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita atau Women Cancer


Reproductive Campaign (WCaRe) di mana kempen ini berperanan
memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kanser serviks
dan kanser payudara dalam kalangan wanita.

3. Selain itu, kita juga ada menampilkan PapaCare iaitu juru urut
tradisional untuk kesihatan lelaki di bawah naungan LPPKN semasa
program tersebut berlangsung. Ini bersesuaian dengan program yang
disambut iaitu bagi menghargai kaum bapa.

3
SOALAN 4 :

APAKAH AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DIADAKAN SEMASA


SAMBUTAN TERSEBUT?

Ok DJ______________, untuk makluman pendengar Melaka FM,


Sambutan Hari Bapa 2022 telah pun disambut di Peringkat Kebangsaan
pada 18 Jun 2022. Manakala di Melaka, kita akan adakan pada 24 Jun
2022 di Dewan Besar Universiti Kuala Lumpur cawangan Alor Gajah,
Melaka. Program ini insyaaAllah akan dirasmikan oleh Yang Berhormat
Datuk Hajjah Kalsom Binti Noordin ; Exco Hal Ehwal Wanita,
Pembangunan Keluarga & Kebajikan Negeri Melaka.

Di antara aktiviti dan pengisian menarik sambutan hari ibu pada kali ini
adalah:
1. Saringan Kesihatan Percuma kepada 200 orang peserta
( Merangkumi pemeriksaan Body Mass Index, Kolesterol, Glukos ):
Kalau waktu biasa RM10.00
2. Pendaftaran Mamogram ( Percuma sahaja…kalau tanpa subsidi kos
RM200 ke atas ): Pemeriksaan di Hospital Putra / Hospital Mahkota
3. Pendaftaran HPV DNA ( Pemeriksaan sendiri serviks , wanita akan
diberi alat khas untuk pemeriksaan kendiri)
4. Kembara Kaunseling ( Ujian Psikometrik / Untuk mengenalpasti
tahap stress anda )
5. Pameran Interaktif Kekeluargaan ( Nasihat pengurusan kewangan
asas: cara nak menyimpan / melabur secara selamat / pengurusan
hutang jahat )
6. Ceramah / Tips Kekeluargaan ( Cyber Parenting )
7. Ceramah Kesihatan Lelaki ( Kanser Prostat yang merupakan antara
penyumbang kematian lelaki di Malaysia )
8. Pertandingan Tik Tok Apresiasi Kasih Bapa
9. Penyerahan Bahan Promosi WCaRe kepada peserta & Cenderahati
Istimewa Sempena Sambutan Hari Bapa 2022

---------------------------------------------------------------------------------------------------

4
SOALAN 5 :

APAKAH HARAPAN ENCIK ZAKRI SENDIRI SEMPENA SAMBUTAN


HARI BAPA PADA TAHUN INI?

Harapan saya sudah pastinya mengharapkan agar kita semua sentiasa


menghargai insan keramat yang Allah kurniakan kepada kita yang tiada
gantinya di dunia ini yakni bapa. Salah satu cara untuk kita menunjukkan
penghargaan adalah dengan meraikan hari istimewa yakni Hari Bapa. Ini
supaya dapat:

i. Menanamkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk


mengiktiraf dan berterima kasih di atas pengorbanan bapa.

ii. Memupuk nilai kasih sayang dalam kalangan suami, isteri, anak-
anak dan menggalakkan pengukuhan ikatan kekeluargaan.

iii. Mengingatkan ahli keluarga yang sibuk supaya jangan lupa untuk
meraikan dan memuliakan bapa.

Akhir kalam, hargailah bapa selagi bapa masih ada....


Ciptalah memori indah bersama bapa semasa nyawanya masih dikandung
badan walaupun bapa tidak pernah meminta-minta...
Kerna bapa...unik peribadi nya tersimpan rapi..
Seorang lelaki biasa...namun memikul tanggungjawab luar biasa...

Selamat Menyambut Hari Bapa...

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai