Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM IHYA RAMADHAN 1441 H


PERINGKAT SK PUSAT AIR TAWAR
2020 (PKP FASA 3)

1. PENGENALAN
Bersempena dengan ketibaan bulan Ramdhan yang mulia ini, Jawatankuasa Dakwah dan Kerohanian
(MAKDIS) SK Pusat Air Tawar telah merancang untuk menganjurkan program Ihya’ Ramdhan peringkat
sekolah bagi mengimarahkan kedatangan bulan yang berkat ini. Pada kali ini, program Ihya’ Ramadhan akan
dilaksanakan dengan kerjasama ibubapa kerana pada ketika ini negara sedang dilanda wabak Covid 19 dan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ke 3 sedang berjalan. Justeru sekolah tidak dibuka dan
murid berada di rumah bersama keluarga masing-masing.

2. OBJEKTIF
2.1 Memupuk perasaan cinta terhadap bulan Ramadhan yang berkunjung sekali sahaja dalam setahun.
2.2 Mengimarahkan bulan Ramadhan dengan aktiviti kerohanian dan mengisi masa lapang murid dengan
aktiviti yang lebih berfaedah.
2.3 Membina kekuatan rohani dalam diri murid dan ibubapa.

3. TEMA
Tema program pada tahun ini ialah "Ramadhan: Madrasah Taqwa."

4. TARIKH
Mula : 01 Ramadhan 1441 H (Jumaat)
Akhir : 17 Ramadhan 1441 H (Ahad)

5. AKTIVITI / PENGISIAN

BI
PROGRAM MASA SASARAN

9.00 – 10.00 Semua guru


1 TADARUS AL QURAN GURU DAN AKP
PAGI dan Akp
TADARUS AL-QURAN MURID 9.00 – 10.00
2 Murid tahun 4,5 & 6
TAHAP 2 / IBUBAPA PAGI
9.00 – 10.00
3 TILAWAH AL QURAN TAHAP 1 / IBUBAPA Murid tahun 1,2 & 3
PAGI
10.00 Semua warga
4 SOLAT DHUHA
PAGI SKPAT
RISALAH / VIDEO KEMULIAAN 11.00 PAGI Semua warga
5
RAMADHAN SKPAT
10.00 PAGI Semua warga
6 PROGRAM KHATAM AL QURAN
SKPAT

5.1 PERINCIAN AKTIVITI

1
BI
PROGRAM CARA PELAKSANAAN

 Program ini terbuka kepada semua guru dan


AKP SKPAT.
 Pembahagian juzuk bacaan Al Quran adalah
TADARUS AL QURAN mengikut pilihan guru dan juga AKP.
1
GURU DAN AKP  Bacaan adalah dianjurkan sebanyak
1-2 mukasurat setiap hari.
 Bacaan mesti dihabiskan sebelum tarikh 17
Ramadhan.

 Program ini terbuka kepada murid tahap 2


yang sudah khatam dan juga terbuka
kepada ibubapa. Namun begitu, ia boleh
juga disertai oleh murid yang belum khatam.
TADARUS AL-QURAN
 Pembahagian juzuk bacaan adalah mengikut
2 MURID TAHAP 2
pilihan murid dan ibubapa.
& IBUBAPA
 Bacaan adalah dianjurkan sebanyak
1-2 mukasurat setiap hari
 Bacaan 1 juzuk mesti dihabiskan sebelum
tarikh 17 Ramadhan.

 Program ini terbuka kepada murid tahap 1


iaitu murid tahun 1,2 dan 3.
 Penyelaras akan kongsikan video surah
lazim/pilihan di dalam kumpulan What’s App
TILAWAH AL QURAN
3 ibubapa murid untuk hari tersebut.
TAHAP 1 & IBUBAPA
 Murid mendengar dan mengikuti bacaan
surah dengan bimbingan ibubapa.
 Murid sangat digalakkan untuk mengulangi
dan menghafaz surah lazim tersebut.

 Program ini terbuka kepada seluruh warga


SKPAT.
 Ia dilaksanakan serentak di rumah masing-
4 SOLAT DHUHA masing pada pukul 10 pagi.
 Namun begitu, sekiranya tiada kelapangan
pada waktu tersebut, ia boleh dilakukan pada
waktu antara pukul 8 hingga 11.45 pagi.

 Penyelaras akan mengedarkan risalah atau


RISALAH/VIDEO video berkenaan dengan Ramadhan Al
5
KEMULIAAN RAMADHAN Mubarak di dalam kumpulan Telegram guru
dan kumpulan What’s App ibu bapa.

6 PROGRAM  Ia akan dilaksanakan pada tarikh 17


KHATAM AL QURAN Ramadhan 1441 H bersamaan dengan 10
Mei 2020.
 Semua warga SKPAT termasuk guru dan
ibubapa akan diberikan panduan
pelaksanaan mejelang program tersebut.
2
 Seorang ketua akan dipilih untuk
membacakan doa khatam al Quran pada hari
tersebut.

6. KUMPUAN SASARAN
Semua guru, kakitangan, ibu bapa dan murid SK Pusat Air Tawar.

7. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Lihat lampiran I.

8. LOKASI AKTIVITI
Rumah masing-masing

9. KEWANGAN
TIADA

10. PENUTUP
Semoga aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya serta mendapat
keberkatan daripada Allah s.w.t.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………….… ………………………………………
( SITI HAJAR BINTI ABDULLAH ) ( )

PENYELARAS DAKWAH
SK PUSAT AIR TAWAR
ENDAU, JOHOR

Lampiran 1
JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1441 H
PERINGKAT SK PUSAT AIR TAWAR
2020 (PKP FASA 3)

3
Penasihat : TN HJ ABDUL RAHIM BIN AWANG
(Guru Besar SKPAT)
Pengerusi : EN AZMI BIN ARAZAD
(GPK Kokurikulum SKPAT)
Naib Pengerusi I : PN KURSINA BT AYOB
(GPK Hem SKPAT)
Penyelaras : PN SITI HAJAR BINTI ABDULLAH
(Penyelaras DAKWAH)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA:

BI
PROGRAM PENYELARAS AKTIVITI

PN. SITI HAJAR BINTI


1 TADARUS AL QURAN GURU DAN AKP
ABDULLAH
TAHUN 6 : PN. SITI ZALEHA
TADARUS AL-QURAN MURID
2 TAHUN 5 : PN. NOORAINI
TAHAP 2 / IBUBAPA
TAHUN 4 : PN. NURUL FAJRI
TAHUN 3 : PN. MUNIRAH
3 TILAWAH AL QURAN TAHAP 1 / IBUBAPA TAHUN 2 : EN. MOHD BUKHARI
TAHUN 1 : PN. ZALIYAH
PN. SITI HAJAR BINTI
4 SOLAT DHUHA
ABDULLAH

5 RISALAH / VIDEO KEMULIAAN RAMADHAN PN. SITI ZALEHA BT. SIDIK

PN. SITI HAJAR BINTI


6 PROGRAM KHATAM AL QURAN
ABDULLAH

Anda mungkin juga menyukai